Monday, August 22, 2011

Tart nenas

Awal pagi kelmarin dah on pc cari idea nak buat biskut. Kuih tart di antara biskut yang tak pernah saya tinggal untuk membuatnya. Tahun lepas dan tahun sebelumnya saya buat jenis gulong. Tiba tiba ternampak dalam blog Kakwan aisey tokey kuih yang baik hati ini memperlihatkan jenis empatsegi. Cantik jugak tapi kat mana nak dapat acuan macam tu ye. Comey gak tart nie budak budak tentu suka nampak cute sangat.Sila ke blog KakWan  untuk melihat tart empatsegi. Hihi saya buat jadi camnie ....saya guna acuan bento jadilah . Tart saya garing sikit haha sikit je.

Resepi boleh di dapati dari blog kakwan tapi saya copy paste kat bawah sebagai rujukan . Apapun ucapan terima kasih saya untuk kakwan....sedaplah tart ini.

Biskut Tart Nenas Bar

Bahan-bahan

220gm mentega
50gm gm gula icing
40gm susu tepung
300gm tepung rose/superfine
20gm tepung kastard
1 biji telur B
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Jem nenas secukupnya digentel bulat

Hiasan : Kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
1. Krimkan mentega dan gula, masukkan telur dan esen vanilla. Masukkan pewarna dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua tepung yang diayak dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan inti nenas ditengahnya. Tekan kedalam acuan berbentuk bar. Simpan didalam peti sejuk beku selama 15minit. Keluarkan dari acuan dan sapu dengan kuning telur.
4. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150c selama 25-30 minit

No comments: