Saturday, April 21, 2012

Ayam goreng ranggup


Ayam goreng ranggup dan sememangnya menjadi kesukaan semua .Bermacam versi sudah pun di cuba tapi resepi ini memang berbaloi di cuba .Macam makan ayam KFC saja.  Resepi dari Mamasya sangat senang dan tak susah nak sediakan.
My Amirul apalagi memang sukalah dia makan hari ini . Laju benar last tinggal dua ketul saja. Emmmm hebat.

Begitu hebat hinggakan gambar yang kita snap pon bergoyang menyebabkan sedikit blur. Hihi tapi kita dah malas nak ambil lain sebab Lapar :;
Sorry ye ...Mamasya kita ah tambah serbuk paprika dan cayenne sebab kita suka pedas dan tak payah cicah sos.



Resepi beliau saya paste kat sini dengan sedikit penambahan. Dan jika dan originalnya klik pada blog Mamasya...lebih details nya.

 Ayam Goreng Rangup
Oleh; Dapurmamasya
Di cuba oleh : citarasaKu

bahan2nya
12 ketul ayam
3 sb membukit tepung beras
2 sb membukit tepung gandum
2 sb membukit tepung goreng ayam/serbaguna/tpg KFC
1 sk lada hitam - tumbuk halus
1 sk garam
1 biji telur - pukul sikit*
secubit kunyit* dan secubit garam*
2 sk serbuk paprika   - saya tambah
2 sk serbuk cayenne  - saya tambah

Cara
1.Campurkan * telur,kunyit dan garam dan gaul dgn ayam
2.Bahan2 tepung termasuk 1 sk garam & 1 sk lada hitam dicampurkan dlm satu bekas.kacau rata
3.Ayam yg digaul dg telur ,kemudian dicelup dgn adunan bahan tpg.gaul biar rata...semua ayam disalut tpg.
4.Teknik mengoreng.Panaskan minyak utk goreng ayam dgn api yg kuat sikit dan guna minyak yg agak byk utk pastikan semua bhg ayam semua terendam di goreng.Masukkan ayam,dlm 1 min, nampak tpg dah salut di ayam, balikkan ayam...goreng dlm 1-2 min. Kemudian perlahankan sikit api...goreng hingga masak dgn balikkan ayam beberapa kali,ini utk pastikan bhg dlm ayam masak dan kulit luarnya tak hangus.sejat ayam yg dah masak sebelum dimakan

3 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

hEM SEDAP TU...GI AMBIL DINNER ROLLS KAT DAPUR AKAK BUAT SEDIKIT SALAD LAGI HEBAT

CitarasaKu said...

Paty..haha nanti saya datang nak ngap....lapar sekarang nie dah dekat time lunch

blogresipi.com said...

Saya pun dok usha gak kat rumah mamasya hari tu. menggiurkan betul. hehe.. tp beras pulut tak ada stok dah, entah bila boleh meraisa ni. hih