Wednesday, July 25, 2012

Sago gula melaka


Alhamdulilah sempurna sudah puasa hari ini walaupun tekak masih sakit dan selsema berkurangan. Untuk tidak menyakitkan tekak ku hari ini ... kita masak sagu dan letakan perwarna bagi menarik perhatianku untuk makan haha. Jika berwarna putih nampak macam tak sedap saja kan.


Resepi kat bawah nie saya malas nak taip baru jadi saya copy dari blog Noorsha. Terima kasih ye..Noorsha ..gambar awak tu buat saya tertelan air liur dan memandangkan tekak saya yang masih kurang ok memang ngam lah jika masak makan begini.


RESEPI SAGO GULA MELAKA
Resepi : Noorsha 
 Bahan-Bahan 
1 biji gula melaka
1/2 cawan air
seikat daun pandan

500 ml santan pekat (Noorsha guna santan kotak)
150 ml air
sedikit garam

1 cawan sagu
3 cawan air
secubit garam
pewarna pilihan 

Cara-cara
1.Untuk kuah gula melaka :potong gula melaka kecil2, masukkan dalam periuk bersama air & daun pandan yg disimpul.
2. masak dengan api sederhana hingga cair kemudian masukkan gula melaka kedalam cawan puding. ketepikan.
3. Untuk Kuah Santan: masukkan santan pekat, air dan sedikit garam kedalam periuk. renihkan seketika. ketepikan.
4. Untuk puding sagu :bersihkan sagu dengan sekali air lalu saja...toskan air. masukkan sagu kedalam periuk bersama air dan secubit garam
5. masak dengan api kecil saja hingga sagu berubah jernih. kacau sesekali.
6. asingkan sagu kepada 2 bahagian sama banyak.
7.letak setiap satu dengan setitis pewarna pilihan.kacau rata... kalau nak pakai plain pun ok...
8.masukkan sagu tersebut kedalam cawan puding.. 
9. untuk menghidang : curahkan santan @ susu cair @ susu segar keatas sagu yang sedia sejuk.. selamat mencuba :)

No comments: