Wednesday, August 31, 2011

Salam AidilFitri dan Salam Kermerdekaan

Selamat menyambut AidilFitri dari kami sekeluarga buat pengunjung blog ini. Dan sempena hari yang mulia ini saya memohon maaf jika terkasar bahasa dalam penulisan di blog ini.dan juga di ruangan komen kengkwan semua. Dan tidak lupa juga Selamat menyambut kermerdekaan . Buat kengkawan yang pulang beraya di kampung take care dan semuga perjalanan pulang beraya dengan selamatnya.

Kad di sunting dari http://www.funscrape.com/.

Sunday, August 28, 2011

Ayam goreng asam

Lama tak mengupdate blog. Busy dan busy di saat akhir Ramadhan ....kerja rumah bertambah. Hari ini baru free sedikit sebab dah habis buat biskut raya. Hari ini saya telah berjaya menyiapkan biskut aiskerim dan biskut cendawan . Esuk insyallah , kita nak buat cupcake dan sebiji kek dan lepas itu baru free. Hari ini juadah berbuka dengan ayam goreng asam ,nasi putih dan kita beli ikan siakap penggang.

Monday, August 22, 2011

Tart nenas

Awal pagi kelmarin dah on pc cari idea nak buat biskut. Kuih tart di antara biskut yang tak pernah saya tinggal untuk membuatnya. Tahun lepas dan tahun sebelumnya saya buat jenis gulong. Tiba tiba ternampak dalam blog Kakwan aisey tokey kuih yang baik hati ini memperlihatkan jenis empatsegi. Cantik jugak tapi kat mana nak dapat acuan macam tu ye. Comey gak tart nie budak budak tentu suka nampak cute sangat.Sila ke blog KakWan  untuk melihat tart empatsegi. Hihi saya buat jadi camnie ....saya guna acuan bento jadilah . Tart saya garing sikit haha sikit je.

Resepi boleh di dapati dari blog kakwan tapi saya copy paste kat bawah sebagai rujukan . Apapun ucapan terima kasih saya untuk kakwan....sedaplah tart ini.

Biskut Tart Nenas Bar

Bahan-bahan

220gm mentega
50gm gm gula icing
40gm susu tepung
300gm tepung rose/superfine
20gm tepung kastard
1 biji telur B
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Jem nenas secukupnya digentel bulat

Hiasan : Kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
1. Krimkan mentega dan gula, masukkan telur dan esen vanilla. Masukkan pewarna dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua tepung yang diayak dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan inti nenas ditengahnya. Tekan kedalam acuan berbentuk bar. Simpan didalam peti sejuk beku selama 15minit. Keluarkan dari acuan dan sapu dengan kuning telur.
4. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150c selama 25-30 minit

Sunday, August 21, 2011

Green Princess

Tak pasti kenapa di namakan begini. Mungkin di sebabkan biskut ini berwarna hijau kot. Apapun biskut ini sedikit manja sebab kena pegang dengan lembut jika tidak mudah tersopek .Camtulah gambaranya haha betul ke perkataan yang kita guna ini. Apapun tak rugi mencuba biskut ini sebab sedap. Resepi dari Fotopages saya yang lama di tinggalkan http://tiara64.fotopages.com/?entry=1302384 . Kat fp lama saya yang dah bersawang ada lagi beberapa resepi lain jika nak mencubanya. Apapun saya kopipaste kembali di bawah ini manalah tau nanti Fp tersebut padam sebab tak aktif.


Green Princess

Bahan bahan A
100gm mentega -
75 gm minyak sapi
60 gm gula castor
½ sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

50 gm serbuk badam
15 gm tepung beras
220 gm tepung gandum

Bahan hiasan
Coklat masakan putih
Choclate rice - saya guna dot kali ini

Cara penyediaan,

Pukul mentega, gula minyak sapi dan perwarna hijau sehingga sebati.
Kemudian masukam tepung beras dan tepung gandum. Gaul sebati.
Masukan pula serbuk badam. Rehat seketika adunan.- Jika lembik tambah sedikit tepung


Selepas itu, bolehlah uli dan canai doh serta terap dengan acuan. Bakar
Pada suhu 175 c selama 20 minit.

Setelah sejuk,paipkan atau lorek dengan coklat masakan putih dan taburkan coklat rice.

Biskut bunga cina

Dalam banyak banyak biskut yang saya suka adalah biskut ini . Biskut bunga cina..kesukaanku. Rasanya jika awal buat pasti dekat hujung puasa nak kena buat lagi sebab sekarang pun dah surut . Aisey kena ulang buat lagi lepas ini sebab sedap sangat.

Resepi biskut di ambil dari blog kaknor@secubitgram. Terima kasih sangat dengan kaknor . Saya sangat suka dengan adunan ini memang best dan sedap bagi saya. Resepi nya saya cuma tambah sedikit esen Ros. Resepi di bawah adalah kopipaste dari blog KakNor untuk rujukan.

BISKUT BUNGA CINA
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )
100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
1 tsp esen ros - yang nie saya tambah sebab saya suka bau esen ini.

Cara-cara
Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.

Pasta linguine goreng pedas


Makanan waktu berbuka dua hari lepas. Semalam saya berbuka di luar  waktu melawat ibu saya di Penang dan membeli belah di Queensbay. Ramai sangat orang keluar semalam membeli belah pada hari kelepasan minggu. Hihi saya macam biasa mesti singgah kat Daiso lah beli barangan comel dan segala acuan bento. acuan silicon sebab harganya Rm5 saja. Gila kalau masuk situ semua nak borongkan tapi ada barang juga berbaloi beli dan ada barang juga di paras bawah Rm5 . So kena pandai membeli barang yang setimpal dengan Rm5 keatas dengan harga itu.

Pasta yang di masak ini sama saja dengan resepi yang lalu cuma kalai ini saya tambahkan daun thai basil dan cabai melaka....versi pedas dan juga cebisan isi ayam yang elah direbus. Sedap juga bila di tambah dengan daun basil atau selasih ini.

Friday, August 19, 2011

Ayam Grill Rosemarry


Ayam grill rosemarry di makan dengan nasi ala nasi ayam dan sup. Dah masuk hari ke 18 menu pun dah macam macam style. Fikir dan fikir masak apa setiap hari sebab my yonyon kurang selera. dia lebih suka makanan western . So untuk bagi dia ada selera makan kita masak macam nie.

Ayam grill rosemarry

8 ketul ayam  di rebus dengan sedikit halia - air rebusan di simpan untuk masak nasi
2 tangkai daun rosemarry- guna yang kering pun ok
1 tbs rempah cayenne
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 labu bawang besar
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 tsp jintan manis
2 tsp jintan putih

Ayam yang telah direbus -
Gaulkan ayam dengan bahan kisar dan serbuk cayenne,garam serta sedikit kunyit dan sedikit minyak zaiton. Perap sehingga 1 jam keatas.
Grill kan ayam dan lebihan bahan perapan tadi didihkan dalam kuali dengan menambahkan sedikit minyak zaiton. Bila ayam dah masak boleh lah di tuangkan keatas ayam tadi.

Thursday, August 18, 2011

Pizza

Petang semalam berbuka dengan pizza. Base pizza kita beli saja yang readmade dari pasaraya. Satu pek ada dua keping. Manakala inti nya kita buat sendiri.

Inti Pizza
minyak zaiton untuk menumis
3 tbsb sos pizza kimball- ready made
2 labu bawang besar- di hiris  halus
1 batang celery di potong kecil - tak nak pun ok
3keping daging burger ramli- di hancur sedikit
sos pizza,sos oregano dan sos cili pedas

Panaskan minyak zaiton dan gorengkan bawang. Sedikit layu baru masukan sos pizza kimball biar sebentar.
Masukan daging burger ,celery dan kesemua rempah di atas. Perisakan dengan sedikit garam . Boleh di angkat dan di biarkan sejuk sebelum di curahkan keatas base pizza.
Sebelum di bakar taburkan sebanyak mana yang anda suka dengan mozarella cheese dan parmesan cheese.
Bakar pada 250 selama 2o-25 min bergantung pada ketuhar. 

 Sayur campur  lagi kali ini di goreng bersama udang kecil dan mee kuah pula En.Hubby beli dari pasar Ramadhan. Sedap mee semalam harga nya cuma Rm3.50 sebungkus .





Wednesday, August 17, 2011

Sayur campur simple


Sayur campur simple
1 biji capsicum
Cendawan peket
1 batang carot
2 sudu tsp sos tiram
1 tbs sos nampla
3 ulas bawang merah- di hiris
2 ulas bawang putih- di cincang
Garam- jika perlu
Sedikit gula penambah perisa.
1 tbsb larutan air tepung jagung   - agak agak jika lebih tak sedap

1.    Kesemua sayur haruslah di rebus sebentar. Keluarkan  kan dan masuk kdalam air air utk kekalkan warna sayur .
2.   Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang serta bawang putih.
3.   Masukan sos tiram dan kesemua sayur  tadi. Kemudian masukan sos nampla dan perisakan dengan sedikit gula dan garam.
Sebelum di angkat masukan larutan air tepung jagung  , goreng sebentar  dan boleh di angkat dan di hidangkan

Daging kicap rempah lima

Dalam bulan puasa ini kekerapan makan daging agak tinggi juga. Dalam seminggu lebih kurang tiga kali tapi dalam kuantiti sedikit . Nak makan sayur mayur waktu sahur memang tak jalan. Masing masing lihat saja sayang bila tak makan dah jadi membazirkan. Sayur hanya laku time berbuka saja. Resepi daging pun puas mencari kelainan selain dari rebus dan cicah air asam jadi petang semalam saya sediakan daging kicap rempah lima ...sedap juga. Resepi ini di ambil dari majalah Saji.




Daging kicap rempah lima
500 gm daging –di potong kecil
2 tbs air asam
2 tbs kicap pekat
1 tbs sos tiram
1 cili besar capsicum - di potong memanjang- saya tambah
Gula dan garam secukup rasa
Minyak

Bahan kisar
1 tsp biji ketumbar
½ tsp jintan manis
½ tsp jintan putih
 4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
                        
Perap daging bersma sos tiram selama 15 min
Goreng daging hingga empok da sejatkan minyak
Panas kan minyak utk menumis bahan kisar hingga naik bau
Masukan air asam jawa,kicap gula dan garam biarkan sehingga pekat.

Maj saji Jan2000 pg 25

Monday, August 15, 2011

Ayam masak merah

Gigi saya masih terasa sakit sebab itu saya berehat selama dua hari. Ayam masak merah ini di masak pada dua hari lepas . Hari ini pun masih sakit terpaksalah makan nasi moi saja.Harap sangat esuk bengkak dah surut . Bila sakit gigi mulalah membeli saja sebab tak ada mood baik untuk memasak makanan. Jika tak iklas masak nanti makanan kureng sedap kan . Apapun my Yon yon tak komplen dia makan saja meskipun buat maggi waktu sahur and hubby makan roti. Kesian sungguh insyallah sahur pagi ini harap dapat masak nasi goreng special untuk mereka..dan saya makan roti yang di celup air milo saja..wah nanti kuruslah badan jika seminggu macam nie kan.

Saya masak setengah dari resepi ini saja. 

Ayam  masak merah
Bahan-bahannya : 
1 ekor ayam, potong 12, bersihkan, gaul dengan garam kunyit
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
1 tin susu cair
1 tin kecil tomato puree-saya guna kimball soup
4 sudu besar cili kisar
½ cawan minyak untuk menumis
3 sudu besar gula pasir
2 batang daun sup
3 sudu besar bawang goreng

Bahan tumis
1 inci kayu manis, 2 kuntum bunga lawang,
5 biji bauh pelaga, 4 kuntum bunga cengkih
2 biji bawang besar, dihiris.

Cara Membuatnya :
1. Gorengkan ayam sebentar saja pastu angkat.
2. Gunakan minyak yang sama masukkan bawang besar hiris dan bahan penumis. Kacau hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan bahan kisar dan kacau lagi hingga bahan kisar naik minyak
3. Masukkan sedikit air, susu, tomato kisar, tomato puree dan lobak merah. Biarkan mendidih, masukkan ayam.
4. Tunggu sehingga kuah pekat sedikit. Sebelum tutup api boleh lah dimasukan daun bawang dan bawang jika suka.

4 biji buah tomato, kisar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai

Saturday, August 13, 2011

Mee kuah udang

Hari ini kita dah mula prepare satu cookies untuk raya. Cookies yang pertama adalah tart nenas kesukaanku.
Nanti kita update ye. Dan tadi waktu berbuka kita makan mee kuah udang yang simple.


Mee Kuah Udang
cili kisar – ikut suka tahap kepedasan
tomato sup – saya guna Kimball soup
sedkit kicap cair
sos cili – sedikit saja
garam dan gula
1 kiub ayam

Bahan lain
Udang-Kulit dan kepala udang di rebus dan di kisar dan tapis .Air rebusan di simpan
Mee basah – dicelur
Telur – di rebus
Limau kasturi
Daun Bawang
Bawang goreng untuk hiasan

Cara:
1. Mula-mula panaskan minyak
2. Tumis udang sebentar dan angkat kemudian masukan cili kisar tumis hingga hilang bau cili dan pecah minyak
3. Masukkan sedikit air biar hingga cili betul-betul masak
4. Tambahkan air rebusan udang yang telah di kisar dan di tapis  agak  agak .
5. Kemudian masukkan sos tomato sup , sos cili , kicap cair, gula dan garam.Biarkan kuah mendidih .
6. Masukan kembali udang yang telah di goreng tadi .Perisa kan dengan kuib ayam . Birkan didih dan angkat

Friday, August 12, 2011

Karipap

Hari ini kita buat karipap saja. Intinya pula adalah lebihan inti masa kita buat murtabak cream cracker tu.So penyedian jadi cepat. Hanya perlu menyediakan doh saja.a
Esuk lusa memang sibuk sebab saya nak mula buat cookies .


Doh karipap ini sangat best sebab ianya ranggup dan tidak lembik setelah masak dan tidak keras juga.
Saya hanya buat half saja untuk kami bertiga dan mengoreng hanya 10 biji selebihnya saya simpan dalam petisejuk.

Doh Karipap

Bahan-bahan (45-50 biji):
500gm tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - boleh letak 1/2 butter & 1/2 shortening
1 biji telur
1/2 cawan ais
250ml air

Thursday, August 11, 2011

Kuey Teow Kerang


Kuey teow kerang yang cepat di sediakan.

Kuey Teow Kerang 
sebungkus kuey teow
5 ulas bwg putih- ditumbuk
2 sudu cili yg telah di goreng
4-5 sudu kicap pekat
3 biji telur
1 kg kerang – saya beli yang siap di kopek
taugeh, cili merah dan kucai
1 tbsb sos nampla / sos ikan
1/2 sudu teh minyak bijan


Cara-cara
Tumis bwg putih sampai naik bau kemudian masukkan pes cili.
Bila cili naik bau masukkan minyak bijan n kicap. gaul2 kemudian masukkan telur.
biar kan sebentar barulah di kacau , kemudian masukan  kerang dan kuey teow sebatikan . Masukan sos nampla ..agak tahap masin nya. Akhir sekali sebelum tutup api masukan tauge dan daun kuchai.


Nota: pes cili yang telah di goreng adalah cili yang telah di masukan air asam dan sos tiram di buat awal terlebih dahulu. Boleh di simpan lama dan sesuai utk kegunaan dalam masakan sayur juga.

Murtabak cream cracker

Hari ini makan nasi kandar bungkus di kedai berdekatan. Mulanya memang nak masak tapi tak jadi sebab kepala terasa pening mungkin sebab cuaca kot. Apapun waktu tu kita dah siap masak murtabak cream craker. Jadi En.Hubby cuma beli nasi bungkus saja. Dan kebetulan rezeki nasi bubur lambuk en.hubby bawa balik dari tempat kerja. Besarnya tupperware tu terlalu banyak untuk kami bertiga. Nanti sahur boleh sambung makan lagi.

Resepi ini di ambil dari blog Noorsha, terima kasih ye..hasilnya sangat best. Tapi intinya saya tukar kepada ubi kentang dan daging cincang yang di goreng bersama sedikit cili, rempah marsala dan rempah cayanne. Bau nya harum. hari ini tak ada stok sardin yang ada kat dapur hanya tuna eemm camanalah rasanya jika inti sardin tu ye. Apa pun terima kasih pada empunya resepi ini.

RESEPI MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur


Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)

Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.

Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang

Tuesday, August 9, 2011

Lompat tikam sagu

Teringin rasanya nak menikmati makanan yang sejuk tekak, Dalam berjalan jalan di blog kengkawan lain nampak ramai dah pun mencuba resepi ini ...saya pun nak rasa juga. Lihat rumah alongros cantik,Kak Norsha pun cantik rumah Juwita pun cantik . Ini lah hasil dari rumah saya yang tak berapa cantik ini tapi sedap dan sedap saya suka sangat. Terima kasih pada semua bloggers masakan .


Gambar kat bawah sebelum di siram air gula dan santan.
Resepinya saya copypaste saja dari blog JUWITA.
Pembetulan....resepi di bawah ini dari blog Noorsha.

RESEPI LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi Asal : AlongRoz
Sumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
+/- 400g Sagu
Pewarna Merah 

Lapisan Atas:
160 g Tepung Beras
200 ml Santan Pekat
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam 

Kuah Santan:
200ml Santan Pekat
250ml Susu Segar
1/4 tsp Garam 

 Air Gula Merah:
5 sudu besar gula merah 
3 sudu besar Gula
Daun Pandan 

CARA-CARA:
Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas casserole @bekas yang diingini & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam.
Kukus 20 min.
Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut



Daging masak hitam


Menu utama semalam nasi daging dengan daging masak hitam. Style mamak nasi kandar la. Mula ingat nak buat daging masak siam pastu tu tak jadi sebab bahan tak cukup nanti tak sedap pulak. Sebenarnya dalam bulan puasa begini waktu sahur lah yang paling ng susah nak makan. Kadang kala kita hanya minum susu dan kurma saja atau buat burger emergency guna apa yang ada saja.
Untuk resepi kali ini kita guna resepi ori dari orang yang berniaga nasi kandar ...Terima kasih pada nana kandar. Resepi ini agak banyak so kita buat 1/4 daripada resepi asal. Setengah bahan tu kena agak agaklah.

Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.

Bahan-bahan :

.Daging Lembu               1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
Bawang besar                2 biji dipotong hiris memanjang.
.Rempah kari Daging     5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.
.Serbuk Jintan Putih        1 sudu kecil
.Serbuk Jintan manis      1 sudu kecil
.Serbuk Kas-kas              1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
.*Cili Giling (sedia)        2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
.Santan pekat                 250 gm jika kehendaki.- saya skip

Bahan untuk kisar / Tumis:

.Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
.Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
.Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
.Daun pandan di potong 3″  sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
.Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
.Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
.Minyak masak dua senduk besar.

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk . Simpan air rebusan untuk membuat nasi daging.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari,  dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.

3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.

6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

7. Kecilkan api dan  masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Hidangan untuk : 10 orang


Air asam untuk di makan bersama nasi daging. Nasi daging di masak mengunakan lebihan air rebusan daging lebih sedap . Sementara daging yang telah di rebus saya ambil sedikit untuk di masak bersama nasi. Bahan masakan untuk nasi daging hampir sama cuma saya tambahkan sedikit rempah marsala untuk naikkan bau dalam nasi berbeza sedikit sebab kebanyakan orang mengunakan rempah kurma.

Sunday, August 7, 2011

Seminggu sudah berpuasa

Cepatnya masa berjalan hari ini dah seminggu kita di bulan Ramadhan . Persiapan untuk cookies raya pun belum di beli lagi. Agaknya last minute kot sebab cuaca sekarang panas hingga tak sanggup keluar siang hari jika urusan tidak penting...tangguh dulu.
 Hari ini masak menu simple saja kepingan ikan kerapu masak asam. Alahai lupa nak ambil gambar . Sempat ambil adalah bihun goreng dan kuih serimuka pelangi. Tapi kali ini serimuka ku tak berapa menjadi.....betompok tompok macam pakai bedak sejuk. Tak comel langsung tapi sedap juga.
Saya memang tak pandai dalam bab kukus mengukus hihi .


Saturday, August 6, 2011

Beraini Ayam dan nasi


Resepi dari blog masakan lama saya :

http://tiara64.fotopages.com/?entry=936649
Beraini Ayam
Seekor ayam di potong empat atau 8.
1 sudu rempah ketumbar
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil sajira (jintan halus)
3 kuntum bunga lawang dikisar
3 kuntum bunga cengkih dimesin
5 biji buah pelaga
2 sm kulit kayu manis
¼ buah pala
15 tangkai cili hijau
1 sudu kecil lada putih
3 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil tomato puri
3 biji tomato – dipotong
2 sm halia- digoreng
1 cawan tairu
Sedikit badam di mesin halus, kismis, susu dan madu lebah.

Cara membuatnya
1.Goreng ayam sehingga setengah masak. 
2.Hiris cili hijau, bawang merah dan bawang besar.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga berbau dan masukan bahan giling, cili boh, cili hijau, tomato buah, kismis, halia hiris, tomato puri, badam dan tairu. 
4.Masukan ayam, susu madu lebah dan garam secukup rasa. Masak ayam hingga mengeluarkan minyak. Simpan minyak untuk menumis nasi




Nasi Beriani
1 kg beras basmathi
1 tin susu cair
Sedikit daun bawang
Daun pudina dan
Daun ketumbar
2 tangkai cili hijau
3 ulas bawang besar
2 sm halia
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1.Lada hijau, bawang besar dan halia di mayang halus
2.Panaskan minyak yang di perolehi daripada ayam dan tumis bawang besar,halia dan cili hijau yang di kisar.
3.Tuangkan air dan biarkan mendidih. Masukan beras yang telah di tuskan sehingga masak.
4.Taburkan kismis, air mawar dan perwarna kuning. Gaulkan hingga rata dan bolehlah di hidangan bersama ayam.

