Thursday, June 7, 2012

Hotdog Puff


Selamat pagi....hari ini hari khamis. Sekejap saja cuti sekolah dah nak berakhir. Lagipun lepas cuti ini anak kita dah dekat sangat dengan persediaan peperiksaan Pmr. Entahlah perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar masih panjang dan masih banyak yang perlu di terokai. Pelajaran seumur hidup selagi kita bernafas tak kira dalam semua segi. Kekadang budak budak memang tak dapat melihat kehadapan.
Pening dengan kerenah dan harap sangat my Yonyon dapat mengharungi alunan dunia.

Bercerita kembali pada hotdog puff ini saya buat petang semalam. Di sini hujan sepanjang hari maka perut pun sentiasa lapar. Cari dalam petisejuk selongkar apa yang ada ternampaklah puff pastry yang agak lama tersimpan ...check tarikhnya ...masih tak luput.
Tanpa berlengah masa lagi keluarkan dan satu pek hotdog ayamas. Maka jadilah hidangan petang saya dengan sempurna serta tak lapar lagi.


1 comment:

rahel said...

Wah..senang nak makan kalaubuat macam ni...cantek dan kemas..