Monday, October 10, 2016

Bubur pulut hitam

a
Projek petang semalam. Terasa lama tidak makan bubur manis lemak berkrim begini . Lagipun berpantang tak makan pulut agak lama namun semalam keinginan melampau maka terhasilah bubur pulut hitam ummmphhh lega bila nak buat dan menikmati nya...Alhamdulillah syukur.


Bahan-Bahan Buat Bubur Pulut Hitam
Sumber resepi :iresepi
  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih  -  saya tidak guna gula putih  
  • 1/2 ketul gula melaka - tambah untuk gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagun - tak letak 

Cara Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap

  • Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  • Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  • Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.




No comments: