Thursday, April 12, 2012

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur


Hihi entry buat petang yang semakin redup nie. Nak di kata kakan rajin tidak juga cuma hari ini kita sememangnya sudah beres kan semua kerja harian dan kek yang saya buat ini bukanlah jenis yang susah sangat. Seandainya 1.2 dan siap siap hehe.
Apapun yang paling lucu bila saya buat kek ini ...hhhmmm nak tahu tak saya terlupa bukan satu tapi dua benda yang harus ada pada kek ini.
Memang pun sebab saya berangan angan nak siapkan dan sejukan dalam peti dan lepas tu nak enjoy makan dengan ais cream.
Apapun bila kek dah masuk dalam kukusan saya lihat susu pekat dan butter cair ....cantik saja diam kat tepi mixer. Habis camana tak kan nak tarik keluar . Biarlah kita lihat nak jadi camana jika tak jadi En.Tong sampah yang makan jika jadi ...kita makan. 
Hasilnya seperti di atas la.....gambarnya. Ok tak. Dari segi rasa ianya kurang manis....maka semasa saya lapis kek dengan coklat saya tambahkan sedikit susu pekat...hihi akhirnya manis juga.


Resepi asal kek ini adalah dari Dapurku Sayang.

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
bahan A :

125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

bahan B :
1 cawan serbuk koko 
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya. 
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman




Apapun saya suka dengan resepi ini dah akan ulang buat tanpa terlupa dua benda tu..




3 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam singgah.. sedapnya.. kecur dah ni..

Qasey Honey said...

telan liur tgk kek ni...nyummmmy....

Chik Mimi said...

noor sedapnya