Friday, May 22, 2015

roti butter manis


 Selamat bersua kembali setelah sekian lama bertapa.
Bukan apa asyik asyik kembali dengan menu yang sama  terasa malas nak letang ulang kali sebenarnya. Tapi petang ini terasa diri free sangat nak membebel di sini dengan hidangan minum petang semalam . Cuaca pun panas membahang buat kerja roti nie amat menyenangkan ..semua proses menjadi cepat dan cepat makan ..tapi kena bertahan sedikit sebab haba di dapur pun sama naik dengan roti . Saya mengunakan doh roti asas tapi dengan K Kerim menjadikan roti saya naik gebu segebu roti di kedai roti ...
Alhamdulilah menjadi dengan jayanya ..
Akak hanya buat roti kosong dan letakan butter scs di atas roti dengan sedikit siraman gula putih . Bila makan terasa sedikit kemasinan dari butter dan manis dari gula . Doh ini boleh di pelbagai guna untuk semua jenis roti .











Doh Roti serbaguna
Doh asas


400gm tepung roti
100gm tepung gandum
100gm gula kastor
5gm garam
8gm yis
7gm bread improver - akak gantikan dgn K-cream super
30gm tepung susu
240gm air sejuk
1bj telur
50gm butter/shortening


saya guna BM masukkan bahan cecair dulu baru masukkan bahan kering.  . tunggu 30 minit menguli dan 1 jam untuk naik... keluarkan tumbuk2kan buang angin baru bentukkan. lepas tu biarkan mengembang sebelum dibakar. sapukan susu cair+air sedikit utk disapu atas roti sebelum dibakar. selepas bakar sapu butter/margerin. bakar suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak...



Tuesday, April 14, 2015

nasi lemon & ayam panggang rosemary


Hidangan tengahari tadi ..nasi lemon berlaukan ayam panggang rosemary. Lama tak masak rempah western sejak tergoda dengan rempah arab. 
Gabungan nasi lemon dengan ayam rosemary tidak mengecewakan ...emmm sungguh sedap di makan .

Nasi lemon
4 cwn beras _ di basuh dan cuci spt biasa

Bahan tumisan.
1 labu bawang merah di potong halus
2 ulas bawang putih-
1/2 biji lemon - di perah untuk airnya
1 kuib serbuk ayam
1 inci halia
minyak zaiton -utk tumis
sedikit pewarna kuning
1 tangkai daun ketumbar 

Panas kan minyak zaiton ..tumis hirisan bawang , bawang putih serta halia sehingga naik baunya.
Masukan beras yang telah di tos kan airnya. Goreng dalam minyak sebentar dan masukan air (sepertibiasa masak nasi )
Nasukan serbuk ayam ,air lemon , sedikit garam dan perwarna kuning. Nasi masak seperti biasa .Taburkan daun ketumbar masa hidang.


Tuesday, April 7, 2015

sotong beriani


Asalamualaikum semua...catatan pertama pada tahun ini. Agak lama menghilang sekejap ada sekejap tak ada namun kita masih lagi meneliti catatan dari blogger lain. Hehe almaklum lah kita dah bertambah usia maka bertambah lah aktiviti lain. Namun pada hari ini ada masa terluang jadi saya pun buka kembali blog yang telah lama bersarang.
Semuga kawan kawan blogger masakan yang lain sihat sihat . Hari ini menu kita untuk lunch tadi sotong beriani ..nak masak ayam dan daging terasa jemu lah pulak maka saya pandai pandai ubah bahan asas pakai agak agak je namun hasilnya sedap ...tapi jika ada sotong yang lebih besar lagi nampak cantik dan patut di buat kelaran pada badan sotong untuk kuah meresap lebih Ummmp.

Memandangkan sekarang ini negara kita semakin panas dan panas agaknya tak lama lagi mesti ada perubahan pada makanan harian kita rasanya makanan pedas ..(tapi itu lah yang paling sedap kan )
Untuk sesiapa nak cuba resepi ini sila lah .

