Monday, February 18, 2013

pulut serunding

Assalamualaikum di pagi Isnin. Pagi ini kita bersarapan dengan pulut serunding dan bakal mengantuk lah sekejap lagi.
Sebenarnya dah lama juga saya mengidam nak makan pulut serunding style Mamafami hehe selalu Mf buat camnie dan bagi saya rumit lah jika serunding nak di masak pada waktu yang sama. 
Tapi pagi ini saya dah siap ada serunding segera....kawan saya beri sebagai ole ole dari Kelantan. Alhamdulilah lah bagai di cita dapatlah saya merasai betapa sedapnya pulut serunding ini.


Beras pulut hanya perlu di tanak seperti masak nasi saja. Senangkan . Tapi kena pastikan level air yang betul nanti pulut jadi sedikit lembik . Dan dalam air nasi saya letak kan secubit garam dan simpulan daun pandan untuk haruman saja.

1 comment:

rhna said...

Salam.. Akak, nak minta izin pinjam gambar ni sekejap boleh? Nak guna buat cover photo sementara belum siap sendiri punya. Boleh tak akak? Sy kreditkan blog akak kat gambar tu ye :)