Saturday, June 30, 2012

Bun Manis



Selamat petang....dan hari pun hampir malam. Selepas waktu makan tengahari tadi kita mula membuat adunan roti serta penyediaan yang lain. Jam 4.30 petang tadi selesai masak dalam oven. Cuaca panas dan doh pun menjadi jadi naik dengan jangkamasa singkat. Doh saya bahagi kepada dua satu bahagian saya buat bun bersaiz kecil dan di letak kan gula halus di atas dan sekeping butter di potong kuib sebahagian lagi saya letakan di dalam acuan bulat dan mengembang nampak besar gitu. Jenis nie saya suka sebab cepat letak je dan biarkan dia naik dan naik pastu masuk dalam oven ...hehe relax dan tunggu makan saja. 

Hari ini Amirul di temani seorang kawan sekolah dia datang bertandang. Alangkah suka nya hati dia selalu nya keseorangan. Saya macam biasalah melayan kerenah my YonYon nak makan itu ini...sib baiklah saya belajar masak ummm jika dulu semua cari kat kedai laa sebab saya memang tak pandai dan tak suka di dapur waktu single mingle sampai lah berkahwin pun saya tidak selalu masak. Waktu tinggal dengan emak dulu adik saya Liza yang paling arif dalam kerja rumah manakala tugas utama saya hanya kemas ruang tamu dan sapu rumah..hehe kerja senang kan. Tapi bila saya masuk dapur dan cuba masak....abah saya akan keluar beli nasi kandar hehe sebab masakan saya tidak sedap lah tu.
Sekarang Alhamdulilah hari demi hari skill dapur saya agak ok lah jika di bandingkan dari dulu hingga ibu saudara sebelah mak pun sangat hairan.
Jawapan nya senangkan,,,tak kan nak duk rumah goyang kaki tonton tv haha ...merapu betul di petang hari.


Thursday, June 28, 2012

Respberry swirl cheesecake cupcake



Projek dapur di awal pagi tadi. Selepas beberapa tugasan harian selesai kita pun mula membuat cheesecake dalam bentuk cuppies. Nampak macam senang hehe memang senang pon walaupun lihat resepinya agak panjang juga. Setelah di baca dan faham nampak ringkas je. Saya buat setengah adunan saja sebab nak cuba dulu manalah tau ..nampak senang nanti buat tak menjadi pulak.
Alhamdulilah akhirnya cheesecake cuppies keluar dengan cantik sekali. Lega...dan suka sekali.  Selepas masak kita biarkan sejuk sebelum di simpan dalam petisejuk .....sebelah petang barulah boleh di makan .
Nampaknya boleh lah di ulang buat sebab sedap dan ringkas.
Pertama kali nya saya lihat cuppies nie dalam blog Anne nampak sangat menarik tapi swirl saya tidak begitu menjadi. Sila lah ke blog beliau di mana dia tunjukan cara cara dalam bentuk bergambar dan lebih cantik.



Respberry swirl cheesecake cupcakeee

Yield: 32 cupcakes
Ingredients
For the crust:
1½ cups graham cracker crumbs - saya guna ginger snap biscuit
4 tbsp. unsalted butter, melted
3 tbsp. sugar

For the raspberry swirl:  - Saya guna raspberry puree
6 oz. fresh raspberries
2 tbsp. sugar

For the filling:
2 lbs. cream cheese, at room temperature
1½ cups sugar
Pinch of salt
1 tsp. vanilla extract
4 large eggs, at room temperature

Directions
1.Preheat the oven to 325˚ F.  Line cupcake pans with paper liners.  In a small bowl, combine the graham cracker crumbs, melted butter and sugar.  Stir together with a fork until well blended and all the dry ingredients are moistened.  Press 1 tablespoon of the mixture into the bottom of each cupcake liner.  (I like to use a small drinking glass to easily and evenly press the crumbs down.  Bake until just set, 5 minutes.  Transfer to a cooling rack.

2.To make the raspberry puree, combine the raspberries and sugar in a blender or food processor.  Process until smooth, then pour through a fine mesh sieve to remove the seeds.

