Friday, July 6, 2012

Murtabak Roti

Minum petang dengan Murtabak roti....memang membuat kita terasa begitu kenyang hingga pada saat ini. Mungkin roti yang saya guna jenis wholemeal kut. Resepi asal tak tulis pon jenis apa..jadi saya belasah saja roti yang ada di dapur. Sangat teruja dan tak sabar nak rasa bagaimana murtabak dari roti.
Well tak rugi mencuba sebab hasilnya sangat sangat baik dan response dari ahli rumahku makan tanpa banyak kerenah.
Nanti bolehlah kita ajar anak saudara kita yang tinggal di hostel mencuba buat murtabak simple nie time dia stress belajar dan tak sempat nak sediakan makanan kan. Lagipun nampak berkhasiat dan kenyang.
Murtabak di cicah dengan kari pekat sedap dan jika ada bawang cuka pun ok.

Terima kasih pada empunya resepi dari MyResepi -Muse dan resepi ini kita salin dari blog Rohaisa . Saya cuma menambah cincangan isi ayam yang di goreng dengan perasa rempah masala -sedikit saja.

Murtabak Roti
sumber: Rohaisa
Olahan : citarasaKu

Bahan-bahan:
4 keping roti
1/2 bawang besar | hiris nipis
2 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
Garam secukup rasa
Butter @ marjerin
Cili besar | hiris
Daun sup | hiris
sedikit cincangan daging ayam- yg telah di goreng dulu
Lada sulah
*Campurkan kesemua bahan di atas
Cara-cara:
1.Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang, cili besar, daun sup, lada sulah dan garam.(Ala2 nak buat telur dadar).Ketepikan.
2.Potong kepingan-kepingan roti jadi dadu.
3.Panaskan kuali dengan butter.Guna butter secukupnya untuk menggoreng.
4.Bila kuali sudah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas berisi telur.Gaul sebati.Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur terlalu banyak.Then, terus tuang dalam ceper atau kuali tadi.
(untuk proses yang ni, saya asingkan sedikit bancuhan telur. Selebihnya digaulkan dengan roti dan curahkan ke dalam kuali.Ambil pula bancuhan telur yang diasingkan pada awalnya tadi dan curah pula untuk sekian kalinya.)
5.Guna api kecil, tak nak hangus diluar, dan tak masak di dalam.Dalam 10 minit, bolehlah balikkan ia.Dah nampak kuning-kekuningan, siap!. (*time ni pandai2lah nak balikkan ye, sebab takut roti yang didadar pecah/rosak).
6.Sedap dimakan bersama cili sos.Selamat mencuba


2 comments:

rahel said...

Wah..memang best la ni...boleh try nanti kalau my laling balek kursus..

CitarasaKu said...

rahel...hehe senang dan cepat di sediakan terutama dalam bulan puasa waktu sahur bila tak ada selera boleh buat nie...