Showing posts with label Variasi Kek. Show all posts
Showing posts with label Variasi Kek. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Deko kek je



Kek ini saya buat sebulan yang lalu baru hari ini saya teringat nak letak di sini ..bukan apa sebagai kenangan je yang saya telah pun membuat corak begini. Corak ini nampak sangat cantik dan saya tertarik bila menyusuri blog Biscous A Toi yang sangat teliti dan kemas serta corak yang beliau hasilkan  nampak simple kemas dan elegant ..huh elegent tau . Saya nie jika ke kedai kek pasti akan mengambil sedikit masa melihat dalam cermin kek kek yang tersusun indah dalam cermin ..mata memerhati setiap detail pada kek tersebut dan akhirnya saya selalu kena tinggal dengan hb ..mereka dah kedepan tak sangka dok di situ ..biasa lah kan.
Ok dek kerana tergoda dengan corak nozle begini maka saya dengan rasa confident cuba mendeko sebiji kek vanilla berlapiskan kerim dan puri strawbeery di bahagian tengah kek dan lapiskan dengan butterrcreame saja . 
Hasil tunjuk ajar dalam youtube maka terhasilah lorekan yang kurang stabil tapi saya rasa puas hati gak sebab hampir sama walaupun comot sikit . Yang penting saya dah cuba buat kan.


Alhamdulilah terhasil kan juga dan kek ini saya sedekah kan pada jiran lama saya yang kebetulan anak harilahir anak dia lewat 2 hari kira belated birthday lah...
Jiran lama saya tu sungguh happy terima kek ini walaupun hehe comot . Insyallah saya nak cuba deko berbentuk bunga rose pulak lepas projek ini jika rajin.



Friday, October 23, 2015

chocolate cupcake


Dua tiga hari lepas dah makan kek tapi arinie nak makan coklat pulak . Jika buat saiz besar memang membazir jadi saya buat bentuk kecil senang sikit. Deco pun boleh tukar warna warni .
Resepi pun biasa biasa saja namun hasilnya cantik dan sedap.

Chocolate Cupcakes

1 1/2 cawan gula castor
3 sudu besar mentega (lembutkan pada suhu bilik)
1 1/3 cawan tepung gandum 
2 sudu teh baking powder  
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar (saya cut to 3/4 sahaja....sbb tengok konsistensi adunan dah elok)
2 biji telur
 chocolate chips jika nak tambah  

Putar gula castor dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pastikan dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi selang seli dengan susu segar, guna whisk tangan sahaja. Gaul hingga sebati. Kemudian letakkan chocolate chips dan kaup balik sahaja. Isi dlm acuan 1/2 penuh sahaja.....    kek  bakar selama 20-30 minit guna suhu 160'C...atau sehingga masak


Sunday, May 24, 2015

kek coklat moist


Kek coklat moist yang saya bakar di dalam acuan empat segi kecil nampak cute kan . Satu tray menghasilkan 8 biji kek kecil . Hanya perlu di hias secara sukahati .
Kek ini saya alirkan coklat ganache dan setelah agak keras saya buat jaluran coklat agar nampak lebih kepada corat jaluran di atasnya serta sekuntum bunga kecil pink dan manik putih sebagai melengkapi kek comel ini . 
Maka jadilah kek sempena birthday hb pada minggu lalu. Sebenarnya ada kek besar tapi saya tak sempat nak snap sebab dah kena ngap awal lagi ...sibuk kan.


Sunday, August 31, 2014

vanilla cupcake di hari MERDEKA 57

 Cupcake warna pink perisa sirap ....aduhai sirap bandung pulak tu. Yang nie request dari si YonYon. Siap cakap jika warna pink mama kena letak sirap ros ...sirap ros pun ros la tapi di dalam kek ada isian peanut butter di bahagian tengahnya. 
Hasil rasa dah jadi dua rasa atas rasa lain gigit kek rasa butter gigit bahagian tengah kena peanut butter pulak. Suka hati lah.

Resepi boleh klik pada link sebelah sebab saya masih mengunakan resepi yang sama .


Monday, August 11, 2014

Kek buat anak

  
 Kek ini di buat sebagai jamuan hari raya anak di sekolah. Punyalah sibuk sebab pada siang harinya kita keluar ke rumah kawan jamuan raya. Sebenarnya kita agak jarang nak hadir jamuan raya sebab suami selalu dah mula berkerja dan susah nak dapat cuti . Untuk res tidak epi kek ini saya tidak sertakan sebab saya masih mengunakan resepi sebelum ini pada entri yang lalu.