3.To make the cheesecake, beat the cream cheese on medium-high speed in the bowl of an electric mixer until fluffy.  Blend in the sugar until smooth.  Mix in the salt and vanilla.  Beat in the eggs one at a time, mixing well after each addition.

4.To assemble, spoon 3 tablespoons of the cheesecake batter over the crust in each cupcake liner.  Dot a ½ teaspoon of the raspberry puree in a few dots over the cheesecake filling.  Use a toothpick or a wooden skewer to lightly swirl and create a marbled effect.

5.Bake until the filling is set, about 22 minutes, rotating the pans halfway through baking.  (They will look quite puffed initially but will return to normal quickly.)  Transfer to a wire cooling rack and let cool to room temperature.  Transfer to the refrigerator and let chill for at least 4 hours before serving.




Grill chicken & flat bread


Selamat pagi khamis.......semuga ceria selalu. Dapur kita pun ceria dengan haruman makanan yang baru di masak. Pagi ini kita bersarapan roti telur bawang saja.
Hehe hidangan kat atas tu dah habis dah. Kita masak semalam untuk dinner seorang sekeping saja ayam yang di perap da di panggang atas grill pan macam kita nonton dalam Afc tu. Perapan biasa biasa saja tapi saya lebihkan daun rosemarry segar yang di cincang halus.   Di gabungkan dengan roti nipis ala roti nan style Jamie Oliver gitu.

Gambar di ambil tinggal satu saja sebab saya telah terdelete film Raw dalam base direktori. Habislah semua gambar yang telah di rakam. Jejari saya terlebih pantas mengdelete history dan clear directory yang tertinggal hanya sekeping gambar ini saja sebab yang ini telah saya tukar kepada Jpg.


Green Onion and Cilantro Flat Bread
Sumber : Kitchen Snippet
Ingredients: 
1 1/2 cup flour
3/4 Cup water (you might need another 1-2 tbsp)
½ tsp salt
1 tbsp vegetable oil
1 tbsp chopped cilantro - saya gantikan dgn herba rosemarry
1 tbsp chopped green onion

1. Combined flour and salt together. Then add in the oil and water. Knead into smooth dough. If the dough is too stiff you might want to add another tbsp of water.
2. Add in the chopped cilantro and green onion. Continue to knead for a few minutes. Rest the dough for 20 to 30 minutes. Cover with wet towel, so that dough doesn't dry out.
3. Give the dough a few more knead and divide it into 6-8 balls of dough (depend on the size you like) and roll it out thinly with a rolling pin.
4. Heat up a non-stick pan over medium high heat; brush it lightly with a bit of oil. Pan-fried the bread on both side until lightly brown (once you start seeing some color, air pockets will form) you have to press them down with a spatula for even cooking.
5. Remove the bread and serve it warm with some curry or you can use it as a wraps.



Wednesday, June 27, 2012

Thin & crispy chocolate chips


Alhamdulilah berjumpa kembali. Petang tadi selepas lunch saya cepat cepat keluarkan butter untuk di cairkan dan biarkan sejuk untuk di gunakan. Apalagi dah lama terasa nak makan cookies...tapi saya buat sikit sajalah untuk minum petang.
Dapat cookies dalam 23 keping dan agak besar juga hehe sebab nipis . Masa saya letak dalam tray biskut tu separa bulat tinggi. Nasib baik saya letak jauh jauh ...rupa rupanya setelah di bakar doh mengembang dan menjadi nipis ada juga yang terlekat (berkembar) .


Chocolate chips nie mempunyai rasa seperti butterscoth sedikit sebab butter yang di cairkan sehingga warna bertukar menjadi keperangan dan juga perisa vanilla.  Emmmph sedar dan kurang manis sebab saya dah kurangkan kandungan gula.


Thin & Crispy Chocolate Chip Cookies
Sumber: SugarPlum

1/2 cup unsalted butter
1/2 cup brown sugar
1/2 cup granulated sugar
1 teaspoon vanilla extract
1 large egg
3/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 1/4 cups cake flour
1 cup semi-sweet chocolate chips

Heat oven to 350 degrees F. Coat cookie sheets with cooking spray or butter.

