Menu utama semalam nasi daging dengan daging masak hitam. Style mamak nasi kandar la. Mula ingat nak buat daging masak siam pastu tu tak jadi sebab bahan tak cukup nanti tak sedap pulak. Sebenarnya dalam bulan puasa begini waktu sahur lah yang paling ng susah nak makan. Kadang kala kita hanya minum susu dan kurma saja atau buat burger emergency guna apa yang ada saja.
Untuk resepi kali ini kita guna resepi ori dari orang yang berniaga nasi kandar ...Terima kasih pada nana kandar. Resepi ini agak banyak so kita buat 1/4 daripada resepi asal. Setengah bahan tu kena agak agaklah.
Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Bahan-bahan :
.Daging Lembu 1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
Bawang besar 2 biji dipotong hiris memanjang.
.Rempah kari Daging 5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.
.Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil
.Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil
.Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
.*Cili Giling (sedia) 2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
.Santan pekat 250 gm jika kehendaki.- saya skip
Bahan untuk kisar / Tumis:
.Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
.Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
.Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
.Daun pandan di potong 3″ sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
.Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
.Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
.Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk . Simpan air rebusan untuk membuat nasi daging.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari, dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
7. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.
Hidangan untuk : 10 orang
Air asam untuk di makan bersama nasi daging. Nasi daging di masak mengunakan lebihan air rebusan daging lebih sedap . Sementara daging yang telah di rebus saya ambil sedikit untuk di masak bersama nasi. Bahan masakan untuk nasi daging hampir sama cuma saya tambahkan sedikit rempah marsala untuk naikkan bau dalam nasi berbeza sedikit sebab kebanyakan orang mengunakan rempah kurma.
No comments:
Post a Comment