Tuesday, July 3, 2012

peanut butter delish cuppies


Selamat bertemu kembali. Dua tiga hari line internet saya amat lah tenat. Haha nak letak satu gambar pun susah...seperti biasa lah kena call buat beberapa test baru ok. Hari ini line tidak lah selaju mana tapi masih bertahan semput tapi sabar saje lah dengan kerenah nya kan.
Hari minggu yang lalu saya buat beberapa testing cuppies dengan hiasan biskut serta buah buahan segar.
Saya masih mengunakan resepi asas cupcakes tapi denga sedikit ubah suaian pada kandungan tepung dan tambahkan dengan peanut butter dalam adunan dan satu batch lagi adunan seperti biasa dan saya tebuk di tengah kek dan picitkan peanut butter di dalam kek dan tutup kembali.
Nampak nya kedua dua jenis nie tidak banyak berbeza dari segi rasa dan saya lebih suka kepada jenis kedua sebab senang. Bermacam macam flavour kita boleh letak ikut suka.

Untuk topping pula saya masih mengekalkan pengunaan whipped cream sebab saya suka makan jenis nie dan dalam nya saya campurkan dengan sedikit susu pekat ...jangan banyak tau nanti cair .
Cream haruslah di pukul dan agak sedikit kental barulah masuk susu pekat. Akhir sekali saya letakan biskut peanut butter yang bersaiz paling comel.  


 



2 comments:

Chik Mimi said...

noor miss u hehehe cheq nak p SP cari kain hehehe

CitarasaKu said...

Salam cikmimi...bila nak dtg sini...hehe nak pergi Gulati ke.