Tuesday, June 12, 2012

Nasi Minyak


Hidangan tengahari tadi...teringat nak makan nasi minyak. Hehe...memang dah plan awal pagi apa yang nak di sajikan untuk lunch. Alhamdulilah hhmmm dapatlah kami bertiga menikmati nasi ala kenduri nie. Cuma satu lauk tertinggal nak buat iaitu selata atau kerabu timun. Jika dalam masterchef pasti tersingkir dah awal awal kerana gagal menyediakan hidangan lengkap. Untuk diri sendiri kira ok lah .

Nampak tak nasi minyak kita.....saja tak mau ambik gambar dekat ....warna dia. Nasi minyak hujan panas tapi warnanya haru biru. Waktu nak letak setitis perwarna kuning  ...kita tercapai perwarna biru yang di sangka kuning sebab botol plastic tu label tertanggal. Tanpa cermin mata ...kabur saja ...habis  la walaupun setitis power betul nasi ku dah jadi biru. Apamacam .....pening laaaa.
Biru,hijau dan sedikit merah.......haaaaa hentam lah. Tadi waktu menjamah nasi My Yon pun mula buka suara ...nasi apa nie..berkaler kaler. Jawapan selamat....Nasi Pancawarna . terus je dia makan sampai bertambah. Akhir selepas makan , dia cakap lagi...mama nasi tadi tu macam nasi minyak saja. Hhhmm betul lah tu mama tukar nama glam sikit.Wakaka 



Nasi ini di makan bersama Daging Kandar dan Kari Dhall .

Daging Kandar

Olahan: CitarasaKu
Bhn² 

400gm daging 
6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend ) 
2 sudu besar kicap pekat
1 pkt serbuk kari daging babas
1 labu bawang besar ( dimayang ) 
1 ulas bawang putih ( dimayang ) 
Kulit kayu manis dan bunga lawang  
Sedikit daun kari  
Garam
Perasa..gula

bahan kisar:
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10-15 cili kering- dipotong dan rendam sebelum di kisar.


 
Cara²
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan )
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi kacau sebati dan hilang bau cili.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging berserta kicap  .
  6. Masukkan garam dan perasa (gula). Kacau lagi.
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.



2 comments:

Kak Nik Ja said...

salam ...lawo dah nampak nasi minyak tuh...kalau tak baca tajuk, mesti mokwo ingatkan nasi ujan fanas..!:))

Unknown said...

sedapnya nampak menariksss sekali sama macam mokwo kalau ingatkan nasi ujan panas heeee