Friday, June 22, 2012

Kuih cara manis


Petang tadi merajinkan diri untuk membuat kuih cara manis. Rasanya sudah bertahun kita tidak buat kuih nie di dapur kita nasib baik terjumpa acuan kuih dalam rak acuan. Acuan nie di beri emak pada saya pun agak lama juga dalam simpanan masa tu dia dah kurang memasak di dapur jadi dia cakap nah...ambik simpan acuan nie bagus tak melekat. Betul pun acuan nie tidak melekat tapi saya yang tak pandai buat akhirnya kuih cara saya bertampok hitam manis. Apapun my yonyon suka makan kuih nie sebab manis kot. Saya makan 2 biji cukup laa...tak berani nak makan lebih dari ini takut.....sangat. Selepas makan manis saya selalu minum teh tanpa gula...hehe chinese tea beli dari farmasi cina.



Kuih Cara Manis
sumber: Raidah
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

No comments: