Alhamdulilah selepas bersahur tak nak tidur dah sebab menunggu anak bersiap kesekolah sempat lagi berupdate blog.Dua tiga hari saya tak update blog...hehe line slow sangat tak mampu nak menunggu loading satu gambar ke satu gambar sampai mengantuk.
Kelmarin hidangan saya sediakan menu nasi bukhari Kak Liza yang ringkas dan cepat.
Nasi ini dah siap ada ayam tapi saya masak juga lauk sampingan ayam masak pedas tomato ala masak merah tapi rasanya lain sikit je..tak banyak berbeza.
Resepi nasi boleh di ambil di SINI (blog kak Liza )
Jus watermelon &lemon manis manis masam memang sesuai dan melegakan tekak. Dan saya marajinkan diri membuat sebiji kek sponge dwi rasa ......saiz kecil saja sebab terasa teringin pulak nak makan .
Kek ini lapisan di selang seli dengan kerim bertata strawberry yang di potong halus dan lapisan oren berperisa puree mango. Hasil nya sedap .
No comments:
Post a Comment