Friday, March 29, 2013

swiss roll berkrim strawberry


Disebabkan ada lebihan buah strawberry dapatlah kita membuat kek gulong. Selalunya saya beli saja di kedai bila nak buat triffle . Tapi petang tadi terdetik nak mencuba sebab dulu pernah buat tapi tidak nampak kemas semasa mengulong. Hasil hari ini nampak menjadi lah sikit. Alhamdulilah...nie sebab mencuba dalam hati cakap jika nampak tak elok snak letak layer dalam balang saja..pun cantik , tambah cheese tambah coklat meletop haha.
Tapi hasilnya not bad kan...bolehlah bagi saya yang nak minum petang. Apapun my yonyon suka dengan kek gulong sebab lembut . Abahnya makan sekeping saja.So nanti ada left-over boleh lah buat triffle pulak emmm.

Untuk resepinya pulak...saya buat vanilla saja tapi resepi asal berperisa lain...untuk tidak mencacatkan resepi , saya letak kan resepi asal dari tuan asal. Terima kasih chef...tektur kek gebu dan lembut.



 Swiss Roll
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com


Bahan-bahan [A] :

3 biji telur gred A atau B
2 oz/ 60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)
3 Tbsp serbuk nescafe gold
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain
2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya

Cara-cara :


Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).

Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.

Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.

Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.

Thursday, March 28, 2013

mini pavlova

Selamat bersantai di minggu cuti sekolah. Kami cuti seminggu nie memang tidak kemana mana . Terperap di dalam rumah. sibuk dengan app doc dan pelbagai kerja harian. Lagipun cuti awal persekolahan memang tak sempat nak simpan duit haha nak berriadah almaklumlah seorang suri rumahtangga ...elaun tak tinggi.

Dek kerana tergoda sangat saya pun cekal hati nak buat walaupun tahu memang manis. Tapi saya buat sebab nak pastikan saya mampu buat macam saya nonton dalam anna olson tu hehe.
Alhamdulilah menjadi juga tapi saya buat saiz comel saja.
 


PAVLOVA

ingredients

For the meringue base:
4 egg whites
1 cup granulated sugar
1/2 tablespoon cornstarch
1 teaspoon vanilla extract
1 teaspoon white vinegar

For the topping:
1 cup heavy cream
1/2 teaspoon vanilla extract
1 tablespoon sugar
2 cups diced fresh fruit 

Instructions

1. Prepare for Baking: Preheat the oven to 275°F with a rack in the lower third of the oven. Line a baking sheet with parchment. Trace a 9" circle on the parchment using a cake pan or dinner plate as a guide. (If making mini-pavlovas, use drinking glasses as guides.) Flip the parchment over. Mix the sugar and cornstarch together in a small bowl. Mix the vanilla and white vinegar together in a separate bowl.

2. Whip the Meringue: See the post Whipping Egg Whites for reference on this step. Make sure your mixing bowl and beaters are very clean with no residual fat or grease. Pour the egg whites in to the bowl and begin beating at low speed. Gradually increase the speed to medium.

When the egg whites have reached soft peak consistency and the beaters leave trails in the whipped whites, begin adding the sugar a few tablespoons at a time, waiting a few seconds between each addition. While doing this, gradually increase the speed so that you are at maximum speed once all the sugar has been added.

Continue whipping until the meringue holds stiff peaks. Stop the mixer and sprinkle the vanilla and vinegar over the meringue. Beat for another 20 seconds to fully mix.

3. Shape the Meringue: Use a spatula to scrape all the meringue onto the parchment in the center of the circle. Working from the inside out, spread the meringue to fill the circle. Smooth the sides if desired or leave it in billowy lumps.

4. Bake the Meringue: Put the meringue in the oven and immediately turn down the heat to 250°F. Make for 60-70 minutes for one large pavlova or 50-60 minutes for mini-pavlovas. The pavlovas are done when the outsides are dry to the touch, are very slightly browned, and sound hollow when tapped. It's fine if cracks form in the crust.

Turn the oven off, but leave the pavlova inside with the oven door ajar. Let sit until the pavlova is completely cooled, or overnight. At this point, the pavlova can be wrapped in plastic or sealed in an airtight container and kept for several days unless your house gets very humid (in which case, eat your pavlova right away!).

5. Finish the Pavlova: Just before you're ready to serve, make the whipped cream. Combine the cream, vanilla, and sugar in a mixing bowl and whisk until stiff peaks are formed. Spread the whipped cream over the pavlova, leaving a little bit of an edge. Top with fruit and serve within an hour or two. (Do not refrigerate; the meringue will quickly soften.)

Additional Notes:

• Make It and Bake It: Bake the meringues as soon as you're finished whipping the egg whites. If you let the egg whites stand for too long, they start to collapse and make a meringue that's less wonderfully airy.

• Do Ahead: The meringue layer can be made several days ahead and kept tightly wrapped in plastic or in an airtight container until you're ready to assemble the pavlova. However, meringue does not keep well in humid weather.


Sunday, March 24, 2013

grill chicken with oriental sauce

Hidangan makan malam. Ayam telah pun di perap seharian agar rempah perapan meresap ke dalam isi ayam dengan sempurna.
Ini merupakan kesukaan Hb bila kami keluar makan selalu menu inilah yang di pesan. Terdetik di hati nak cuba membuat ayam yang di grill begini . Alhamdulilah setelah di testing ternyata tiada banyak bezanya ...syukur menjadi juga akhirnya. Nanti boleh ulang buat lagi kan....jimat sedikit dan tidak perlu keluar rumah untuk makanan sebegini. 
Di bawah ini saya letakan resepi simple dan olahan dari saya...sebab bila saya ke kedai makan dan saya agak agak rasanya dan  cuba versi ini. Bagi  ok lah tapi saya tak pasti kiranya resepi ini menepati citarasa kengkawan pulak. 

Grill chicken with oriental sauce
Olahan: CitarasaKu

Bahan Perapan

3 keping  ayam bahagian peha
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu lada hitam- di kisar kasar
1 sudu mix spice
Serbuk cayenne …seberapa pedas yang anda  suka
Sedikit minyak zaiton
Perap dan simpan lebih dari 3 jam keatas- atau semalaman

Bahan sos Oriental
1 tbs minyak zaiton
1 sudu besar sos tiram
1 susu besar  kicap
2 sudu besar gula merah – di masak dgn sedikit air dan tapis baru campur.
2 sudu besar sos blackpepper
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tomato
½ pes maggi perisa ayam
½ sudu besar tpg jagung
½ sucu besar tpg gandum
Sedikit mix spice
½ tbs butter
½ biji bawang kuning – di cincang halus atau jadikan pes
Serbuk bawang putih …sedikit saja.

Penyedian.

Ayam  yang telah di perap saya kukuskan sebentar…untuk masak di dalam..
Setelah kukus saya panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan saya  letakan kepingan ayam di atas pan. Biarkan sehingga agak masak barulah di terbalikan sebelah lagi. Buat sehingga masak. Dengan lebihan bahan perapan titiskan keatas ayam agar bila ayam masak ianya tidak kering sewaktu mengrill ayam.

Sos,

Dengan sedikit minyak zaiton ..goreng kan cincangan bawang dan masukan campuran bahan bahan di atas. Kacau sehingga agak pekat dan perisakan. Saya tak letak garam sebab campuran itu dah masin.
Setelah masak bancuhkan campuran kedua tepung dan kacau sehingga pekat.
Masukan sedikit mix spice dan seketul butter sebelum tutupkan api.  Kuah akan Nampak cantik


Friday, March 22, 2013

gulai lemak ketam & nenas


Hari ini hidangan utama merupakan masak lemak ketam bernenas. Lama juga tak makan ketam sebab kolesterol tapi di sebabkan lama lah kita rasa teringin sangat. Satu hari saja dan kita makan dalam portion yang sikit ok lah. dari dok teringat ingat rasa sedap. Apatah lagi kuah lemak ...mmmmph memang sedapkan. 
Resepi nya saya tak letak lah sebab dah pernah buat dulu nie kira ulang tayang kembali .
Apapun masak lemak nie jenis bertumis rasanya lain sikit .


Thursday, March 21, 2013

pizza tuna berkrim


Pizza ini di buat petang semalam. Hari ini baru berkesempatan letak entry di sini. Cuaca sekarang tersangat panas membuatkan kita sentiasa dahaga dan letih sangat. Harap musim kemarau ini akan berakhir tidak lama lagi . 
Bercerita mengenai pizza nie , terasa sangat nak makan lagi pun dengan petua yang chef azilah beri tu menambah lagi keinginan untuk merasai doh seperti yang chef katakan itu.
Akhirnya Alhamdulilah dapat juga merasai haruman doh berperisa bawang putih.

Saya masih mengunakan resepi doh pizza biasa (boleh refer resepi lama ) cuma dengan menambahkan serbuk bawang putih (garlic powder) Memang terasa sangat bila di tambah serbuk bawang seperti pizza yang di jual di restoran pizza terkenal tu.

Sos Pizza
untuk sekeping doh.

2 tbsb tomatu puree
2 tbsp tomato soup ( boleh buat sendiri dengan merebus dua bij buah tomato segar ...selepas rebus tos dan buang kan kulit. Cincang halus dan masak dengan sedikit minyat zaiton.  Tambahkan sedikit oregano ,garam dan sedikit gula ) siap.
1 tbsp cili sos

Inti.
1 tin kepingan tuna ...di buang air
3 tbsp sos mayonis
1 biji bawang kuning- di cincang halus

keju mozarella secukupnya
keju parmesan
keju chedar

Nota: terpulang lebih banyak gabungan keju lebih sedap dan kos pun bertambah . (guna tiga jenis je tapi kat kedai pizza terkenal tu guna 7 jenis)

Campurkan kesemua di atas Sedia untuk di tabur pada pizza.

Setelah pizza di bakar keluarkan dan di sembur sedikit degan minyak zaiton untuk tidak nampak kering dan mengiurkan kita yang nak makan haha. ( yang nie saya nampak budak kat kedai pizza tu buat ...dia guna minyak zaiton dalam botol yang siap dgn spry wire ) - Saya follow la


Tuesday, March 19, 2013

lempeng daun bawang

Sarapan pagi tadi lempeng bawang yang di cicahkan dengan lauk sardin. 
Bila makan lempeng nie teringat nostalgia zaman kanak kanak dulu. Emak selalu menyediakan kami adik beradik makan lempeng bercicahkan kari . Sedap sampai berebut rebut makan dengan adik adik almaklumlah zaman tengah membesar semua makanan yang di sajikan laju saja kita makan.
Hari ini bila makan seorang diri teringat juga pada Arwah Emak...semuga arwah ibu di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Lauk sardin pun sedap juga 

l
 

Monday, March 18, 2013

seafood lasagna

 Asalamualaikum ....dan alhamdulilah hari ini saya membuat lagi satu resepi lasagna yang baru saya belajar dari kelas memasak. Walaupun sebelum ini saya telah membuat lasagna sebegini tapi dengan resepi berbeza menjadikan cara penyedian menjadi mudah dan senang. Saya nie memang suka dengan yang mudah mudah dan cepat di masak dan sedap di makan hahaha.
So di pendekan cerita pada hari sabtu yang lepas saya kekelas..hehe dapat berkenalan dengan ramai akak akak dan adik adik maupun yang muda belia...hehe sebaya anak kat rumah. Apapun memang hepenning sangat bila masak memasak kan. Saya di gandingkan dengan Cik Liza. Satu kumpulan ada dua orang.
Eemm nanti saya letak entry tu ...suasana masa dalam kelas.

Hari ini saya memulakan sessi praktis saya di rumah sebab barang semua tersedia apa lagi...tapi kali ini saya tidak mengunakan daging burger laaaa saya guna  udang dan sotong saja. Semua proses sama cuba saya tukar benda main saja....kisar isi sotong dengan isi udang . Jika nak mencuba resepi ini sila kan ...saya scan resepi sebab saya malas nak ulang taip .
 



Sunday, March 17, 2013

angel hair tomyam sauce

 Makan malam tadi ...hanya untuk berdua saja....jadi senang lah nak testing makanan jika tak sedap pun tak apa hanya kami berdua beranak kan. Jadi boleh lah buat testing makanan.
Tambahan pula waktu lunch tadi dapur tak berasap sebab saya mengikuti kelas memasak. 
Emmmm buat buat sibuk sikit sebab jika saya tak keluar rumah memang boring gila tanpa kengkawan dan enjoy ...so setiap hari sabtu lah saya berpeluang belajar sesuatu walaupun saya boleh masak . Tak salahkan menambah ilmu .

Saya masak sos pasta tu macam biasa cuma saya tambahkan pes tomyam serta kurangkan pengunaan susu. Saya tak hendak ianya berkerim cukup sekadar memekatkan sos  saja. Hasilnya sedap juga. Tapi saya rasa lah jika gandingkan dengan spaghetti lagi menarik . Hehe percubaan di lain masak pula.
Pada akhir penyedian saya tambahkan helaian daun basil sebagai penambah perisa....dah jadi asian twist.
Asal kan kenyang....Alhamdulilah.



Wednesday, March 13, 2013

bihun sup

Bihun sup di pagi hari. Eemmmm yang pastinya sup ini adalah lebihan dari makan malam semalam. Disebabkan saya memang buat lebih untuk di makan dengan bihun. 
Sup bihun yang simple saya hanya perlu didihkan kembali dan tambahkan bihun ke dalam sup ini . 
Saya hanya perlu buatkan sambal pedas dan goreng tahu dah cukup lah untuk sarapan pagi tadi. 
Di tambah pula dengan lobak asin yang di potong kecil dan di goreng sehingga air nya kering. Dan bila kita makan bihun sup yang ada lobak asin rasanya cruncy.
 

Tuesday, March 12, 2013

lemak kupang & daun selasih

Syukur alhamdulilah dapat beli satu pek daun selasih jadi dapat lah saya membuat masak lemak kupang . Dah lama ngidam nak makan masak lemak cara macam nie. Tapi jika ada kupang yang segar lagi sedap kan dari yang saya guna hari ini dalam pek sejuk beku.


Resepinya saya pakai agak agak saja. Penyediaan bahan yang ringkas dan senang .

Lemak kupang & daun selasih
Olahan: CitarasaKu

300 gm kupang
3 biji bawang merah
1 inci halia
1 insi kunyit hidup
3 biji cili padi
2 tsp jintan manis
1 keping asam
santan secukup pekat.
minyak masak sedikit je...

Tumbukan bawang merah,halia,kunyit dan jintan manis sehingga halus. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga agak garing sedikit masukan isi kupang. Goreng sebentar dan masukan sedikit santan cair.
Masukan asam keping biarkan merenih dan masukan santan. Perisakan dengan garam dan sedikit gula sesedap  rasa. 
Sebelum tutupkan api...masukan daun selasih yang telah di bersihkan .Gaul sebentar....siap.

bingka suji

Asalamualaikum....dah masuk hari selasa . Alhamdulilah situasi di Sabah sudah pulih...lega mendengarnya. Tapi risau tetap ada manalah tahu musuh di mana saja sebab mereka sukar di beza kan dengan warga tempatan. Apapun semuga tidak ada pekara yang tidak di ingini berlaku lagi. Keharmonian serta kedamaian dalam kehidupan yang aman.

Apapun sekarang kita bercerita mengenai masakan dengan lega di hati. Masih ada tepung suji yang di beli tempohari saya gunakan untuk membuat bingka suji. 
Tempohari saya buatkan talam suji dan hari ini bingka pulak...kedua duanya pun sedap di makan pada waktu pagi maupun petang dengan secawan teh panas.

Saya bakar mengunakan convention oven...bakar secara biasa dan kemudian nya mengunakan mode grill selama 10 min untuk mendapatkanSay kerak di bahagian atas.

s

Saturday, March 9, 2013

roti saja

Minum petang yang sungguh simple sekali....cuma mengunakan roti baguette . Roti ni saya beli saja dari bakery .
Manakala inti nya saya mengunakan isi ikan tuna ...buangkan airnya. 
Dan saya campur dengan mayonis dan sedikit air lemon / limau pun boleh.  Bawang  gorengkan dahulu bersama sedikit minyak dan tambahkn kicap maggi...renih sehingga layu dan masukan ke dalam pes tuna.
Tambahkan serbuk lada hitam...sedikit garam jika perlu. 
Ambil sekeping roti sapukan sedikit butter dan letakan inti ini dan taburkan dengan cheese ...jika suka / tak guna pun ok gak dan bakar sebentar untuk cairkan cheese....siap untuk di makan.