Melt butter in a small saucepan over medium heat; cook 2 minutes, whisking frequently, until butter foams and turns light golden brown.

In a large mixing bowl, combine browned butter, granulated sugar and brown sugar, and beat together using a mixer on medium speed, until really well combined - about 2 minutes. Increase mixer speed to high and beat in vanilla, egg, baking soda and salt, for 2 minutes. Stir in flour and chocolate chips by hand until just combined.

Drop teaspoons of dough onto cookie sheets. Bake 12 minutes or until golden brown.

Makes about 2 dozen cookies



Masak lemak udang dengan labu


Selamat tengahari pada semua pembaca CitarasaKu. Ini menu tengahari kelmarin saya. Hari ini baru kesempatan nak post kat sini. Buah labu yang sederhana saiz saya belah dua satu di jadikan bingka labu dan sebelah lagi saya jadikan masak lemak yang di campur dengan udang.
Bila di masak begini saya sorang lah kena habiskan sebab ahli lain tidak begitu suka bila buah labu di masak begini. Mereka cakap lebih baik buat manisan saja.tHehe ..rugi kan ....saya suka dengan masakan ini. Waktu saya dengan mak dulu ...mak selalu juga masak begini ..kadangkala buah labu di masak dengan daging pun sedap amat. Manis buah terasa lemak bercampur daging arrrh di tambah pula dengan sambal belacan tumbuk tanjung dawai memang ngam.


Masak lemak udang dan labu
Olahan:citarasaKu

Bahan-bahan
10-15  ekor udang
1 cawan santan kelapa pekat
3 ulas bawang merah
1 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 biji cili padi merah-  jika nak pedas tambah lagi
1 helai daun kunyit - dihiris
1 keping asam keping/gelugor
100 gm buah labu yang di potong kecil
sedikit garam serta  gula

Cara:

 Kisar lengkuas dan kunyit  ,cili dan bawang merah .
 Kemudian masukkan santan, bahan yang ditumbuk, serai, asam keping, daun kunyit dan labu dalam periuk renehkan sehingga labu empuk sambil di kacau .
Setelah labu lembut masukan udang dan perisakan dengan sedkit garam da gula. Siap untuk di makan.

Tuesday, June 26, 2012

Sambal tempoyak dan sayur


Lunch tengahari ada sambal tempoyak...memang lama tak makan. Musim durian kan sekarang memang senang dah dapat beli buah.  Saya pakai agak agak saja buat sambal begini hehe tak berapa pandai jika orang Perak mesti pandai kan.
Bila ada nasi bersambal begini makan pun bertambah laju.Ooopps satu pinggan saja tak boleh lebih nanti susah nak muat baju haha.



Sayur kacang panjang yang di goreng dengan ikan bilis adalah kesukaan saya.....tanpa nasi pun ok makan begini saja.

Kacang panjang goreng belachan

300 gm kacang panjang- di potong serong atau panjang
60 gm ikan bilis kecil
2 cili merah
sedikit belacan
1 labu bawang besar- di potong bulat
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

Cili dan belacan di tumbuk jadikan pes.
Panaskan minyak goreng ikan bilis sehingga garing masukan bawang merah yang di hiris halus
sehingga keperangan masukan pes sambal. Goreng sebentar masukan kacang panjang. Perisakan dengan garam sebelum di tutup api masukan bawang besar yang di potong bulat.

Monday, June 25, 2012

JJCM Bandar Perda

  
 <>
<>
 
<><>


Berjalan jalan di hujung minggu serta melawat Mak Ngah Rokiah yang sedang menjalani rawatan kimo.
Dah dua minggu bercadang nak melawat nya di hospital tapi tak kesampaian. Kelmarin dan kebetulan pulak mak ngah telah pun keluar dari wad dan berehat di rumah sementara menunggu app seterusnya.
Sampai di kawasan Bandar Perda kami pun mencari kedai makan sebelum ke rumah mereka untuk makan tengahari walaupun agak lewat.
Ternampaklah satu kedai Arab rasanya baru saja di buka sebab sebelum ini lokasi tersebut agak kosong. Yang ada di situ adalah restoran Kapitan saja.  Nampak macam kelainan juga dan kami pun masuk untuk makan di situ. Dikala itu kelihatan beberapa pelanggan yang terdiri dari bangsa asing...mungkin dari Timur .