Pagi kelmarin Amirul nampak happy dengan dua biji kek untuk menjamu kawan sekolah.
Sebiji kek sponge yang di lapisi orange puree yang agak masam dan manis kek tidak terasa. Saya mengunakan kerim whipped untuk menutup keseluruhan kek serta titiskan coklat lemon cair di atas sebagai hiasa . Kepingan cookies kecil tu emergency sebab kehabisan ceri hitam /merah so letakan bagi naik seri ....janji anak saya happy nak bawa kek yang mama dia buat sampai jam 1.30 pagi baru cari bantal ...sleeping time. Hiasan luar pun tidak licin almaklum mata dah layu...



Tuesday, August 5, 2014

kek marble ice cream

Selalu juga membuat kek marble biasa je...dah bermacam jenis marble dah tapi kelmarin tertarik dengan resepi yang satu nie...sebab dia ada sedikit campuran serbuk ice-cream powder. Punyalah cari di kedai bakeri nasib baik ada gak...tapi perisa vanilla saja yang tinggal. Inilah hasilnya

 Resepi ini di ambil dari blog UmiZahidi ....copy n paste di bawah untuk rujukan saya tanpa di ubah suai

Ingredients:-
250 gm butter - melted*
230 gm caster sugar
9 nos. egg yolk
7 nos. egg white
1 tbsp sponge gel or ovalette (cake stabilizer)
1/2 tsp. baking powder
20 gm. strawberry ice cream powder (*i used plain ice-cream powder)
230 gm top flour (sifted)
1 tsp. vanilla essence
1 tsp. strawberry emulco*
pink colour ( I put 2 tsp.)
1 tbsp. cocoa powder (sifted)*
1 tbsp. chocolate paste or emulco*
10 gm ice cubes

Methods:-
In a mixing bowl, add all above ingredients except with *, and beat at slow first, then high speed until fluffy.
Add in melted butter, mix well using your wooden spoon.
Divide into 3 division - 1 plain, 1 with strawberry emulco and a little pink colour and 1 with cocoa powder and chocolate emulco.
Preheat oven at 180C and prepare 9 x 9 x 3 baking tin, line with paper and brush all around with butter.
Start to arrange the batter from the centre - 1 scoop plain, 1 scoop chocolate and 1 scoop strawberry colour. Repeat procedure until finish.
Bake for about 45 mins. to 1 hour.

(*Note - next time should use 2 spoons for every layer)

Thursday, April 3, 2014

Pineapple upsidedown kek

.
Hari ini saya merajinkan diri membuat kek sebab ada lebihan nenas dalam tin. Nenas lebihan dari saya masak kari udang saya hanya guna tiga keping. Jika saya tidak guna sayangkan nanti terbuang saja...membazir. 
Apapun kek nenas nie agak lama juga saya tidak membuatnya. Terasa lemak manis dan kemasaman memang best jika di makan pada petang hari. Dan kebetulan petang tadi seharian hujan ...bau kek harum semerbak satu dapur wangi sangat.

Saya letakan resepi di sini untuk sesiapa yang ingin mencuba...walaupun rasanya saya pernah letak di sini . Resepi untuk membuat kek ini sunguh mudah dan senang tapi sedap.

Pineapple Upside Down Kek.

Bahan bahan:


200 g gula kastor
180 g mentega
4 bij telur
300g tepung kek
1 cawan jus nenas
secubit garam
1 camca teh esen vanilla
6 keping nenas tin
½ cawan gula perang
6 biji ceri merah.

Cara penyediaan:
Gula,mentega di pukul sehingga kembang. Masukan esen vanilla serta telur sebiji sebiji sehingga sebati. Kemudian masukan tepung kek, jus nenas serta garam .
Alaskan acuan dengan kertas dan lenserkan mentega dan sedikit tepung.
Bakar pada suhu 180 oc selama 40 minit.

Nota: Semasa memukul gula n mentega make sure kembang sehingga nampak gebu. ( Barulah kek nanti akan naik dengan elok )

Selepas acuan siap di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung....sebelum aturkan kepingan nenas taburkan gula perang dahulu. Untuk mendapatkan warna keperangan bila di bakar nanti.


Friday, December 20, 2013

coklat cupcake


c\\\\\\\\\\\
 Kek comel yang ku buat atas permintaan kawanku untuk di bawa ke majlis khatam Quran anak buahnya. Syukur dengan resepi baru ini ternyata hasilnya sangat cantik. Pada mula nya rasa kecut juga kenapa lah nak test test resepi lagi....tapi hati ku berat nak mencuba juga.
Alhamdulilah ternyata tidak sia sia kek coklat ini menjadi sangat lembut.moist dan sedap sangat.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada empunya resepi ini yang sanggup berkongsi resepi beliau yang sangat baik ...semuga Allah memberikan rezeki yang berterusan padanya
.
Coklat cupcake
Sumber : Today cupcake

Bahan-bahan


Bahan A;
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.


