Thursday, April 26, 2012

Blueberry crumble


Blueberry yang telah di beli dua tiga hari yang lalu kena di gunakan jika tidak ianya akan rosak . Selalunya saya buat muffin dengan buah nie. Kali ini saya ubah selera pulak pada kek yang ada topping biskut di atasnya.  Tektur kat bahagian atas kelihatan kasar macam permukaan bulan saja. Senang tak payah nak deko deko bila masak boleh terus potong dan makan hihi ....kita suka la.
Resepinya pulak kita ambil dari FnF nun jauh di sana. Beliau mengunakan epal tapi saya nak guna blueberry jadi saya ubahsuai buahnya saja. Masa goggle ada banyak juga resepi tapi saya nak cuba yang ini dulu . FnF buat mengunakan apple dalam muffin pan tapi saya letakan dalam pan size sebab nak cepat hehe.
Apapun hasil nya sedap. gebu dan cepat di makan.



Resepi nie saya ambil dari dapur FnF dengan sedikit ubahsuai ....terima kasih ye.... Resepi asal sila rujuk ke blog FnF.

Blueberry crumble 
Sumber  : FnF
Bahan2

100g butter, lembutkan
150g gula halus
50g sour cream/ plain yogurt
3 telur
1 sk esen vanilla
210g tepung halus*
11/2 sk baking powder* (ayak sekali)
100 gm buah blueberry - dibasuh dan di keringkan dan di salutkan sedikit tepung sebelum di masukan kedalam adunan 

Topping Crumble
80g tepung gandum
35g butter
35g gula
40g coklat chip

Ramas2 gula, mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk crumble. Masukkan cip coklat. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk.

Cara
Pukul butter, gula dan sour cream/yogurt hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sebati.
Tambah esen vanila.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Pukul sebati dengan mixer.
Masukkan blueberry . Kaup balik hingga sebati.
Sudukan adunan di dalam bekas loaf pan atau pan biasa.
Tabur crumble dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C.





2 comments:

Chah said...

Kitapun suka...tabur manyak2.. Perghh!!

Jayanthy Kumaran said...

very interesting & yummy recipe..thanks for sharing..:)
Tasty Appetite