<>
 



Suasana dalam kedai dengan tona warna yang agak ceria serta bercirikan timur tengah. Menu pun boleh tahan harganya.
Nak cakap mahal pun tidak juga ...agak berpatutan.
Setelah pilih menu ....pelayan memberitahu sepinggan nasi jika di makan sorang memang tidak terhabis sebab banyak dan dia sarankan untuk kami bertiga mengambil set dulang setengah kilo....hentam lah.
Tapi sewaktu hidangan sampai terkejut juga...alahai menimbun nasi bersama ayam ..itu baru setengah kilo. Jika setiap orang pesan satu...memang boleh pengsan nak habiskan .
 

Lamb kebab nie Hb order. Saya tidak makan lamb ...apapun mereka cakap sedap sangat. 
Sos ini agak pedas...dan sedikit masam.

Ini pulak jenis berkuah....tak pasti juga nama dia...dalam kuah nie terdapat bendi serta kekacang lain. Nak cakap macam kuah dhall...tidak juga.

Sebahagian dari nasi yang banyak tu dan air delima yang sedap.




Saturday, June 23, 2012

Karipap Daging


Santapan di petang hari sabtu yang sekejap hujan sekejap mendung. Mulanya nak masukan tepung ke dalam mesin doh untuk membuat pizza. Tapi bila hari hujan takut pulak lambat naik doh. Pastu teringat masih ada lagi kepingan daging untuk di buat shabu shabu masih ada lagi berbaki dan ubi kentang pun jenis russet ...cepat masak apalagi kita mulakan dengan membuat inti karipap.
Kali ini adunan karipap saya buat yang asli tak mau jenis pusar . Jenis begni kita boleh makan lebih sikit berbanding pusar. Jika makan jenis pusar rasanya dua biji dah kenyang cari air....dahaga.

Karipap di makan bersama bawang jeruk. Nostalgia sekali tau...jika orang penang mesti tau kat mana nak cari karipap jenis besar yang di makan bersama bawang jeruk. Era 80an zaman sekolah dulu jika ada sukan MSSM di Stadium P.Pinang ada satu mamak nie selalu dia akan menjual karipap besar di makan bersama jeruk bawang  dengan harga Rm1.00. Time tue memanglah mahal kan...anak anak orang berada saja mampu beli hehe kita mampu beli sebijik je. Karipap dia bersaiz besar tapi intinya bila di goncang akan berbunyi sebab intinya amat sedikit tapi terasa sedap bila di makan bersama jeruk bawang serta bau karipap semasa dia lalu di depan kita amatlah wangi. (dia tambah daun kari
Selepas zaman persekolahan kita dah tak pergi Stadium sebab sibuk dengan kerjaya serta mengejar cita cita kita pun dah tak jejak kaki ke Stadium sebab saya tak minat dengan sukan pon. Pergi dulu pun sebab terpaksa saya lebih suka bermain tennis waktu itu sebab guru yang mengajarnya juga cantik.
Saya rasalah guru guru sekolah patut berpakaian cantik dan menarik serta bergaya...hehe sebab waktu saya belajar dulu tiap tiap hari saya akan menantikan kedatangan cikgu saya yang bernama Calahan dengan ford cortina ...hehe nama glamour dia, nama sebenar Mrs.Kelly Lim. Cara beliau berpakaian sedondon dengan tona makeup dan tas tangan serta kasut memang ceria. Cikgu Latifah yang berusia ketika itu selalu berpakaian baju kurong sangat menarik dengan rantai labuhnya,Mrs Yeoh dengan boggie nightnya dan bermacam macam lagi lah. Kenangan yang membuat saya suka ke sekolah ketika itu . Dalam banyak cikgu bergaya adalah satu dua yang tidak menepati citarasa ...dalam hati time tue selalu cakap kenapa lah dia tak pandang cermin...serobeh betul haha...memang nakal kan sebab bergossip awal pagi ish tak baik tak baik tau ...dosa. Itu dulu ye.... 

   

Inti Karipap daging
Olahan: CitarasaKu

2 biji ubi kentang bersaiz besar
1 tbs serbuk paprika
1 tbs cili kisar
1 biji bawang besar- di cincang
7 helaian daging - dipotong dadu
garam dan gula secukup rasa
daun sup di potong halus
4 biji telur rebus- di belah memanjang

Panaskan kuali, tumis bawang dan cili kisar sehingga hilang bau. Masukan serbuk paprika dan kentang. Goreng sebentar dan masukan air untuk melembutkan kentang. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Setelah kentang empuk masukan daun sup dan tutup api. Biarkan inti sejuk barulah masukan ke dalam keripap bersama dengan telur yang di potong memanjang.

Bawang Jeruk
2 labu bawang besar- di potong gegelang
sedikit cuka - saya guna apple cider
sedikit gula
perwarna merah

Campurkan kesemua bahan dan biarkan sebati dan boleh di hidangkan.

Mee Udang


Selamat pagi...semuga ceria dia pagi sabtu ini. Hehe pagi nie saya nak letak entry makan malam semalam. Dah habis pun yang tinggal hanya gambar saja.
Baru saja makan mee goreng tak kan nak ulang dalam masa seminggu kan tapi saya tak pernah jemu makan mee tapi ahli lain mesti lah jemu . Jadi untuk makan malam saya buatkan mee udang ...berkuah gitu. Lagipun sos tomato kimball dalam tin tu masih berbaki selepas buat nasi tomato.


Waktu tengahari tadi kami berdua saja makan. Malam semalam Hb pulang dari outstation nya...jadi makanan sudah tersedia. Saya hanya perlu panaskan kuahnya saja. Saya asingkan mee dan kuah jika selalu saya masak sekaligus kena makan pada waktu itu juga. Jika lewat mee akan kembang. Dengan cara begini mee tidak kembang dan tidak basi jika kita simpan dalam petisejuk sekiranya tidak habis di makan. 



Mee udang
Olahan: CitarasaKu

Bahan nya
1 pkt mee
400 gm udang- ikut suka
4 tbsp sos tomato kimball
2 tbsb cili kisar bersama 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos tiram
sedikit garam dan gula
1 pkt fish ball
sayur sawi jika suka- saya tak letak
daun sup dan daun bawang

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.. gorengkan udang dan fish ball sebentar dan angkat. 
Dalam minyak yang masih berbaki masukan bahan kisar bersama sos tomato. Tunggu sehingga hilang bau cili masukan sos tiram,sos lada dan air secukupnya. Masukankembali udang dan fish ball biarkan merenih dan perisakan dengan garam dan gula. 
*bila kuah dah masak bolehlah masukan mee*

Tapi saya tak letak mee dalam kuah  - saya panas kan sedikit minyak dalam kuali lain dan gorengkan mee dan campurkan sedikit dgn kuah tadi. ....sedikit saja agar dia tidak kering sangat. Agak mee masak tutup api dan bolehlah di masukan kedalam mangkok bertutup dan sedia untuk di hidangkan.

Friday, June 22, 2012

Kuih cara manis


Petang tadi merajinkan diri untuk membuat kuih cara manis. Rasanya sudah bertahun kita tidak buat kuih nie di dapur kita nasib baik terjumpa acuan kuih dalam rak acuan. Acuan nie di beri emak pada saya pun agak lama juga dalam simpanan masa tu dia dah kurang memasak di dapur jadi dia cakap nah...ambik simpan acuan nie bagus tak melekat. Betul pun acuan nie tidak melekat tapi saya yang tak pandai buat akhirnya kuih cara saya bertampok hitam manis. Apapun my yonyon suka makan kuih nie sebab manis kot. Saya makan 2 biji cukup laa...tak berani nak makan lebih dari ini takut.....sangat. Selepas makan manis saya selalu minum teh tanpa gula...hehe chinese tea beli dari farmasi cina.



Kuih Cara Manis
sumber: Raidah
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Nasi tomato & Ayam masak merah

h

Selamat petang buat semua kengkawan yang masuk ke sini . Dapur saya hari ini menyediakan hidangan nasi tomato bersama ayam masak merah saja. Hari ini tidak ada selada timun  rsa macam tak cukup setkan. Tapi nie saja lah yang saya selongkar dari petisejuk tadi .Di sebabkan Hb keluar outstation mengunakan kereta yang ada maka untuk keluar dari rumah saya tak mampu naik motorsikal lagipun saya tidak di benarkan oleh Hb naik kenderaan ini.
Basikal letrik saya memang lama dah tersadai tepi rumah dan saya jarang jarang mengecasnya menyebabkan motor kurang sedia menyimpan casnya dalam tempoh masa tertentu. Pernah saya kena tolak waktu hendak ke kuliah surau wakaka.....walaupun dalam kawasan perumahan berbaloi lah juga sebab kawasan berbukit....rumah saya di kawasan tinggi sikit...manakala kawasan surau di sebelah yang agak rendah memang satu exercise kan....penat vs mengah .




Bahan-bahan ( 4 orang )

Olahan: CitarasaKu
  • 2 cawan beras basmati
  • 2 cawan air - agak agak ye
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar tomato kimball atau heinz
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam dan secubit gula
Bahan tumis
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
Bahan Kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil jintan manis

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan kisar kacau sebentar dan masukan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan  tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng dan daun pudina. 

Thursday, June 21, 2012

Cucur Ikan Bilis




Menu waktu petang tadi....terasa lama juga tak makan cucur ikan bilis. Lagipun sejak kejadian gigi patah tempohari kita kurang terasa nak makan jenis rapuh begini. Tapi bila teringin nak makan kena lah buat juga kan.
Petang tadi jerebu dah berkurangan walaupun masih nampak mendung tapi bahang panas masih terasa. Nak makan jenis makanan yang pedas pun nak kena berhati hati takut demam pulak. Oleh  itu saya banyak minum air kosong dan 100 plus ..jika terpaksa keluar rumah.


 Cucur bilis nie saya cicah dengan sambal udang yang sedikit manis. Sambal udang saya lah hari ini mengunakan cili hidup dengan sedikit cili kering untuk menjadikan sambal kurang pedas. Tapi waktu menumis sambal...cili haruslah di masak dengan sempurna untuk mengelakan bau cili .

Wednesday, June 20, 2012

Serawa durian - roti jala


Selamat malam....hari ini Hb bawa balik sebiji durian je....nak makan nanti panas satu badan dan susah nak tidur pulak. Untuk mengelakan ahli lain makan mentah ....risau musim panas kan....cepat cepat kita jadikan serawa durian. Bila buah durian di tukar kepada makanan lain....tahap kepanasan itu sudah berkurangan kan. Hehe saya pun tak pasti lah tapi bila saya buat camnie memang ok.
So petang tadi kita makan dengan roti jala ahhhh memang sedap tapi kan serawa saya buat agak termanis sikit...dan hb saya tidak suka manis..so sebelum dia makan saya tambah whipped cream kat dalam piring dia .....untuk kurangkan manis lah. Bila dia tanya kenapa ada macam...omputih makan. Saya cakap nak bagi nampak macam dalam masterchef buat letak apa saja ...asal nampak stylo gitu.... Apapun bila dah makan dia komen gak sebab manis kan ...tu letak cream....tapi masih terasa...laa. eemmm nak buat camana ehhh....nasib baik dia tak ikut slogan iklan panasonic tu...kukus ,panggang,grill...tapi kan kita confuse la...grill dengan panggang tu tak sama ke.



Serawa Durian
Olahan : CitarasaKu

 
5 ulas durian
sedikit air
sedikit garam
1 keping gula melaka
gula- secukup rasa
santan atau susu - saya guna susu sebab santan segar tak ada
daun pandan- di simpul


Panas sedikit air dan masukan buah durian., gula melaka dan gula serta daun pandan.
Renehkan sehingga air gula cair dan agak sedikit masukan sedikit garam dan rasa tahap kemanisannya.
Kemudian masukan susu atau santan. Tunggu sehingga mendidih dan sedikit pekat ..saya tambahkan 1/2 camca tepung gandum yang di bancuh dengan sedikit air. Setelah kuah pekat boleh lah di hidangan.

Chocolate cuppies


Selamat pagi rabu buat rakan bloggers semua. Kelmarin tiada entry masakan sebab saya sibuk buat cupcake seawal pagi. Letih tak terkata..hehe. Yang ini untuk saya makan dua biji lebihan cream yang comot.
My yonyon nak bawa untuk sekolahnya . Katanya kengkawan dia nak makan cake...mulanya suruh kita buat sebijik kek saja ...tapi dalam kelas ada 40 orang. Jika sebiji kek mestilah tak cukup nanti berebut pulak silap silap nanti icing berterabur kena baju.  Jadi saya cakap ..mama buat cupcake mahu tak....dia cakap takmau susahkan mama jika buat cupcake nanti berkotak kotak bawa sekolah.
Akhirnya kita buat keputusan emmm buatlah untuk kengkawan dia makan dgn guru kelas sempena hari ...Penyayang ..entah tapi tak pasti sebab kita dengar camtu saja.  Mereka nak celebrate dengan guru dan student lain pun bawa jenis makanan lain .


Saya buat satu perisa vanilla dan coklat saja. Dalam cream tak letak apapun cuma hiasan saja. Dalam kek coklat tu saya buatkan lubang dan letakan sedikit coklat cair dan tutup dan letakan cream dan hias simple.
Alhamdulilah sempat saya siapkan kesemua dan masukan dalam kotak dengan sempurna. Nampak dia happy saja pergi sekolah tadi pagi membawa empat kotak besar ....Hari ini nak masak apa lah untuk lunch nanti......


Monday, June 18, 2012

Lemon n Vanilla cuppies


Semalam tiada entry dari saya sebab saya pulang ke Penang untuk melawat emak saudara dan anak saudara dari kedua belah  keluarga yang berada di Gh. Tapi malang nya mereka telah pun keluar dari Gh dan akan sambung rawatan susulan seminggu kemudian. Nampaknya saya tidak dapat bertemu dgn mereka sebab Hb memang susah nak dapat offday. Semuga mereka kembali sihat.

Pagi kelmarin juga saya sempat buatkan cuppies untuk kawan...Gayah yang berjiran dengan saya dulu sebagai tanda ingatan. Jika dulu dia lah jiran yang paling dekat dengan saya...lama dah dia tak merasa airtangan saya...bila teringat saya terus je buat sesuatu.


Resepinya akan menyusul kemudian...hehe nanti saya update.



Saya mengunakan basic cupcake untuk yang berperisa vanila dengan strawberry whipped mengekalkan basic cupcake version terdahulu manakala resepi whipped creamnya adalah resepi lain.


Whipped strawberry cream

250 ml whipped cream (saya guna vivo kadangkala mauripan whipped)
20 gm icing sugar
5 biji buah strawberry segar ( di blend tanpa air ) jika tak ada blender jenis nie ...tumbuk hingga hancur
   jika tidak guna  esen dan warna pinkish pun ok.
2 -3 sudu besar susu pekat

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga kembang dan kental. Paip kan ikut corak kesukaan .




