Sunday, July 22, 2012

Berbuka puasa dengan mak abah

Assalamualaikum hari kedua kita berpuasa. Syukur semalam kita dapat juga berbuka puasa di hari pertama bersama dengan mak dan abah d sbg.Jaya. Lama dah tak berpeluang berbuka bersama mak abah sekian tahun....selalunya kita berkunjung selepas waktu berbuka saja dan kadangkala membawa mereka keluar berbuka. Rasanya bila umur sudah meningkat mak abah memang lebih suka berbuka di rumah saja. Jadi saya hanya perlu masak dan bawa makanan ke rumah dan makan bersama. 
Menu semalam kita hanyalah nasi tomato dan ayam masak merah dan acar timun. Manakala pemanis mulut kita sediakan puding kastad roti berkismis tanpa sos sebab mak abah tidak di galakan makan makanan yang manis.
Gambar......malangnya saya tak sempat untuk mengambil gambar sebab terlalu sibuk menghidangkan makanan dan sebelum dan selepas sehingga terlupa bab menfokus hehe...biasa la kan bila dah sibuk.


Sekali lagi saya membuat cuppies yang mempunyai isian peanut butter di dalam kek dan coklat. Rasanya tidak akan pernah jemu sebab hasilnya sangat sedap .
Saya masih mengunakan adunan basic cupcake. Peanut buter hanya di isikan di tengah kek setelah kek ini di bakar dan buatkan lubang pada tengah kek serta di picitkan isian peanut butter. Tutup kembali tubang dengan cebisan kek dan lapisi kek dengan cream kesukaan . Membuatnya tidaklah begitu susah tapi hasilnya nampak bervariasi...hehe nanti nak kita nak cuba letak isi durian pulak....mesti sedap kan.




1 comment:

Chik Mimi said...

Salam ramadhan almubarak noor ,miss u too geram tgk cc noor tu