Tuesday, April 24, 2012

Kuzi Ayam


Inilah lauk yang di gandingkan dengan nasi tomato. Mulanya kita nak buat dalca sayur dengan ayam madu tapi kita cancel pada saat akhir pulak sebab benda tak cukup hihi biasalah kan. Tak boleh buat yang itu jadi yang ini pulak. Masa kita jalan jalan intai dapur ke dapur ternampak menu ini. Selama nie kita makan orang masak lauk nie tapi rasanya kita tak pernah buat lagi. Satu resepi yang berlainan dalam Myresepi bahan dia ada yang guna badam dan kacang tanah .hhmm nampak cam susah dan lemak gitu tapi resepi dari dapur Cik Ct nampaknya ringkas...haha kita sukalah sebab semua bahan dah ada.
Terima kasih ye pada sumbernya juga Cik Yatie dan Che Ct. Memang enak di padankan dengan nasi tomato kita semalam. Jika nak lihat gambar yang cantik cantik sila lah ke dapur Che Ct ye....kita suka lihat gambar kat dapur beliau.

Resepi nie kita copy dari rumah Ct tanpa di ubah suai .



Ayam Masak Kuzi
sumber : Nor SecubitGaram / Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam -potong kecil
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan
5 biji cili merah
6 biji tomato - belah 4
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 cawan sos tomato
1 sudu besar gula merah
2 batang carrot - potong 1 inci
Garam
2 sudu besar minyak + 1 sudu besar minyak sapi

Bahan Mesin :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
2 biji buah keras
1 cawan cili kisar

Rempah Kuzi :
2 sudu makan ketumbar #
1 sudu makan jintan manis #
1 sudu makan jintan putih # - # di sangai dan kisar kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih

Cara-cara :

1. Ayam dibersihkan dan gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak serta minyak sapi dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.

4. Masukkan ayam, susu cair, santan, carrot, buah tomato , bawang besar dan cili merah.
5. Tutupkan periuk dan dengan mengunakan api sederhana biar ayam empuk dan kuah pekat sedikit. Masukkan garam dan gula merah, kacau rata, perasakan dan bolehlah dimatikan api.
6. Hidangkan bersama nasi ketumbar atau nasi kegemaran.

2 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. sini ada kuzi.. singgah memalam... memang menambah kecur... teringat di MCM.. Deena selalu masak kuzi ayam...tak pernah cuba... Insyallah ni dah ada resipe nanti bila ada kesempatan nak cuba jugak satu hari nanti.. Tq...:))

Ayam said...

shahriah>> demam Kuzi melanda blogger masak ..hihi nak buat camana bila semua cakap sedap maka kita pun terpanggil nak rasa jugak.