Thursday, June 21, 2012

Cucur Ikan Bilis




Menu waktu petang tadi....terasa lama juga tak makan cucur ikan bilis. Lagipun sejak kejadian gigi patah tempohari kita kurang terasa nak makan jenis rapuh begini. Tapi bila teringin nak makan kena lah buat juga kan.
Petang tadi jerebu dah berkurangan walaupun masih nampak mendung tapi bahang panas masih terasa. Nak makan jenis makanan yang pedas pun nak kena berhati hati takut demam pulak. Oleh  itu saya banyak minum air kosong dan 100 plus ..jika terpaksa keluar rumah.


 Cucur bilis nie saya cicah dengan sambal udang yang sedikit manis. Sambal udang saya lah hari ini mengunakan cili hidup dengan sedikit cili kering untuk menjadikan sambal kurang pedas. Tapi waktu menumis sambal...cili haruslah di masak dengan sempurna untuk mengelakan bau cili .

1 comment:

~~zana@pb~~ said...

Famili akk pun suka cucur bilis, mudah dan semua suka...