Sunday, July 8, 2012

Nasi Udang Berempah


Salam hujung minggu tapi di kedah hari ini adalah hari berkerja. Hehe surirumah saja berhujung minggu dalam suasana sunyi sepi di awal pagi selepas hujan.
Hari ini kita dah siap plan untuk menu lunch jadi tak perlu lah dok fikir lagi nak masak apa. 
Seawal pagi kita mencabut rumput yang agak panjang di halaman...terasa malas sejak akhir akhir nie nak membuat semua itu...tapi memandangkan hujan mula turun dan rumput pun mula aktif terpaksalah membuang apa yang patut. Dan mengemas kini pokok herba yang di tanam...tukar tanah dan letak baja. Arrrghh ...memang memenatkan sehingga terasa bagai nak tercabut pinggang. Letih baik saja relax setelah hampir dua jan bertempur di laman. 
Ok menu ini adalah menu ulangan. Tempohari kita dah masak nasi nie dan boss kecik cakap ...mama bila nak masak nasi itu lagi. Anyway waktu dia pulang sekolah tadi...happy saja sebab kita dah masak untuk dia.
Resepi asal dari Blog Rahel....dan boleh di rujuk di sini juga .
Terdapat sedikit olahan kali ini ....saya tambah 2 tsb jintan manis.....untuk menambah aroma udang dan nasi. Rasanya berbaloi juga .....cuba lah baru tahu hehe.

Hidangan hari ini saya gandingkan dengan Kurma Telur, Udang rosemarry pan-fried dan sayur kobis bunga style orang india. Selain dari kuah kari sotong left-over lauk semalam haha...menjadikan hidangan yang terlebih cukup pulak.  Selata timun menjadikan meja comel kita sarat..apalagi orang yang memakan nya. So hari ini dalam kategori heavy lunch...so malam nanti sandwich saja kot...

6 comments:

Amie said...

Selamat malam, sedapnya nasi udang berempah!
Sandwich untuk dah siap?

rahel said...

Selamat malam...
lepas ni macam nak buat lagi nasi udang berempah..sedap kan..wangiii..

blogresipi.com said...

Salam kak noor,
Amboi sedapnye... Saya berminat dengan kebun herba akak tu. dok cita2 nak menanam jgk balik nanti. Harap2 menjadi hehehe

zila norazila said...

salam kak,,teringin pulak nk cuba ..nampak sedappp :)

Love2cook Malaysia said...

Simply tempting dear! Love kurang sikit ngan udang...but will finish off the rice! :)

Ayam said...

>>>Salam Amie...sandwich dah habis pon...biasa biasa saja.

>>> Rahel....kita ambil dari awak la....kali nie cuma tambah jintan saja...

>>> Ijan...taman mini herba comel je hehe nanti akak letak dlm blog...insyallah...nanti bila Ijan pulang boleh lah kita jumpa ye.

Zila...memang best zila cubalah tak rugi hehe

>>>Love....so sorry but you can always change to chicken hehe.