Tuesday, June 5, 2012

Spicy Grill Chicken



Menu semalam...malas nak masak lain ...yang ini saja nampak senang. Lagipun awal pagi dah siap keluar ayam dari sejukbeku dan siapkan perapan dan perap seharian. Hasilnya ayam menjadi sangat lembut dan isi ayam terasa sekali dengan bahan perapan yang ringkas.
Semalam memang blur lah tak tau nak masak apa pun mungkin sebab kepanasan di siang hari hinggakan seharian kita minum air kosong dan air teh kosong juga. Terasa dahaga sangat jika berpuasa ari tu pun tak macam nie. Minggu depan nak kena sambung puasa ...biasalah cuti sekolah bila kita puasa ada kenduri kendara jika tak kengkawan datang bertandang.....jika kita berpuasa ,kesian pulak kat tetamu tu kan.

Menu semalam tak ada nasi kita makan ratah saja ayam nie...dengan roti dan Hb keluar pergi pasar malam sebab nak cari nasi lauk kurma.
Lunch tadi kita sediakan Masak lemak ketam berdaun kunyit dengan sambal belacan dan nasi putih saja. Hari ini tak sempat bergambar sebab dah lapar sangat al maklum hari hujan seharian di sini. Cuaca sekejap hujan dan sekejap panas boleh buat orang deman panas..


Spicy grill chicken (Ayam panggang berempah)
Olahan: CitarasaKu

1/2 ekor ayam
3 biji ubi kentang- di rebus dan di potong dadu dan di perisakan dgn garam dan di oles dgn sedikit minyak.
5 biji ceri tomato- boleh ganti dgn tomato biasa pon

Bahan perapan:
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk paprika
garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk all spice
2 btg rosemarry segar- jika tak ada boleh ganti dgn yang kering
2 btg thyme
sedikit minyak zaiton- saya guna butter dua tiga colek saja waktu nak grill

Ayam yang telah di cuci boleh lah di perap dengan bahan di atas . Masa perapan lebih lama lebih sedap tapi jika nak cepat 1/2 jam pun ok.
Masukan ayam kedalam dulang bakar dan aturkan ubi kentang dan ceri tomato. Bakar dalam mode grill selama 20 min.

7 comments:

rahel said...

Nampak sangat sedap..bole makan banyak kalau macam ni..

Qasey Honey said...

nmpk myelerakan n sedap spicy chicken grill tu...suka menu yg cmni jugak..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sungguh menyelerakan.. makan bersama roti nan pun best ni.. kecurr dah kan kan

Subhie Arun said...

sungguh menyelerakan ..laparnya...frst time to ur blog.glad to follow u

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Mamasya said...

Salam k.Noor.sedapnya nampak ayam panggang yg dihidangkan....pasti berselera mkn....

MamaFaMi said...

Sedapnya ayam Kak Noor ni... telan air liur dibuatnya!

CitarasaKu said...

Rahel...menu org diet tapi tak kurus jugak

Qasey>> hehe

Shahriah>> betul tu lg ringkas lg sedap...ada roti pnas panas pulak tu.

Subhie>> terima kasih nanti kita lawat awak pulak ye.

Mamasya>> saja nak tukar selera...resepi awak pun sedap juga.

Mamafami>> Akak pun suka dgn roti Mf yang gebus tu