Sunday, July 29, 2012

Chicken wrap with prata


Salah satu dari menu berbuka hari ini. Dah pun kenyang Alhamdulilah dengan rezeki hari ini ....Amin .
Waktu berbuka hari ini tinggal kami berdua saja sebab Hb kerja luar . Begini lah jika kami berdua saja makanan pun kita buat yang simple saja ...janji boleh kenyang kan perut. Tapi jika terlalu kenyang pun susah juga nak bersolat ..hehe termengah mengah nanti. 


Penyediaan nya senang saya mengunakan pastry kakwan iaitu roti prata original. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sapi atau butter. Masak sehingga prata agak kekuningan dan masak. Rehatkan sebentar sebelum di potong dua dan di letakan inti .

Intinya:
Isi ayam di potong kecil - di perap dengan lada sulah dan sedikit garam.
cili capsicum - di potong memanjang
bawang merah- di potong kiub
2 ulas bawang putih - di cincang halus
daun salad
sedikit keju mozarella.

Panaskan minyak, gorengkan bawang putih dan bawang merah setelah agak layu masukan isi ayam yang telah di perap tadi. Goreng sehingga isi ayam kelihatan masak , masukan cili dan perasakan. Sebelum tutup api masukan mozarella cheese .

Nota: Sebelum di hidang elok lah dipanaskan sebentar di dalam oven atau microwave . 







2 comments:

Mamasya said...

Salam sis Nor.mmg sedap roti gulung letak inti ayam gini....tambah ada salad hijau.
nengok entry nasi bukhari kat bawah tu...nasi ayam penyet...dg kek krim strawberyy....semua nampak enak belaka.

Ayam said...

Mamasha >>> tengah rajin hehe