Wednesday, May 9, 2012

Daging goreng kicap pedas



Menu hari ini daging goreng kicap pedas. Lauk dah kena ulang tayang balik. Kadangkala kita sendiri pun tak tahu nak masak menu apa. Ulang tayang pun tak apa lah asalkan keluarga kita makan dan habis. Kita akan rasa gembira walaupun masakan kita tak sesedap chef di Hotel 5 bintang tu.....hehe sebab kita tak mampu nak makan kat hotel maka kita masak ikut termampu saja. 
Disamping lauk nie kita goreng sayur buah peria yang di goreng bersama ikan bilis tumbuk dan sambal gesek buah bacang serta gulai ikan bawal. Semuanya saya masak pada kadar sedikit saja almaklum lah kita bertiga saja.

Daging goreng kicap pedas
Olahan; CitarasaKu

400 gm daging - di hiris nipis
2 labu bawang besar - di potong bulat
3 biji bawang merah- di hiris nipis
2 inci halia- di hiris nipis dan di potong halus
1 cili hijau besar- di potong memanjang
1 biji cili merah- di hiris nipis
2 tbsp cili kisar
1 tbsp sos tiram
2 tbsp perahan air asam jawa
3 tangkai daun ketumbar - dipotong halus
serbuk kunyit dan garam - agak agak 

Rebus hirisan daging sehingga empok.*air dari rebusan daging simpan.
Daging yang telah di rebus di letakan sedikt serbuk kunyit dan garam dan goreng sebentar dan agak garing..
Barulah di masukan halia dan bawang merah. Sehingga wangi masukan  cili . Tunggu sehingga hilang bau cili barulah di masukan air asam dan sos tiram berserta air rebusan . Biarkan ianya merenih dah hampir kering atau sebati kuahnya masukan hirisan bawang besar,cili hijau,cili merah dan perasakan dengan garam.. Letakan sedikit kicap . Setelah api di tutup taburkan daun ketumbar yang telah di potong halus.

4 comments:

rahel said...

Waw..ada daging masak kicap pulak..sedap tu kalau pedas..my fav sangat2..

MamaFaMi said...

Ini kalau ratah gitu aje pun sedap Kak Noor!

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam huaaa sedapnya.. masuk dapur ni terus kecur!!!!! tak tahan tengok gambar yang cantik dan sedap tu.. hadoiii........... sedapnya! serius ni sebab satu hari tak jumpa nasi hehehehh

CitarasaKu said...

Rahel>> hihi tekak org melayu mmg suka pedas.

Mamafami>> hehe betul tu jika ratah nanti tak makan nasi la pulak..dua jam kemudian lapar pulak.

Shariah>> Diet ke..hehe dulu dah puas diet tapi sekarang kita makan ikut kesihatan je..makan tapi sikit la.