Sotong Beriani

500gmsotong putih ( di buat kelaran sedikit jgn potong putus sudahlah )
sedikit pes tomato 

Bahan tumis,
sedikit bawang cincang
buah pelaga
kulit kayu manis
Minyak sapi

Bahan kisar
1 inci halia
4-5 ulas bawang keci;
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau 
2 biji cili merah
2-3 sudu besar rempah beriani tambah sedikit rempah kurma (blend dgn semua bahan diatas)

Sotong di rebus sebentar untuk keluar airnya. Angkat dan toskan sementara air di simpan sebagai stok.
Tumis semua bahan tumis sehingga berbau wangi masukan bahan kisar. 
Renihkan rempah agar masak sentiasa kacau . Masukan pes tomato serta masukan air rebusan sotong. Renih sehinga kuah naik minyak barulah masukan sotong . Kacau biar sebati ,,,,emmm dah siap . Hiaskan dengan daun ketumbar dan sedikit yogurt . 

Friday, December 19, 2014

tandoori nan

 Menu dua tiga hari sudah ...sekarang baru nak update sini . Saya adalah pengemar roti tak kira roti apapun semua sedap 
Apapun tak rugi mencuba jika jadi Alhamdulilah jika tak jadi pun lain kali buat lagi sampai jadi ...insya Allah mesti jadi jika kita tidak mudah putus asa. 
Kuah dhall dan ayam tandoori adalah lebihan dari nasi hujan panas . Sayangkan jika ayam yang kita perap tu tak habis di makan jadi sebelah malam memang kena modified ...tapi jika lebihan ayam tandoori boleh juga di simpan dengan membalut ayam dn foil dan simpan di tempat sejukbeku . Nanti bila terasa nak makan defrost dan bakar kembali . Ok saya nak ceritakan bab roti nan saja di sini.

Resepinya sangat mudah untuk di praktik makan di rumah ...


Roti Nan
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar gula
1/4 cawan air (suam)a
3/4 sudu kecil yeast
3/4 susu cair
1 cawan yoghurt
sedikit butter anggaran 1 camca
dan sedikit lagi waktu selepas roti keluar oven.

Proses membuatnya adalah sama seperti mengadun roti. Uli kesemua bahan di atas dan rehat. Adunan ini di bahagikan pada 6 bebola kecil. Setelah kembang tumbuk dan leper kan adunan menjadi bulat dan rehatkan 5 minit sebelum di bakar. Selepas di bakar keluarkan roti boleh lah di sapu dgn butter ataupun minyak sapi serta garlic jika suka. Proses tamat di sini.
Namun saya bakar kan sebentar di atas kuali untuk dapatkan haruman smokey tu sebentar dan sapu dgn garlic oils . Roti yang telah di masak harus di tutup dengan kain untuk elakan kekeringan dan nampak cantik serta lembut . 


kurma telur


Inilah menu saya untuk makan tengahari . Teringin sangat nak makan masak kurma rempah dari kedai mamak di Kepala Batas. Bau rempah yang sangat harum semerbak bila masak mengunakan rempah ini . Saya jika lalu kawasan kedai rempah itu mesti beli 100g rempah kurma dengan harga Rm3 rgt saja. Selebihnya rempah kari sederhana pedas dan juga rempah untuk buat ayam goreng ...nasi kandar style lah sebelah sini . 
Resep ini khas untuk Lina yang mahukan resepi ...lama gak saya menyepi update blog. Sejak dua menjak ini saya rasa jemu berblog bagai tapi adakala rindu. Padahal tiap tiap hari saya ber expriasi di dapur saya dan segala nya hanya dapur tempat yang saya suka lepak ...kejap tukar sana sini lepas itu semak balik kemas kembali dan begini lah setiap hari. Ok ini resepinya harap Lina suka ye...nie style saya lah setengah orang tak suka daun pudina tapi saya letak sebab terasa wangi dan ngam dgn nasi putih panas panas...tambah sambal belacan ,ikan masin lauk lain tak toleh dah .

