Thursday, May 31, 2012

Nasi Udang Berjintan


Musim cuti sekolah telah pun hampir seminggu bermula. Musim perkahwinan pun seiring dengan cuti persekolahan. Undangan pun banyak juga di terima dari saudaramara,kenalan dan jiran. Biasalah dalam waktu bercuti begini dapur juga bercuti pendek.
Setelah hampir empat hari bercuti baru hari ini kita memulakan kembali aktiviti memasak. Dan untuk hidangan tengahari semalam saya menyediakan nasi udang yang menjadi kesukaan YonYon.
Nasi udang hari ini kita gandingkan dengan sambal udang dan kerabu tomato berkerisek.
Rasanya gan hdingan nasi udang bersama kerabu tomato berkerisek sudah memadai tanpa sambal. Rasanya dah cukup gandingan ringkas ini.

Nasi begini sangat ringkas dan sedap apalagi jika ada papadom hehe . Sayangnya  hari ini papadom dah habis.


Nasi Udang BerJintan

4 cwn beras basmathi
Air secukupnya.
2 sudu besar rempah ikan -cap babas
secekak daun ketumbal- dipotong halus
Udang - anggaran 300 gm ukuran xxl- di gaul garam & kunyit dan di goreng sebentar dan angkat
40ml susu cair
sedikit minyak
30gm butter
3 biji cili hijau- dipotong kasar.....jika tak letak pun ok utk orang yang tak suka pedas.

Bahan kisar
1 biji bawang besar- dipotong
2 inci halia
2 sudu kecil jintan

Beras di basuh dan di toskan.  Goreng udang ysang telah di gaul garam kunyit bersama dengan daun kari dan hirisan bawang besar yang di potong bulat sebentar dan toskan.Tumis bahan kisar dengan lebihan minyak udang dan masukan rempah tunggu sehingga wangi barulah masukan air mengikut sukatan beras, susu dan perisakan dengan garam. Tunggu sehingga air mendidih barulah di masukan beras, udang dan cili hijau yang di potong.
Kacau dan biarkan sebentar barulah di masukan cincangan daun ketumbar. Tinggal sedikit untuk taburan.





Kerabu Tomato Berkerisek

5 btg cili merah
belacan secukupnya
1 biji besar tomato- jika kecil guna dua
1 labu bawang besar- di hiris
1 biji air perahan limau
air asam secukup rasa
garam
1 pkt kecil kerisek- anggaran rm 1.00 saja

Cili, belacan ,air asam dan air limau di blend.
Setelah agak sedikit halus ...tidak kasar keluarkan dari mesin
Gaulkan sambal dengan hirisan tomato,bawang dan kerisek dan perisakan dengan garam. Jika suka tambah sedikit gula...utk seimbangkan rasa....Siap. Mmmmph memang best.

Thursday, May 24, 2012

Onion Rings


Projek berbuka tadi petang. Saja dok fikir nak makan apa ye..emmm benda yang senang ,simple dan cepat. Maka ternampak resepi dalam simpanan. Lama juga resepi nie memerap dalam lappy ...setelah membaca berkali kali eemm nampak memang ringkas dan senang Apalagi dengan cepat lah mengupas bawang dan memotong nya  dengan ketebalan yang seragam dan mengering gegelang bawang dengan tuala dapur agar bila mengoreng nanti minyak tidak meletop 
Sewaktu mengoreng nya ...dalam hatiku berkata nampak macam naik cantik je tapi tak boleh rasa lagi. Waktu berbuka tadi ini makanan nie lah  ku sentuh dulu selepas air.
Alhamdulilah memang happy sangat sebab projek hari ini berjaya dengan percapaian cemerlang. 


Onion Ring
Sumber: Vdia,MyR 

Bahan:
1 biji bawang besar
75g tepung gandum
1/2 sudu besar tepung jagung/tepung kanji
1/2 sudu kecil garam dan gula
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Kupas bawang besar.Basuh dan keringkan.Potong bulat-bulat lebih kurang
   1 cm tebal.
2.Campur semua bahan-bahan dari tepung hingga 1 1/2 sudu besar minyak
   masak.
3.Panaskan minyak.
4.Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing

nota: waktu goreng letak jarak sedikit agar tidak melekat.


Tuesday, May 22, 2012

Mee Udang kembali lagi


Mee udang satu ketika dulu kita suka sangat makan sampai kolestrol pun naik mendadak . Seperti biasa pengambilan udang dalam seminggu kini terhad hanya sekali.
Hari ini letih rasanya nak menaip sebab terlebih makan kot...hehe minum air entah apa apa sampai nak berjalan pun dah tak larat. Nasib baik lepas solat baru minum air ...esuk kena henti minum air ais patut minum air panas saja.
Mee udang kita versi campak campak resepinya pulak pakai agak agak saja. Jadi kita tak letakan resepi ye hanyalah gambar sebagai penyeri mata saja.
 s

Grill Ayam Sos Ladahitam


Menu makan malam semalam . Selalunya kita makan kat luar saja...hehe senangkan . Memanglah tak susah nak membuatnya tapi adakala sedap dan ada kalanya tidak seperti yang kita harapkan. Biasalah kan...makan steak kat cafe lagi best cume kena extrakan dollar nya saja.
Alkisah nya plan asal hendak buat chicken chop tapi saat akhir kena tukar nasib baik ianya lebih kurang saja persediaan bahan. Bahan utama untuk salutan ayam iaitu breadcrumb dah habis stok....yang beli la jika nak buat serbuk roti sendiri memang boleh tapi nak kena bakar pulak roti bagi kering dan blend.....hehe lambatlah pulak, yang senang kita tukar version saja.
Apapun habis juga akhirnya walaupun kuah sos nya kurang sikit.
Memandangkan resepi nie kurang menyerlah kesedapan nya ,saya rasa tak nak letaklah sumber resepi nanti kecil hati pulak tuan punya resepi ataupun mungkin juga saya telah merosakan resepi ini. Apapun ayam nya rasa sedap yang fail tu adalah sos blackpepper nya  rasa kurang sikit dari kebiasaan . Mashed potato sedap sekali sebab saya letakan butter tatura yang lemak dan sedikit kemasinan.


Hehe begini saja...takada lah hirisan tomato dan seangkatan nya sebab saya selalu letak tepi saja jika makan di kedai jadi pinggan saya tak ada seni persembahan ...kosong. Cun cun untuk makan dan kenyang saja.

Monday, May 21, 2012

Bendi goreng telur


Sayur bendi menjadi kegemaran saya dan Hb. Tapi tidak buat Yonyon. Haha nak buat camana kan bila dia sorang saja tak suka bukan sayur nie saja yang dia tak suka hampir kesemua. Sayur sangat baik untuk kulit dan kesihatan tapi masih tidak hendak makan. Waktu dia masih baby dulu kita letak apa pun dia makan hehe tapi time tu kita blender dan dia tak tau pun apa yang di jadikan ramuan dalam nasi dan hampir kesemua lauk. Sekarang memang berbeza susahnya nak bagi dia makan sayur.

Bendi goreng telur
Olahan: CitarasaKu

Bahan bahan:
1 pkt bendi ( beli kat Tesco)
2 biji telur – di pukul sikit
1 keping asam gelugor
Secubit garam / gula
2 ulas bawang merah- di hiris nipis
1 biji bawang besar – dipotong bulat
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah

CARA MEMBUATNYA ;-)

Bendi di  potong mnyerong sikit. Panaskan minyak goreng telur yang telah di pukul. Setelah agak masak angkat dan ketepikan. Masukan hirisan bawang merah goreng sehingga wangi dan masukan bawang putih. Kemudian masukan bendi  dan asam gelugor, setelah agak layu masukan telur yang telah di goreng di ikuti dengan bawang besar dan lada merah. Perisakan dengan garam dan sedikit gula. Siap.






Sunday, May 20, 2012

Selamat Ulang tahun kelahiran


Semalam merupakan ulangtahun kelahiran Hb yang ke 48. Semuga Hb sentiasa sihat menempuh hari hari mendatang bersama kami sekeluarga. Amin.

Kita hanya meraikan di dalam rumah saja jadi makanan yang di sediakan ala kadar saja selain dari kek.


Kek Lemon yang di lapisi dengan buah buahan dan cream. Dan cupcake untuk di bawa Hb ke tempat kerja untuk kengkawan.





Saturday, May 19, 2012

Roti Naik Pahang


Roti yang di buat semalam untuk sarapan pagi. Hb suka sangat roti kosong begini pada waktu pagi. Tapi Si Yonyon kurang gemar sarapan roti biasa. Paling tidak mesti kena tambah hirisan burger atau hotdog maupun telur baru dia makan. Saya tak kisah sangat makan yang mana ada saja ataupun paling malas makan maggi pun cukup asal kan perut tak kosong. Adakala segelas air susu nestum pun kira ok.

