Sunday, May 6, 2012

Cheese Rolls


Bila kemalasan datang menyerang maka mood untuk mencuba segala jenis kena letak tepi. Memang terlalu malas bila nak mula tapi hari ini kita cuba juga perangi agen malas maka terjadi lah roti ini.
Buat roti tidak lah susah mana, jika mengunakan mesin. Campak kesemua bahan dan tekan On. Inilah kelebihan zaman sekarang berbanding zaman emak kita..semua mengunakan tenaga. Tapi emak kita mampu menyediakan kesemuanya tanpa bantuan.  

Roti ini mengunakan doh biasa sama seperti selalu kita buat jadi saya rasa tak perlu lah saya letak resepi lagi kan.
Cuma sebelum kita mengulong roti menjadi siput kita letakan sekeping slice cheese yang di potong memanjang dan sedikit keju parmesan. Sekeping cheese di potong tiga. Cukup cukup untuk roti yang bersaiz mini. Kita buat mini sebab senang makan jika kita buat saiz besar macam kat kedai jika makan setengah dah kenyang nanti di buang saja...membazirkan. 

Roti yang di buat begini terasa sedikit lemak dan masin memang ngam jika kkita cicah dengan teh susu panas sambil nonton.



Selepas berjaya projek hari ini kita mulakan dengan memukul kek pulak. Kali ini saya nak habiskan stok lemon yang nampak kusam dari di buang. Tujuan asal lemon tu nak di jadikan cheesecake nampaknya kena beli lain dan tangguhkan cheesecake tu.


5 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm Noor cayang. Along yg mula2 sampai ke ni... nak amik sedozen lah bawa balik...he3

zila 4ever said...

salam noor
gebu dan sedap la..:)

CitarasaKu said...

Along>>>> kita tolong pos hehe

Zila> alhamdulilah dia menjadi kekadang tu tidak juga ...

Qasey Honey said...

nmpk sedap cheese rool tu...bleh nk cuba yg ni nti...gebussss xtahan tgk

rahel said...

Salam Noor,
cis roll ni nampak gebu la..sedap bertemankan milo panas..