Kurma telur
Bahan-bahannya:
5 biji telur ayam direbus dan dikupas kulit dan di goreng sebentar
1 cawan santan pekat
1 sudu the tomato paste
1 -2 biji kentang – potong  ikut suka
1 biji bawang besar dibelah empat
2 – 3 biji cili hijau
Garam/gula/serbuk peras

Bahan-bahan B (untuk menumis):
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris#
2 ulas bawang putih dihiris#
2 inci halia dihiris#
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan –Jika suka

Akhir masakan
Sedikit cincangan daun pudina
Bawang besar di poton empat
Cili hijau

Bahan bertanda # kisar


Cara-cara memasak:
 1.Panaskan periuk dan masukan minyak.  Setelah panas  masukan bahan rempah sehingga naik bau rempah dan  masukan bahan kisar  –gaul sehingga wangi  Masukan daun pandan dan daun kari .
2. Setelah naik bau masukan pes tomato dan ubi kentang dan tambahkan sedikit air .
3. Setelah rempah dan ubi masak masukan telur …cincangan daun pudina serta santan.
4. Perisakan dengan garam secukup

Saturday, November 29, 2014

chicken madghout


Hari ini baru nak buat posting menenai masakan, Lama juga lah kita tak posting cerita masakan. Mungkin di sebabkan lama berblog ada kala rasa bosan juga sebab memaparkan menu yang berulangkali ..tentu bosan.
Namun ini lah kegiatan kita dirumah setiap hari walaupun jemu arrrr.
Pagi tadi tarasa sangat nak menikmati hidangan ala arab ...eemmm arablah pulak . Sebelum ini saya mengunakan rempah tempatan saja yang di kisar sendiri . Dengan kecangihan masa kini rempah yang berada nun jauh beribu batu kita boleh dapatkan dengan segara secara online...hehe.

 Saya telah menukarkan daru lamb kepada Ayam namun resepi di bawah saya tidak ubah. Sebahagian ayam saya masak bersama nasi dan sebahagian lagi saya grill dengan menambahkan serbuk paprika ,lada garam serta sedikit air lemon dan saya grill sehingga masak .

Resepi lamb Madghout
sumber dari : rakan kelab masakan Lydia Honey group

Bahan...utk mkn 5-6 org.
3 cwn beras basmathi super long
1 kilo daging kambing yg bertulang
5 cwn air utk merebus daging /ayam
2 bj bwg bsr potong dadu
4 ulas bwg Putih..cincang.
1" halia ketuk
1 st lads hitam- tumbuk bg pecah sikit
2 bj tomato- cincang
3 sb pes tomato
2 bj lada hijau
5-6 bj buah pelaga
3 bj bunga cengkih
1 brg k.k.manis
2 helai daun bay
1 SK Arab mix spice
1/2 bj lemon ambik jus nye.
3 sb myk sapi / butter
Step 1
Bersihkan daging...toskan air n Gaul dgn Rempah mix spice..perap 2 jam.. Beras td basuh n rendam dgn sedikit garam selama 1 jam.
Step 2
Panas kan minyak n tumis k.k.manis..buah pelaga n bunga cengkih..masukkan bwg2 n halia..bila layu masukkan bay leaf..lada hitam buah tomato n pes tomato ..kemudian masukkan daging..serta masukkan 5 cwn air ..tutup tudung periuk pressure cooker..masak 15 min.
Step 3
Slps 15 min..buka tutp periuk..toskan beras n tuang kedalam sop td..perah 1/2 bj jus lemon..masukkan garam. Biarkan mendidih spt masak nasi biasa..jgn di kacau. Bila kering masukkan lada hijau..kemudian tutup balik tudung n perlahankan api biarkan 8 min..siap.

Di rumah jika nasi tidak berkuah sudah pasti anak saya kurang laju makan . Jadi saya kena buat sesuatu yang berkuah maka terhasilah kari ayam pedas dan salata timun yogurt. Alhamdulilah rezeki hari ini.



Sunday, November 16, 2014

lahmacun....macam pizza


As salam semua lama sudah tidak bersiaran petang ini saya merajinkan diri untuk meletakan sesuatu yang pertama kali saya cuba. Alhamdulilah hasilnya amat memberangsangkan .
Pertama kali kita nampak macam pizza namun agak kering tanpa cebisan cheese yang meleleh . Hanya dengan semburan minyak zaiton pada awal dan di akhir pembakaran untuk naikan rasa.
Sangat sesuai untuk golongan umur terutama yang sedang berdiet ..
Sebenarnya sejak saya membeli rempah dari Puan Zubaidah ...saya sering mencari resepi berbeza dalam blog makanan saudi . Rempah ini asalnya dari Lydia Honey so kita yang nak beli sedikit boleh order dari Puan Zubaidah ,  saya rasa ada ramai lagi menjual rempah ini tapi saya lebih selesa mengorder dari Puan Zubaidah Alhamdulilah.

Roti ini merupakan makanan popular di kalangan orang Armenien dan turki. Saya salin resepi ini dalam bahasa inggeris ...minta maaf saya tak sempat nak alih bahasa .
 Intinya kita boleh pklbagai mengikut kesukaan. Setelah letak inti semburkan minyak zaiton dan setelah masak semburkan sedikit untuk nampak berkilat .

Yield: 10-12 Lahmacuns
Prep. time and baking duration: about 2 hours
Ingredients for the dough:
1 tsp dry active yeast
0,5 tsp sugar
1+1/2 cup of warm water
4,5 cups of flour (you can use pain wheat)+
Little oil to brush the dough


Ingredients for the topping:
12 oz of minced beef or lamb (I always use 85 % lean beef)
1 big onion
2-3 cloves of garlic
2 Tbsp of butter
1,5 cups of fresh curly parsley
1 cup of fresh mint
1 medium tomato
1 tsp of chili pepper
1 jalapeno (optional) saya gantikan dgn cili biasa
1 tsp paprika (optional)
1 tsp of cumin (optional)
1 tsp rempah arabic spice
salt according to your own taste
Juice of 1 lemon
little oil to brush the dough
Directions for the dough:
In a small bowl mix yeast and the sugar. Add 1/2 cup of warm water, stir well, close the lid (or cover with plate). You can leave the bowl on the counter but I usually put it somewhere warm. Warmness accelerates the process and better activates the yeast. Activating yeast is important to have a better rising dough. Keep the mixture warm for about 15 minutes without opening the lid. When the time is up, you should have a nice foamy liquid. Even if you do not, still keep it and make the dough. It will still work.

In a large bowl combine the remaining water, flour and the yeast mixture.

Mix everything well and kneed it into a nice soft, springy dough. It should be soft as your ear lobes. Add flour or water as needed. A well-kneaded dough will be much easier to work with later. Keep this in mind!

Coat the dough with just a little bit of oil, cover with damp cloth and leave it to rise in a warm place. I usually cover the bowl with the lid and bundle it up nicely to have a good volume dough. Give it a rest for around 1 hour before you take it out from the cover. When you do take the dough out, make sure it has doubled in size.

Once the time is up, open up the lid and punch the dough a little. Flour the working surface and drop the dough. Cut it into pieces smaller than a tennis ball but larger that a golf ball. You should have about 10-12 pieces.

Roll each one and place on the floured surface. Cover with a damp cloth and let it stand until your topping is ready (20 min). Turn the oven on and keep it at 420 F.

Directions for the topping:
Meanwhile, prepare the topping. This picture really makes me smile. I love vegetables. I also love that ground beef in there :)

Wash the greens well and chop them nicely. I usually wash and soak parsley with mint in water prior to using them. This way all the dirt remains in the water. 
Cut the onion and garlic in pieces, put the pieces into a chopper and chop until nicely minced. 
Heat the skillet in medium-high, melt the butter, add onion+garlic mixture, saute for about 1 minute. Reduce the heat to low, close the lid and simmer for 2 more minutes. Take the skillet off the burner and cool the onion mixture