Wednesday, July 25, 2012

Nasi ayam penyet


Juadah berbuka hari ke 5 berpuasa.  Nasi ayam penyet menjadi pilihan sebagai menu utama. 
Nasi ini sedap di makan dengan sup dan sambal berulam salad. Rasanya lama juga kita tak masak nasi ayam stail indonesia ini sejak deman nasi ala Arab kan. Apapun nasi nie memang menpunyai keistimewaan nya dan memang kena dengan tekak kita. 
Apalagi bila ada ulam ulaman maka selera makan pun bertambah.


Resepi ini dalam simpanan folder malangnya saya terlupa nak simpan nama sumbernya jadi saya minta maaf banyak banyak pada empunya resepi ini. saya letakan kembali resepi beliau kat bawah sebagai rujukan. Resepi ini sangat tertib dengan cara pembuatan dan senang nak faham dan penting hasilnya sangat memuaskan.


Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap
Sumber: ..............
Bahan-bahan ( 6 orang )
·         Untuk Ayam

·         1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
·         ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
·         ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
·         3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
      1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
·         1 sudu besar Serbuk Kunyit
·         ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
·         3 ulas Bawang Putih
·         1cm Halia
·         Sedikit Air
·         1 sudu kecil Garam
·         Minyak masak untuk menggoreng.
\
·         Untuk Sambal
·         Sedikit minyak masak
·         10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
·         10 biji Cili padi
·         10 biji Bawang kecil/merah, hiris
·         3 biji Bawang putih, hiris
·         5 biji Tomato, potong 4
·         5 cm Belacan
·         2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
·         3 sudu gula merah/secukup rasa 

·         Untuk Nasi
·         3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
·         3 ulas bawang putih
·         satu btg kayu manis
·         4 biji buah pelaga
·         2 kuntum bunga lawang
·         sedikit butter
·         garam
·         kiub pati ayam/daging
·         6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
1.    Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2.    Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3.    (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4.    Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5.    Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
6.   
Untuk Sambal
7.    Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
8.    Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
9.    Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
10.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
11.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
12.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
13.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
14.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

15.  Untuk Sup
16.  Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
17.  Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
18. 
Untuk Nasi
19.  Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
20.  Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
21.  Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
22.  Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.




4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam.Slmt menjalnai ibadah puasa.

Rajennya buat ayam penyet ni....

rahel said...

Salam..
dah lama tak merasa nasi ayam penyet..bole la try resepi ni..tq share resepi..

Ayam said...

Azatie>> sama sama lah kita.

Rahel >> betul tu di bulan puasa nie semua jenis terasa nak makan tapi bila dah berbuka ...alahai makan sejemput saja dah penuh kan.

MamaFaMi said...

Salaam Kak Noor..

Kita dari puasa pertama hari tu teringin nak makan nasi ayam penyet, tapi tak jumpa. Nak masak sendiri... mmmmm.... tengoklah cemana nanti... hehehe