Thursday, April 19, 2012

Bingka Beras

Bingka beras sebagai hidangan minum petang semalam.  Bingka beras yang bercampur dengan sedikit gula merah memang sedap. Sukanya hati bila bingka nie terhasil dengan sempurna nya. Puas fikir nak buat kuih apa bila time petang kadangkala pening juga. Paling tidak makan biskur cream cracker cicah dengan air teh kosong pun cukup sedap takala hari hujan.
Kebelakangan ini hujan selalu turun pada sebelah petang tulah yang membuat perut kita cepat berasa lapar. 
Hari ini kita di beritahu oleh anak kita di sekolah dia ada budak kena belasah dalam tandas. Ngeri bukan.....anak kita tak masuk campur sebab awal awal lagi dah cakap dengan dia jika bukan urusan kita jangan masuk campur dengan budak nakal ....paling tidak jika nampak cepat beritahu guru. Tapi anak kita cakap kadangkala bagitau guru bertugas mereka buat derrr saja ....sebab guru pun takut nak masuk campur. Akibatnya memang di luar dugaan.....budak budak sekarang buat sesuatu pekara tanpa memikirkan implikasinya pada diri sendiri.
Kita selalu menasihati anak kita supaya pandang kedepan sebab perjalanan masih jauh dan banyak rintangan untuk di lalui untuk menjadi seorang insan dewasa serta matang dalam pemikiran.

Berbalik pada cerita kuih kita nie....terima kasih pada Bro Rozan untuk resepi yang sedap dan best nie.



BINGKA BERAS
SUMBER: BRO ROZAN -RSR

Bahan-bahan
1¼ cawan (abt 150gm) tepung beras*
60 gm gula melaka*
120 gm gula pasir* (kurangkan sedikit jika anda penawar)
350 ml santan pekat*
450 ml air*
½ sudu teh garam atau secukup rasa*

1 helai daun pandan (disimpul)

Cara
1. Masukkan semua bahan * kedalam bekas lalu dikacau hingga rata.
2. Kemudian tapis kedalam sebuah periuk dan masukkan daun pandan.
3. Masak/kacau di atas api sehingga adunan pekat dan licin.
4. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak pada dasar dan keliling loyang.
5. Bakar di dalam oven sehingga masak dgn suhu 180 darjah selama kira-kira 50 minit - 1 jam.

Nota:
Kekadang tu bila dah cukup waktu memasak, bila dikeluarkan loyang dari oven, kuih kelihatan 'bergoyang-goyang' seperti belum masak. Jgn bimbang, bila sejuk nanti, texture kuih akan mengeras sedikit tapi tetap lembut.



4 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Selamat pagi Noor. akak belum try lagi bingka beras nanti...masuk lit dulu nanti senang boleh try

MamaFaMi said...

Hish... kilauan kuih Ayu ni, bikin tak tahan je tengok...rasa nak ngap je..

Sue @ Nenie said...

Salam..emmmm sekarang sudah macam2 versi bingka yang keluar..pilih je mana yang berkenan kan...

Mamasya said...

Salam k.Noor.kebetulan kat blog sypun tayang bingka juga tp bingka labu...
budak2 sek skrg ni mmg beranikan...dlm sekpun mereka bergaduh,dgn cikgu pun melawan.harap anak2 kita tak mcm tu kan....