Wednesday, July 2, 2014

bebola daging


Bersua kembali setelah agak lama menyepi. Sekarang dah masuk 4 hari kita berpuasa Ramadhan. Baru hari ini terasa hendak meletak satu entri baru .
Dengan keilangan saya seketika saya sibuk dengan rutin harian saya mungkin .

Untuk bebola daging di atas inspirasi timbul setelah saya menikmati secawan bakso panas semasa waktu singgah makan di tepi pantai laut merah berdekatan masjid terapung.
Bebola yang di buatrsaiz besar dan di masak bersama sedikit mee telur dan sohun ,,,rasanya sangat sedap .
Jadi saya pun cari resepi yang bersesuaian dan inilah resepi yang telah saya cuba dan hasilnya Uummp sedap manakala isinya juga tidak lembik .

Bebola Daging
sumber :Fida 

Bahan-bahan ( 600 g )
600 g daging cincang -cuci dan tos (saya beli daging kisar )
3 sb tepung jagung
1/2 sb lada putih serbuk
1 sb ketumbar serbuk
1 sk jintan manis serbuk
1 sk jintan putih serbuk
2 hiris halia – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 biji telur
Cincangan daun ketumbar
garam secukup rasa
Cara-cara
Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar
Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
Bebola ini boleh lah di rebus tapi saya hendak kan bebola saya sedikit garing di luar jadi saya
Panaskan kuali leper dan letak kan sedikit minyak. Bila kuali dan panas letakan satu persatu bebola biarkan sedikit massa kemudian flip kan kuali dan biarkan bebola masak sekejap.

Versi rebus
Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.

Siap utk digunakan dlm apa saja masakan. 
  

Bebola di atas saya buatkan sup untuk di makan bersama mee ...Jadilah satu menu berbuka Iftar ke 3 dan sempat juga siap kan Fish n chips untuk anak saya.