Dalca Ayam

Today kita masak nasi beraini style simple. Rempah masih berbaki banyak lagi .Sepeket besar cukup untuk buat 6-7 kali masak. Actualy kita dah kehabisan idea nak masak apa sebab bila time sahur semua orang nampak layu di meja makan. Puas juga nak cari selera yang sesuai waktu awal pagi kan. Rasanya pagi nie kita nak makan maggi kot.....haha tambah udang dan sikit daun sup emmmp ok lah dak pun tambah cili padi baru terbuka anak tekak kan.


Selalu buat syle saya tapi kali ini nak mencuba resepi orang pula. Saya buat setengah dari sukatan saja.

DALCA AYAM
Bahan-Bahan:
1 cawan kacang dhal [rendam 1 jam]
10 ketul ayam
1 biji tomato, dipotong dadu
4 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga *
5 kuntum bunga cengkih *
1 batang kulit kayu manis *
2 tangkai daun kari *
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
3 cawan air@secukupnya
garam & gula secukup rasa
minyak masak

Bahan Tumbuk/Kisar:
1 labu bawang besar
2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
sedikit serbuk kunyit


Bahan Sayuran:
3 biji cili hijau [dibelah dua tidak putus]
2 biji tomato [dipotong 4]
1 batang lobak merah [potong 3cm, belah dua]
2 biji kentang [dipotong 4]
2 biji terung [dipotong 2 inci, belah dua]
5 tangkai kacang panjang-  saya skip ini tak ada



Caranya:
•Toskan kacang dhal dan rebus. Bila kacang setengah lembut masukkan ubi kentang dan lobak merah. Teruskan merebus hingga lembut. Ketepikan.
•Panaskan minyak. Tumiskan bahan bertanda (*) diikuti dengan setengah bahan kisar. Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan buah tomato dadu dan teruskan menumis hingga naik bau.
•Satukan rempah dengan setengah lagi bahan kisar. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Teruskan menumis sehingga rempah sedikit garing. Masukkan ayam, tutup kuali dan masak sehingga ayam empuk.
•Bila ayam dah empuk, masukkan santan, air, asam, garam dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Setelah itu masukkan terung, cili hijau, kacang panjang beserta bahan rebusan tadi. Masakkan lagi hingga mendidih.
•Rasakan asam dan garamnya. Akhir sekali masukkan buah tomato. Angkat.

Udang nestum

Dua hari tak mengupdate kat sini ...hihi biasalah kekadang lepas berbuka memang sibuk  last last dah letih nak menghadap pc sebab mata terasa berat .
Dua hari lepas makan luar dan hari berikutnya makan nasi bungkus yang di beli di pasar ramdhan. Kekadang teringin pula bila dah berjalan ternampak deretan makanan yang membuat kita tergoda. Alhamdulilah makanan yang di beli sedap dan harga berpatutan dengan keadaan sekarang. Ummmm petang semalam kami berbuka di rumah saja. Hidangan semalam ikan bersambal dan udang goreng nestum. Rasanya ramai dah mencuba resepi udang cuma saya yang baru buat. Hasilnya sedap juga.


Resepi saya cungkil dari MyResepi dan copypaste kat bawah tanpa perubahan.

Udang Nestum 
Kiriman: Fadillah
Sumber: Restoren

Bahan-Bahan:
15 ekor Udang sederhana
3 sudu besar Marjerin
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat)
5-7 sudu besar bijiran (nestum)
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng udang
 
Cara:
1.Goreng Udang 10 minit.Toskan.
2.Cairkan marjerin dalam kuali yang bersih.
3. Tumis daun kari dan cili padi
4. Wangi,masukkan udang gaul sebati.
5. Masuk gula dan garam,gaul sebati
6. Masukkan nestum,gaul sebati.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

Tuesday, August 2, 2011

Puding tanpa telur

 
 Resepi  dari AlongRoz. Sedap sebab manisnya sedang sedang saja dan En.Hubby suka makan sebab tidak berbau telur. Saya ada telur atau tak ada no problem . Puding ini saya buat setengah sukatan saja.
Terima kasih Along..haha saya copypaste resepi awak kat bawah nie.Minta halal ye.



Puding tanpa telur
By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 9" Round
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*

2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur)

CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.
2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.
3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.
Sejukkan dlm petiais.