Lemon Cupcakes
adapted from 500 cupcakes & muffins

Ingredients:
225g unsalted butter (softened)
225g caster sugar- Saya kurangkan sedikit
225g self-raising flour
4 eggs
1 tsp vanilla essence
* i added 1tbsp lemon juice & 1 lemon rind

Method:
1. Preheat the oven 175degC
2. Place paper liners in muffin tins.
3. Place all the ingredients in a large bowl and beat using an electric whisk until batter turned smooth and pale, takes about 2 to 3 minutes.
4. Spoon the batter into the cases. Bake for about 20minutes
5. Remove cakes from oven and let cool on cooling racks. Frost your lemon cupcakes with lemon buttercream

Nota: Jangan pukul terlalu lama adunan akan menyebakan kek bantat ( keras bahagian bawah)

Saturday, June 16, 2012

Mee goreng Berlada



Sekarang dah masuk waktu tengahari. Hehe nak makan lunch tapi saya baru berpeluang duduk kat lappy jap. Pagi tadi memang sibuk dengan tugasan harian apapun hidangan tengahari saya dah pun tersedia tunggu ahli lain cakap lapar saja. Hari ini saya hanya masak singgang ikan kembong, kari telur rebus, ikan goreng, sayur...belum masak lagi...tunggu last minit hehe. Saya tak suka makan jika sayur stir fried saya sejuk dah tak sedap rasanya ...jika kat kedai dok diam diam saja lah.

Mee goreng berlada nie merupakan hidangan makan malam saya. Mulanya nak makan mee udang tapi apakan daya udang tak berapa segar...jadi saya tukar kepada jenis bergoreng. Jika udang kurang fresh semasa goreng mee saya gorengkan udang dalam minyak panas sebentar...selain aromanya, udang akan nampak segar .


Mee goreng Berlada
Olahan : CitarasaKu

1 bungkus mee
2 tbsb cili kisar -campuran cili kering dan cili merah serta bawang dan bawang putih yg telah di goreng
2-3  tbsb sos lada hitam *dalam botol
2-3 tbsb sos tomato
udang -sebanyak yang suka
2 tangkai pokok sawi
garam dan sedikit gula-seimbang rasa
sedikit minyak

Hiasan:
3 biji telur dadar-digoreng dan di potong nipis
daun bawang
cili kicap yang di potong kecil dengan perahan asam limau.

Masukan sedikit minyak dalam kuali dan goreng udang sebentar dan angkat . Masukan mee dan kacau sebentar baru di masukan sos lada hitam,sos tomato dan cili, Perisakan dengan garam dan gula. Barulah di masukan sawi yang di potong kecil dan udang. goreng sehingga mee masak dan hidang.




Friday, June 15, 2012

Brownie senang



Selamat petang kengkawan semua. Hehe tengahari tadi saya memperuntukan sedikit masa membuat Brownie...teringat coklat tapi saya kurang minat dengan Brownie sebab manissss...sangat . Nak makan kek baru saja makan alih alih saya siapkan benda yang saya kurang suka dengan sedikit olahan . Versi saya memang kurang manis...sebab saya telah buang setengah dari kandungan dalam resepi. Confirm tak manis tapi bila makan mestilah sedikit tawar jadi saya letak kan cream yang telah di pukul kaku...haha keras vs kembang dan letak je kat atas tu...tambah sebiji buah cherry segar.  Kenapa ye...ceri segar warna nya sedikit kehitaman berbanding yang ada di kedai bakeri warna merah.  Nampak tak naik Seri kan....



Resepi dalam buku ada kekacang...memandangkan gigi saya baru sembuh saya tak nak letak apa jenis kekacang pun.....hihi bahaya nanti saya kena makan bubur nasi seminggu pulak.

Brownie  senang
Olahan:  CitarasaKu
140 gm tepung serbaguna
25gm serbuk koko
½ tsp baking powder
1/3 tsp garam
110gm butter
200 gm gula
3 biji telur

1.   Panaskan ketuhar
2.   Lapis kan acuan dengan kertas
3.   Satukan tepung,serbuk koko, serbuk baking dan sedikit garam. Ketepikan
4.   Potong coklat kepada kepingan kecil dan cairkan secara double-boiler sehingga cair masukan butter.
5.   Setelah di angkat ..teruskan mengacau coklat dan masukan gula .setelah sejuk masukan telur.
6.   Akhir sekali masukan kedalam adunan tepung.Kacau sebati dan tuangkan kedalam acuan.
7.   Bakar sehingga masak 20-25 min.