Resepi biskut di ambil dari blog kaknor@secubitgram. Terima kasih sangat dengan kaknor . Saya sangat suka dengan adunan ini memang best dan sedap bagi saya. Resepi nya saya cuma tambah sedikit esen Ros. Resepi di bawah adalah kopipaste dari blog KakNor untuk rujukan.
BISKUT BUNGA CINA
resipi: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )
100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
1 tsp esen ros - yang nie saya tambah sebab saya suka bau esen ini.
1 tsp esen ros - yang nie saya tambah sebab saya suka bau esen ini.
Cara-cara
Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
2 comments:
salam noor, nampak cam terlebih bakar jer kukis tu.. rasanya tak perlu bakar lama sgt, sbb nanti bila jd brown gitu tak berapa cun.. cukup sekadar biskut ni dah putih melepak semua dan masa bakar tu dah berbau wangi, masak la tu.. lagi cantik bila ia jd putih melepak..
mekasih sudi cuba resipi ni ya.. :)
wasalam ...betul tu sbb saya setting microwave to 20 min. Hihi sedikit brownice tapi masih sedap. Terima kasih K.nor nanti nak buat lagi second round.
Post a Comment