Thursday, May 10, 2012

Laksa Sardin


Hidangan petang . Tak ada kuih muih seperti selalu. Dari pagi lagi dok teringat dan terbayang bagaimana sedapnya ikan sardine di jadikan kuah laksa. Sebenarnya kita dah lama kita tak makan laksa. Bila kali terakhir pun tak ingat. Nak buat di dapur sendiri..eeemmm Hb selalu cakap tak payah beli saja..

Bukan kita tak mau beli dari luar..pernah beli tapi hampa pun ada sebab tak sedap dan kuahnya cair sangat.
Tapi ada satu gerai semasa saya ke hentian makan feri langkawi di Kuala Perlis memang best. Saya cuma sempat ambil gambar gerainya saja sebab waktu malam lampu samar samar dan tak berapa jelas nama kedai itu. Hehe manatau jika kesana lagi dapat cari kedai tu lagi.
Jika di Sp nie saya selalu beli laksa dekat Petani Jaya hadapan pasaraya Econsave...warung kat situ sedap. Dah lama tak makan di situ .



Alhamdulilah jadi juga laksa yang di idam idamkan. Setelah makan rasanya boleh tahan saja nak cakap 5 bintang tu tak lah ...boleh saja .


Laksa Sardin
Olahan- CitarasaKu

Bahan-Bahan:
250g Laksa (1 bungkus) - direbus dan toskan.
1 tin besar sardine ayam brand
2 kuntum bunga kantan
1 sudu besar sos tomato Kimball – sos tomato biasa tak boleh guna ye nanti rasanya lain.
2 biji timun
2 biji bawang besar
2 keping asam keping
Daun kesum
Daun Pudina
Cili api
Garam secukupnya

dikisar
10-15 tangkai cili kering
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar

Cara:
Ikan sardin dibuang sos nya dan di kisar halus atau dan ceraikan ceraikan dengan garfu pun boleh..
Campur bahan- bahan kisar, ikan,bunga kantan, daum kesom,2 keping asam keping, air .
Masak hingga mendidih dan perisakan dengan garam secukup rasa.


===============================
Sesuatu untuk di kongsi. Saya pun baru baca info ini dlm fb dan tak begitu arif.

HARI IBU ADALAH "HARAM"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada
tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular keseluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi "The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914,Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland,Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

 
 

4 comments:

Qasey Honey said...

nmpk sedap laksa sardin ni...lain sikit yer dr resepi laksa yg biase

rahel said...

Uwa..menariknya..sardine bole buat kuah laksa...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. wah! wah! best resipi ni... guna sardin mudah aje bukak tin dah siap hehhee... nanti nak cuba resipi ni... bolehkan? entah bila tak tahu.. tapi memang dah lama terhingin sangat nak buat ni...:)) macehh muahzzz

CitarasaKu said...

Qasey>> mmgnya lain sikit hehe

Rahel>> cuba lah mmg tak rugi nak sedap lagi kena tambah petis udang masa buat tu saya tak ada stok nie jadi saya tak letak dlm resepi laa.

Shahriah>> cuba lah mmg ringkas untuk orang yang nak cepat di makan macam saya...apapun ianya sedap juga.