Saturday, April 21, 2012

Nasi udang berempah


Hari sabtu yang indah ,kami selalu memerap dalam rumah saja. Nak keluar ....mesti lah nak .. tapi tak dapat sebab Hb selalu berkerja dan cuti tidak menentu. Time anak sekolah baru dia off duty so akhirnya kami perlu sesuaikan dengan suasana . Emmmm macam mengeluh saja...apapun kena tunggu time cuti sekolah baru lah dapat bersiar siar.
Berbalik pada menu tengahari tadi. Eemmm cam kenal saja dengan tittle nasi nie kan. Kelmarin saja menu nie berada di rumah Rahel. Hari ini dah sampai ke dapur saya.
Apapun time saya snap gambah tu terlupa pulak nak posing udang dalam nasi ...dimana udang ehhhh di timbus dalam nasi yang nampak hanya ayam goreng dan sambal daging di atasnya.


Apapun nak cerita sikit pasal nasi nie.....hihi nak puji la sebab my Yonyon cakap Ok. Nanti kita boleh ulang buat lagi dengan lauk lain pulak. Hari nie kita gandingkan dengan sambal daging  dan ayam goreng biasa .
Terima kasih Rahel untuk resepi ini.

Nasi Udang Berempah
Kompilasi Hidangan Nasi
Sumber : Rahel
Di cuba : CitarasaKu
Bahan-bahan:
500g beras ponni-dibersih & toskan (Rahel guna beras basmati,jadi kurangkan air)
1.3 liter air
200ml susu cair
10 ekor udang basah-sederhana besar
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan serbuk rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
5g rempah kasar (kulit ky manis,bg cengkih,bg lawang & buah pelaga)
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa


Bahan-bahan (A) dikisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara membuat:
1.Panaskan minyak sapi dalam kuali.Tumiskan bahan (A) hingga garing.
2.Masukkan rempah kasar,serbuk kari ikan dan serbuk kunyit.
3.Kemudian masukkan daun kari,beras dan digaul sebati.
4.Tuangkan air,susu cair dan garam.Kacau rata,masukkan udang dan daun pandan.
   Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
5.Kecilkanapi dan biarkan nasi masak hingga sempurna.




7 comments:

Amie said...

Assalamualaikum,
Dah kenyang makan nasi udang berempah di dapur rahel, ni nak makan juga di sini... sedapnya! Kita belum cuba masak ni..

Chik Mimi said...

Assalam Noor sedapnya ,satu kelainan

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

OMG...Im getting so hungry right now even after dinner...delicious platter! ;)

ogyep yummy mellow said...

rajinnya di ari sabtu ya.... ogyep suka udang.. cantik kaler nasi tu...

zila 4ever said...

terus lapar tgok pic tue..dah tau kesedapanya>>:)

blogresipi.com said...

Salam Kak Noor,
Ni nasi spesial hari sabtu ye kak. ehehe... kalau dapat makan macam ni hujung minggu, tak keluar pun tak apa dah. Sedap dari makan kat restoran :)

rahel said...

Wah...rajinnya..diam-diam dah siap masak nasi udang berempah...adoiii lapar lagi klu mcm ni..hehe..