Berbalik pada kisah roti nie saya pun tak pasti darimana dapat nama Pahang tu. Hehe mungkin empunya resepi ini berasal dari sana kot. Roti naik nie memang best sangat sebab ianya beg. Hitu gebu dan naik dengan tingginya. H.ati saya pun merasa gembira melihat hasilnya
Bila jadi cantik dan gebu begini teringat juga pada Abah di Sbg,Jaya. Abah memang suka makan roti begini. Insyallah nanti bila bertandang melawat Abah hehe nak buat untuk dia beberapa biji roti begini. Mesti dia suka hati dapat roti.

Rasanya ramai dah pun mencuba resepi ini tapi saya nak letak juga resepi nie untuk tatapan saya di masa akan datang.
Minta maaf resepi nie dah berada dalam simpanan agak lama maka saya dah lupa dari mana asalnya jadi saya kosongkan bahagian sumber tu ye...tak pasti dari siapa .

Roti Naik Pahang -
Resipi dari Tok Mak
Sumber :..........

1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG ROTI / GANDUM PUN BOLEH
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER


Bread Maker..
Masukkan semua bahan2 kecuali marjerin dan shortening tu..
Dlm 5 minit masukkan majerin dan shortening tu dan biarkan laa BM tu buat kerjanya... dah ting... keluarkan dan Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun..




Kaswi Pandan Lemak


Rasanya baru saja dah buat kuih kaswi nie tapi kali ini versi yang ada santan pulak. Saya tertarik dengan gambar dalam blog Ibunda, kaswi beliau nampak begitu cantik dan saya rasa nak makan.
Hehe nak makan kena lah kedapur masak sendiri kan.
Inilah kaswi pandan lemat yang terhasil dari dapur saya. Saya buatkan dalam bentuk kecil untuk senang di makan dan tak perlu di potong.


Kaswi Pandan Lemak
sumber : bundo 
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu 
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai -
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur  - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.

secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.




Friday, May 18, 2012

Daging gulai air


Lauk semalam yang di makan bersama dengan nasi minyak terengganu dan ayam goreng paprika. Teringin nak makan nasi minyak dengan gulai daging air tu. Mula lah mengoreng dan menumbuk segala rempah untuk di gunakan dalam masakan nanti. Di sini susah nak cari rempah Kuzi nasib tapi nasib baiklah ada satu resepi rempah Kuzi dari rumah Ct .Delima dapat lah kita merasa gulai air nie. Terima kasih pada Ct..ye .
gulai daging air nie nampak sangat merah tapi tak pedas dan saya sangat suka dengan gulai nie rasa macam makan nasi kenduri zaman dulu dulu pulak. Hmmm seminggu lagi sekolah akan mula cuti penggal maka undangan perkahwinan pon banyak juga di terima.  Insyallah jika Hb dapat cuti dapat lah kami menghadirinya.

DAGING GULAI AIR
Majalah Saji Febuary 1998 (pg 63)

600 gm daging

5 biji ubi kentang
4 sudu besar Kimball soup
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah / hijau – di belah dua
Gula dan garam secukup rasa
Air- agak agak ..ikut suka
Sedikit minyak sapi
1 sudu besar rempah kuzi - ambil resepi rempah dari dapur Ct
3 ulas bawang putih-   di cincang halus
5 ulas bawang merah – di hiris nipis
1 cm halia.

Cara:
Tumis bawang merah dengan minyak sapi.
Setelah naik bau masukan bawang putih dan halia.
Biarkan sehingga kekuningan.
Kemudian masukan rempah kuzi . Apabila agak garing masukan air,daging ,kentang.tomato soup.
Biarkan kesemua mendidih dan daging empok baru lah di perisakan dengan garam dan sedikit gula
Untuk imbangkan rasa .

Selamat mencuba sebab bagi saya sedap gulai dari Terengganu ini.


Thursday, May 17, 2012

Ayam goreng paprika

Lauk tengahari tadi baru sekarang dapat letak disini. Kiranya tugas untuk hari ini dah selesai barulah dapat menghadap pc hehe.
Mulanya memang teringin nak goreng ayam ala Kfc tapi pastu nak yang rasa  pedas barulah ngam bila di makan dengan nasi minyak terengganu.



Resepi masih lagi mengunakan resepi yang lalu iaitu Ayam goreng ranggup dari dari Mamasya dan di olah sedikit dengan menambah serbuk paprika dan yogurt. Ayam goreng nampak macam pedas betul tapi tak juga pedas jika nak lebih pedas kena tambah hot sos.

 Ayam Goreng Paprika
Oleh; Dapurmamasya
Di olah  : citarasaKu

bahan2nya
12 ketul ayam
3 sb membukit tepung beras
2 sb membukit tepung gandum
2 sb  besar tepung ayam goreng Kfc/nona
1 sk lada hitam - tumbuk halus
1 sk garam
2 sudu besar serbuk paprika
2 sudu besar yorgurt asli
1 biji telur - pukul sikit*
secubit kunyit* dan secubit garam*

Cara
1.Campurkan * telur,kunyit dan garam,yogurt dan gaul dgn ayam dan perap sebentar.( lebih lama lebih sedap)
2.Bahan2 tepung termasuk 1 sk garam & 1 sk lada hitam ,serbuk paprika dicampurkan dlm satu bekas.kacau rata
3.Ayam yg digaul dg telur ,kemudian dicelup dgn adunan bahan tpg.gaul biar rata...semua ayam disalut tpg.
4.Teknik mengoreng.Panaskan minyak utk goreng ayam dgn api yg kuat sikit dan guna minyak yg agak byk utk pastikan semua bhg ayam semua terendam di goreng.Masukkan ayam,dlm 1 min, nampak tpg dah salut di ayam, balikkan ayam...goreng dlm 1-2 min. Kemudian perlahankan sikit api...goreng hingga masak dgn balikkan ayam beberapa kali,ini utk pastikan bhg dlm ayam masak dan kulit luarnya tak hangus.sejat ayam yg dah masak sebelum dimakan

Le Rose cuppies


 

Kek ini telah di buat semasa perayaan hari guru yang lalu. Mulanya memang tidak idea langsung untuk mendeko. Sejak kebelakangan ini kek yang saya hasilkan semuanya simple simple saja walaupun kadangkala beria benar nak membuat sekuntum bunga rose tapi akhirnya malas.
Dengan kemalasan yang saya hadapi maka kek saya pun memang paling senang dekonya . Dengan hanya memicit adunan whipped cream yang di pukul kental dan nozzle berbentuk bulat dapat menghasilkan corak begini. Tambah bunga dan ceri dah siap hehe. Ok lah daripada tak ada kan.........Dapat juga si Yon yon bawa ke sekolah kan.


Adunan cuppies saya mengunakan resepi basic sahaja. Sementara adunan whipped cream saya tambahkan coklat putih yang di cairkan dan di pukul sehingga kental dan dapat di bentuk dengan mudah. Bersama sedikit perisa Rose menambahkan lagi keenakan rasa pada cream  juga perwarna pink membangkitkan selera .

Cuppies yang telah siap di dalam kotak yang comel hehe 4 biji buat seorang...cukup kan...
Setengah cuppies saya letak biskut coklat angry bird yang warna hitam legam warna merah tak ada.



Wednesday, May 16, 2012

Buah melaka lagi


Dengan lebihan tepung pulut yang berbaki tempohari tu kita habiskan dengan membuat buah melaka. Kali ini kita buat warna merah pula.
Sedap makan sebiji demi sebiji sedar sedar dah tiga separuh pinggan. Secawan teh panas memang sedap bila di hirup sedikit demi sedikit.
Petang tadi cuaca di luar nampak mendung tapi tak hujan. Dua tiga malam hujan mula turun selepas jam 9 malam tidur pun terasa nyaman macam di tanah tinggi .

Hari ini seorang kawan kita dalam dilema mengharungi hidup. Kita pun merasa sangat sedih mendengar nukilan beliau yang sedang dalam tempoh berpantang. Masaalah dalaman rumahtangga beliau menyebabkan dia sangat rungsing. Inilah kehidupan ada pasang dan surutnya apapun saya berharap sangat dia di berikan kekuatan menempuh badai yang melanda dan sentiasa banyak bersabar. Kehidupan dalam membina rumahtangga bahagia memerlukan pasangan yang sama sama meredah serta pengorbanan dan kasih sayang. Akhir sekali kita sangat berharap kawan kita nie banyak bersabar .




Sayur Peria goreng belachan


Sayur buat lunch tadi. Dulu memang tak suka sayur nie tapi sekarang dah ok sikit sebab dengan adanya petua petua untuk mengurangkan rasa pahit sayur ini telah menukar persepsi saya.
Hari ini sayur peria saya buat goreng sahaja.
Sambal belachan yang di tumbuk bersama sedikit udang kering kasar kasar dan di goreng di dalam sedikit minyak panas sehingga wangi . Setelah wangi masukan sayur peria yang di potong pada ketebalan yang sedang dan di gorengkan. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah dan sedikit gula. Sebelum di tutup api..masukan sebiji telur biarkan seketika dan gaul sebati. Tutup api dan siap di hidangkan. Ringkas kan.


Petang pula saya tak pasti nak sedikan apa untuk sajian minum teh. Jika hari hujan alangkah indahnya dapat meneguk secawan teh panas bersama sepiring kuih.haha. Insyallah jika rajin ada lah kuih nya.

Tuesday, May 15, 2012

Triffle


Alkisah pembuatan triffle yang tidak di rancang ini. Asalnya idea membuat rolls cake yang tidak menjadi.Lantaran bila di gulong ianya merekah maka terasa sayang sekali. Lantas bertukar arah menjadi triffle pulak. Alahai sayang sekali nanti rolls kek tu kita buat lain kali saja. Next time kena perlahan pembakaran pada saat akhir supaya ianya tidak kering dan mudah di gulong.
Berbalik pada triffle kes emergency nie saya campurkan saja pada kek kek yang telah retak dalam bowl berkaki sexy tu curahkan air lebihan dari buah buah dalam tin. dan sediakan kastad yang manja manja tu di masak dan di curahkan pada lapisan buah buah dalam tin.
Lapisi sekali lagi dengan buah lebihan dan kastad serta di bekukan sebentar.
Pastu nampak macam tak berseri maka tambahkan jelly berwarna merah...hehe nampak bersinar kembali ceria untuk di nikmati. Sesuai sangat bila tekak tengah kering dek mentari panas di tengahari .

Apam beras


Sekejap saja dah masuk hari selasa. Terasa cepatnya masa berlalu . Hari ini baru dapat  akses line internet secara laju sejak dua tiga hari yang lalu line agak lembat dan ianya membua at kita rasa mengantuk nak tunggu satu persatu upload kan. Alhamdulilah pagi nie nampak ok sikit maka dapat lah kita mengupdate hehe.
Apapun layan dulu dengan Apam yang berwarna merah jambu nie. Actualy saya nak letakan warna putih saja. Hb cakap letak lah warna sikit baru nampak naik selera jika warna putih nampak tak sedap je. Tapi bagi saya warna putih nampak bersih gitu...apapun saya letaklah sebab hb yang nak makan sangat. Sebenarnya saya jarang membuat kuih begini sebab bagi saya nak makan seketul dua lebih baik beli saja..tapi hairan hb suka makan kuih nie. Letak sepiring ...hehe dan habis pon siap bertambah lagi. Nampaknya lepas nie kena buat selalu lah. Katanya kuih nie rasa asli dan terasa kenyal dan sedap kot...hehe saya makan 2-3 biji saja...cukup dan yang lain Hb.


Resepi apam nie saya ambil dari RosJintanmanis .Tak sangka juga membuat apam nie sangat senang selama ini saya fikir ianya susah ...naik lah tak naik lah jika dulu saya lihat waktu emak saya membuatnya. Hehe adakala tak jadi tapi dengan resepi ini kerja membuatnya menjadi sangat ringkas dan senang. Terima kasih kepada Puan Watie dan Ros kerana sudi berkongsi resepi yang sangat  mudah dan sedap.

Apam beras
Resepi : Watie Penang
Sumber : RosJintanManis

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.






Friday, May 11, 2012

Nasi lemak aroma Pandan


Salam petang Jumaat. Hari ini cuaca amat lah terik dan kering. Kulit pun terasa begitu tegang jika boleh rasanya nak duduk dalam bilik pasang aircon saja. Tapi faham faham lah jka kita pasang satu bilik kira ok lagi jika semua bilik terpasang...pengsan lah En Hb nak bayarkan. Bayangkan lah .
Banyak faktor mempegaruhi alam semesta dengan kejadian demi kejadian dan umat manusia pun sesungguhnya Allah saja yang tahu.
Berbalik kita pada menu lunch tadi kita sediakan menu simple saja iaitu nasi lemak pandan. Masuk kali ini kita dah buat dua kali. Aroma pandan sangat wangi dan lembut memenusi ruang legar di dapur .
Nasi berlaukan sambal tumis udang menjadi kesukaan Yon yon ...siap makan bertambah tadi.


Kali ini saya mengambil resepi dari rumah Cik Ct pulak.  Lebih kurang sama saja dengan resepi yang terdahulu cuma yang dulunya ada sedikit tambahan lada hitam yang di tumbuk dan Ct pula ada kelainan pada halba. Bagaimanapun kedua dua resepi ini sedap. Terima kasih buat CT.
Jika nak lihat gambar yang cantik sila lah klik di Sini.
Gambar yang saya sempat rakam hari ini tidak stabil sebab saya nak cepat dan tidak mengunakan tripod maka tangan saya tak stabil dan gambar pun turut bergetar wakaka....Resepi dari rumah Ct..saya copy di sini untuk catatan saya tanpa ubahsuai.



Nasi Lemak Aroma Pandan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak #
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau # (disatukan dalam mangkuk dan kacau sebentar. ketepikan)
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)

Bahan Sampingan :
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Telur dadar yang digulung dan hiris nipis

Cara-cara :

1. Beras dibersihkan dan tos airnya. Masukkan halba, bawang merah, halia, serai, garam dan daun pandan ke dalam periuk rice cooker.

2. Masukkan santan yang telah dicampur sedikit pewarna hijau dalam rice cooker gaul sebentar. Terus masak nasi seperti biasa. (sukatan santan tu ikut beras masing2lah ya. Lain beras lain sukatannya)

3. Lagi berapa minit nasi nak tanak, buat 3 lubang dan titikkan sedikit saje pewarna hijau dalam lubang tadi. Dan tutup balik periuk nasi tanak hingga masak.

4. Bila nasi dah masak, baru digemburkan nasi lemak tadi rata2. Senang dan mudah kan.

5. Hidangkan nasi lemak aroma pandan ni bersama lauk kegemaran yang disukai. Selamat mencuba :)


Thursday, May 10, 2012

Laksa Sardin


Hidangan petang . Tak ada kuih muih seperti selalu. Dari pagi lagi dok teringat dan terbayang bagaimana sedapnya ikan sardine di jadikan kuah laksa. Sebenarnya kita dah lama kita tak makan laksa. Bila kali terakhir pun tak ingat. Nak buat di dapur sendiri..eeemmm Hb selalu cakap tak payah beli saja..

Bukan kita tak mau beli dari luar..pernah beli tapi hampa pun ada sebab tak sedap dan kuahnya cair sangat.
Tapi ada satu gerai semasa saya ke hentian makan feri langkawi di Kuala Perlis memang best. Saya cuma sempat ambil gambar gerainya saja sebab waktu malam lampu samar samar dan tak berapa jelas nama kedai itu. Hehe manatau jika kesana lagi dapat cari kedai tu lagi.
Jika di Sp nie saya selalu beli laksa dekat Petani Jaya hadapan pasaraya Econsave...warung kat situ sedap. Dah lama tak makan di situ .



Alhamdulilah jadi juga laksa yang di idam idamkan. Setelah makan rasanya boleh tahan saja nak cakap 5 bintang tu tak lah ...boleh saja .


Laksa Sardin
Olahan- CitarasaKu

Bahan-Bahan:
250g Laksa (1 bungkus) - direbus dan toskan.
1 tin besar sardine ayam brand
2 kuntum bunga kantan
1 sudu besar sos tomato Kimball – sos tomato biasa tak boleh guna ye nanti rasanya lain.
2 biji timun
2 biji bawang besar
2 keping asam keping
Daun kesum
Daun Pudina
Cili api
Garam secukupnya

dikisar
10-15 tangkai cili kering
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar

Cara:
Ikan sardin dibuang sos nya dan di kisar halus atau dan ceraikan ceraikan dengan garfu pun boleh..
Campur bahan- bahan kisar, ikan,bunga kantan, daum kesom,2 keping asam keping, air .
Masak hingga mendidih dan perisakan dengan garam secukup rasa.


===============================
Sesuatu untuk di kongsi. Saya pun baru baca info ini dlm fb dan tak begitu arif.

HARI IBU ADALAH "HARAM"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada
tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular keseluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi "The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914,Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland,Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.