Friday, July 20, 2012

Bingka Durian


Selamat malam...esuk kita akan mula berpuasa..dan malam ini insyallah akan bangun bersahur. Tak pasti nak bersahur nanti apa menu nya ,nak goreng kerang bercili atau kupang goreng kunyit. Lihat nanti si yonyon nak makan apa...tapi kedua dua benda kita telah keluarkan dari sejuk beku dan letakan pada kotak biasa. Nanti bila bangun jam 4.pagi nanti tak susah...dah boleh mula mengoreng apa yang patut. Rasanya bila mula berpuasa semua orang pasti ada selera makan ...masuk dua minggu mula lah tak ada selera. Kat rumah selalu macam nie....teringat waktu kami tinggal bersama adik adik yang lain...suka nya waktu tu sentiasa ada selera makan sebab ramai kot...tapi sekarang kami bertiga saja...makan ala kadar.


Minum petang tadi bingka durian...agak nipis sebab guna loyang besar...yang kecil sekali masa nak guna puas cari entah letak dimana. Biasa lah nanti bila tak nak guna baru jumpa nie kes simpan menyimpan lah.
Bingka durian nie saya guna resepi bingka pisang...saya cuma tukar dari pisang kepada isi durian dan blend ...senang kan...dan hasilnya sedap dan kenyal tapi sayangnya nipis.

Bingka durian

Olahan:CitarasaKU

Bahan2
5 ulas durian  tanggalkan isinya- di kacau sebati#
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan sebelum di potong.






5 comments:

Qasey Honey said...

nmpk myelerakan bingka durian tu...slmt mjalani ibadah puasa yer...

rahel said...

wah..sedapnya bingka durian itu..nak sepotong..

~~zana@pb~~ said...

Selamat berpuasa Noor...kalau ramai mmg kecoh dan seronok. Tapi tak seronoknya bila lepas makan, kesian org yg tinggal basuh pinggan. Teringat kat emak akak di sana, buka apa agaknya hari ni.

CitarasaKu said...

Qasey Honey>> durian jika makan gitu saja nanti siang harinya dahaga sebab tu jadikan bingka cepat clear.

Rahel>> cheq duk jauh sangat laa...

Zana>>selamat berpuasa Zana...kita dulu ambil angka gi;iran basuh pinggan sebab lepas makan semua tinggal jd abah kasi giliran ....tak boleh lari tugas haha. Ari nie menu apa ye...

Mamasya said...

Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat berPuasa buat k.Noor. kalau ramai mmg meriah waktu berbuka...
bingka durian....yummmy..