Saturday, June 16, 2012

Mee goreng Berlada



Sekarang dah masuk waktu tengahari. Hehe nak makan lunch tapi saya baru berpeluang duduk kat lappy jap. Pagi tadi memang sibuk dengan tugasan harian apapun hidangan tengahari saya dah pun tersedia tunggu ahli lain cakap lapar saja. Hari ini saya hanya masak singgang ikan kembong, kari telur rebus, ikan goreng, sayur...belum masak lagi...tunggu last minit hehe. Saya tak suka makan jika sayur stir fried saya sejuk dah tak sedap rasanya ...jika kat kedai dok diam diam saja lah.

Mee goreng berlada nie merupakan hidangan makan malam saya. Mulanya nak makan mee udang tapi apakan daya udang tak berapa segar...jadi saya tukar kepada jenis bergoreng. Jika udang kurang fresh semasa goreng mee saya gorengkan udang dalam minyak panas sebentar...selain aromanya, udang akan nampak segar .


Mee goreng Berlada
Olahan : CitarasaKu

1 bungkus mee
2 tbsb cili kisar -campuran cili kering dan cili merah serta bawang dan bawang putih yg telah di goreng
2-3  tbsb sos lada hitam *dalam botol
2-3 tbsb sos tomato
udang -sebanyak yang suka
2 tangkai pokok sawi
garam dan sedikit gula-seimbang rasa
sedikit minyak

Hiasan:
3 biji telur dadar-digoreng dan di potong nipis
daun bawang
cili kicap yang di potong kecil dengan perahan asam limau.

Masukan sedikit minyak dalam kuali dan goreng udang sebentar dan angkat . Masukan mee dan kacau sebentar baru di masukan sos lada hitam,sos tomato dan cili, Perisakan dengan garam dan gula. Barulah di masukan sawi yang di potong kecil dan udang. goreng sehingga mee masak dan hidang.




4 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cili jeruk ada tak....akak minta sepinggan ya

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum kak Sedapnya............. terliur dah ni.... lama tak makan mee macam ni... kalau kat kedai tak sesedap yang dalam gambar tu haduhhh

Mamasya said...

Salam k.Noor.mee goreng udang byk tu yg memikat selera...
re; k.noor utk mee udang sy letak kuah rojak sbb tak da petis..kalau letak petis mungkin lagi sedap...

Bicara Kak Noor said...

sedapnya nampak mee ni udang nya beso pasti habis udang dulu ni kot kalau kat umah akak heee