Saturday, June 9, 2012

HoneyDew Sago


Walaupun hari ini cuaca mendung tapi tetap nak makan sesuatu yang manis hari ini sebab buah honeydew yang kita beli tempohari itu nampak macam dah masak tapi bila di buang kulit buahnya agak tidak ranum masih mengkal. Hehe jika buah mangga mengkal sedaplah di buat colek tapi buah nie kita tak pasti. Daripada letak tepi dan masuk tong...kita dok fikir nak buat apa yang patut.
Akhirnya jadi juga honeydew sago kita nie....dalam sebiji buah yang sederhana besar dapat banyak juga jusnya. Emmm sedap juga di buat jus...tapi kita dah plan asal nak buat manisan.
Lega rasa hati sebab agak berbaloi juga... sediakan manisan ini....next time nak kena kurangkan susu pekat...tak mau manis . Projek hari ini berjaya .



Honey Dew  Sago
Sumber:Myresepi
Olahan: CitarasaKU

Bahan-bahan
1 biji tembikai susu (honeydew)
1 tin susu cair Ideal milk
1/2 tin kecik susu pekat (kalau honeydew anda dah manis, guna 1/4 tin susu je)
½ cwn Sago – ikut suka nak letak lebih pun ok

Cara-cara
1.Potong honeydew untuk dimasukkan ke dalam blender. Tapi bahagikan sikit untuk ditabur dalam jus tu nanti (potong kecik). kalau ada extra lagi elok.
 2.masukkan honeydew + susu cair + susu pekat ke dalam blender. Blend kan. Selesai blend, masukkan ia ke dalam bekas dan ketepikan.
3.didihkan air di dalam periuk yang berasingan. Lepas tu, masukkan sego pearls
4.kacau sebentar dan kalau manik tu dah nampak cam transparent, angkat dan tapiskan. Cuci sepintas lalu dengan aliran air paip (air sejuk).
5.masukkan manik sagu ke dalam bekas yang berisi honeydew yg telah di'blend' itu tadi.
 6.akhir sekali,masukan isi honeydew extra yang telah dipotong kecil itu tadi.


2 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wow! inilah best..:))

CitarasaKu said...

Shariah>> hehe masa panas panas gini semua laku kat rumah