Bahan B;
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas


cara-cara menyediakannya


pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap. Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.
Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...masukkan air panas yang telah disediakan tadi.
Akhir sekali sediakan kertas cupcake..masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit..

cccd

Friday, November 29, 2013

snow cheese cake

Hari ini projek membuat kek bermula dari awal pagi . Saja saya buat untuk di beri pada kawan saya sempena harilahir anak dia. Pagi lagi fikir kek apa yang nak buat sebab anak dia tak begitu gemar coklat dan kek ini nampak simple dan cepat di buat. Alhamdulilah menjadi jua akhirnya.
Saya tak letak resepi sebab dalam entri terdahulu saya sudah ada. Hari ini saya letak gambar saja sebagai ingatan pada hari ini.


Thursday, November 14, 2013

fruit pastry cake

Salam pagi khamis. Tergoda bila berjalan jalan di blog KakNor dan nampak dia membuat fruit pastry nie dalam hati dah terasa eeehh sedapnya...lama tak makan. Rasanya tahun lepas kot lama lah juga . Begini lah rasanya bila kita nampak orang buat  kita teringat  nak makan . Tiap tiap hari cekodok pisang cekodong bilis saja kan.
Alhamdulilah ....hasilnya memberangsangkan terus teringat nak potong dan bagi kawan makan. Dan pada hari tersebut kita memang pun nak bertandang ke rumah seorang sahabat. Maka hasil kek ini di bahagi 3. 1/3 pun tak habis di rumah sebab pagi nie saya harus menghabiskan potongan terakhir sebab nak cuci bekas tak nak biar dok lama lama membeku dalam iceboxed. 

Nak cuba boleh di akses dari empunya blog :  Kaknor . 
Walaubagaimanapun saya copypaste resepi beliau kat bawah untuk tatapan saya sebagai ref ...satu resepi yang sangat sedap dan menjadi...ikut je Alhamdulilah ok .

FRUIT PASTRY CAKE
souce: Gert

Ingredients :
113g/1 stick butter, at room temperature
1 cup castor sugar ~ K.Nor letak 180gm
50g sour cream ~ K.Nor gantikan dgn yogurt plain
1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila
Pinch of salt
1 teaspoon orange zest
3 large eggs, at room temperature
210g plain flour
1 teaspoon baking powder
500g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices)

* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8" tin)
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve

*Selepas 40 minit proses membakar, K.Nor letak sekeping aluminium foil atas kek (letak gitu jer) utk mengelakkan permukaan atas kek jd hangus dan teruskan proses membakar sehingga kek masak.


Thursday, November 7, 2013

kek coklat mousse



Hari ini dengan entri kek . Terasa lama juga tak membuat kek coklat yang penuh dengan rasa coklat haha bertambah lah kalori ye. Tapi sesekali ok lah tak makan terasa rugi. Sebiji kek boleh di kongi beramai ramai...so kira rezeki lah jika yang datang bertandang ke rumah. Alhamdulilah ada juga kengkawanng datang jadi tidak lah membazir namanya. 
Selalunya kek coklat saya jenis biasa, span, chiffon semuanya saya suka tapi di bahagian layer di isi dengan kerim, buttercream maupun mousse perisa buah buahan. Tapi kali ini ramuan hampir sama cuma ada campuran telur kuning itulah yang beza. Puas juga memikirkan sedap ke tidak telur yang di pukul atau di wapkan dengan kukusan. Pada pendapat saya setelah merasai kek ini...sama jer dengan jenis lain cuma sedikit moist dan kena simpan dalam peti sejuk sekiranya di biarkan dalam keadaan panas takut rosak tektur mousse sebab kandungan telur.

Jika berminat untuk mencuba sila lah...

 
Sumber resepi ini saya dah lupa nak catat...maaf banyak banyak pada empunya resepi ini dan saya berterima kasih pada empunya resepi dan sekarang saya Cp di bawah ini.

Kek Coklat Mouse
sumber : ............

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, kaedah untuk cairkan gelatin rujuk di SINI
Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka




H

Monday, October 28, 2013

mousse strawberry dengan chocolate putih


Alhamdulilah akhirnya terhasil juga. Agak lama juga mengidam untuk membuat kek ini setelah hasil yang lalu tidak meberangsangkan . Tempohari menjadi juga tapi bahagian atas ...jelo tu tidak berapa set dan bila di angkat keluar dari acuan jello itu mengalir keluar dan tidak stabil.


Saya alaskan bahagian bawah dengan plastic supaya senang di keluarkan dari acuan jika mengunakan acuan biasa. Jika mengunakan acuan springform rasanya tidak perlu sebab kita boleh keluarkan palapik bawah dan buka acuan bahagian tepi. 
Pada akhir saya sisipkan dengan roti jejari lebihan buat tiramisu di sekeliling mousse dan mengelakan dari jello yang keras itu menurun ke tepi kek.





Wednesday, September 18, 2013

carot sheet cake


Carot sheet cake yng sangat sesuai untuk di makan pada petang hari. Ianya agak simple dan cepat di sediakan dengan deko yang minimal tapi dari segi rasa sama je dengan kek yang di bakar dalam acuan tinggi. Kek yang di bakar dalam tray type cepat di masak dan kita lapiskan dengan cream cheese.

 Carot sheet cake

4 eggs
1 cup vegetables oil 
2 cup granulated sugar
2 cups all purpose flour
2 tsp baking soda
1/4 tsp baking powder
2 tsp ground cinnamon
1/2 tsp salt
3 cups shredded carrot
2/3 cup chopped walnuts

In in mixing bowl, beat eggs,oil and sugar untul smooth.

Combine flour,baking soda,baking powder,cinnamon and salt add to egg mixture and beat well. Stir in carrots and walnuts. Pour into a greased  15 x 10 x 1-inch baking pan. Bake at 350 for 35 min. 
Frost with cheese once cool.


Tuesday, August 27, 2013

kek pisang coklat chips


As salam kembali bersua lagi. Bila lama tak muncul memang terasa malas sangat tapi bila dah keluar berderet deret pulak.  Sekarang musim membuat kek pula musim cokies dah tamat sebab sekarang waktu menghabiskan saki baki biskut raya walaupun buat tak banyak setiap satu jenis satu adunan.


Resepi nie saya copy sebijik dari fb sungguh sedap dan gebus dan saya hanya tukar kepada coklat chip saja.

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee 
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~  saya tukar pada coklat chips
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas  
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.



Monday, August 12, 2013

chiffon custart pembuka lembaran


Walaupun dah masuk hari ke 5 Shawal masih terasa meriah di kampung kampung . Bagi kami yang tiada kampung memang tak best pon apatah lagi bila kita telah kehilangan salah seorang dari orang tua kita . Terasa sayu hati tapi inilah realiti kehidupan . ..yang pergi tak akan kembali . Jadi pada Abah saja yang kami berhimpun pada shawal ini di sbj jaya. 
Sebagai pembuka hidangan saya buatkan kek yang penuh ceria ini . Saya telah berkali kali membuat kek ini dengan tidak jemu jemu. Nampak ceria kan bila hati gundah gulana ....hehe .
Saya suka kastad yang ada di atas kek itu ....note ...saya telah kurangkan kandungan gula pada kek so bila makan kek tu mesti kena makan dengan kastad jika letak tepi maka tak manis lah kek tu ...tawar sikit. Apapun ianya jadi sesuai untuk orang yang tak suka manis manis macam saya . Berjaga sebelum kena . 
Edisi cookies raya akan menyusul kemudian ...tak sempat lagipun cookies saya sikit jer tahun ini dah saya hanya buat yang family suka makan je ...nampak tak menarik sangat .


Resepi boleh refer pada entry lama.

Thursday, July 4, 2013

chill cheesecake

Cheesecale yang telah di buat pada hujung minggu lalu hehe baru hari ini nak letak entri kek.  
Saya buat saiz kecil je sebab saya seorang yang suka makan berhari hari . Jika saiz besar susah nak simpan dalam petisejuk .
Resepi chill cheesecake ini simple jadi saya tak letak kat sini...hehe boleh goggle sebab banyak jenis yang berlainan topping .





Thursday, June 20, 2013

orange cheese cake

 Asalamualaikum di petang khamis yang mendung. Di kala ini saya sedang duduk di luar rumah sambil menikmati kek comel yang saya buat sempena Hari Bapa tempohari . Petang ini ada dua biji yang tak habis di makan saya simpan dalam freezer , biarkan sebentar pada suhu biasa dah boleh makan.
Petang ini tak perlu sibuk di dapur ...kejap lagi boleh pergi pasar malam di bawah sana ...kena turun bukit sikit kira senaman sambil cari makan . Tapi jika berpuasa ...tak turun la. Separuh jalan dah dahaga dan hilang tenaga waktu mendaki ...semput juga.. e

Berbalik pada resepi kek ini asalnya dari snow cheese cake yang saya tukar dari vanilla kepada oren paste ...hehe...derhaka sikit pada resepi sebab last minit check alahai vanilla dah habis guna ...terlupa nak beli so capai apa yang ada dalam stok . Nak letak pandan  nanti mual sebab ada cheese letak blueberry pun tak ngam last last ada oren paste...alhamdulilah sedap pulak.
Saya buat dua adunan satu adunan kek bulat bersaiz besar dan satu adunan lagi kek kek comel nie....




Snow cheese cake aka Orange
Sumber : Mamasya
 
Bahan:- 
6 biji telur ayam 
100g gula halus
100g tepung self rising flour
60g tepung jagung 
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder- x letak
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
saya letak oren paste 1 tbs

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - dipukul gebu

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.