Friday, October 23, 2015

chocolate cupcake


Dua tiga hari lepas dah makan kek tapi arinie nak makan coklat pulak . Jika buat saiz besar memang membazir jadi saya buat bentuk kecil senang sikit. Deco pun boleh tukar warna warni .
Resepi pun biasa biasa saja namun hasilnya cantik dan sedap.

Chocolate Cupcakes

1 1/2 cawan gula castor
3 sudu besar mentega (lembutkan pada suhu bilik)
1 1/3 cawan tepung gandum 
2 sudu teh baking powder  
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar (saya cut to 3/4 sahaja....sbb tengok konsistensi adunan dah elok)
2 biji telur
 chocolate chips jika nak tambah  

Putar gula castor dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pastikan dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi selang seli dengan susu segar, guna whisk tangan sahaja. Gaul hingga sebati. Kemudian letakkan chocolate chips dan kaup balik sahaja. Isi dlm acuan 1/2 penuh sahaja.....    kek  bakar selama 20-30 minit guna suhu 160'C...atau sehingga masak


1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)