Thursday, May 3, 2012

Nasi Daging

Menu tengahari ..nasi daging dengan air asam tomato saja. Kelmarin tak ada menu sebab dapur kita pun bercuti juga tapi bukan pergi jalan jalan laaaa..kita beli nasi bungkus saja.

NASI DAGING

bahan A :
1/2 kg  beras Basmathi (direndam sekejap)
250 g daging isi -dipotong nipis
1/2 peket rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
1sudu makan tomato pes
1/2 yogurt
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 kiub ayam
1 1/2 sudu besar minyak sapi

bahan kisar :
4 ulas  bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis

untuk tumis
bunga lawang,kulit kayu manis,buah palaga dan bunga cengkih (dua tiga biji saja) 
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan-di simpul


Cara-cara :
Panaskan minyak sapi dan tumis dengan bahan tumisan sehingga wangi dan masukan bahan kisar. Biarkan sebentar kemudian masukan rempah. Kacau sehingga naik bau masukan daging dengan sedikit air.
Biarkan sehingga daging empuk tambahkan air jika perlu . Setelah empuk baru masukan pes tomato kacau sebentar. Masukan bahan perisa dan letakan sedikit serbuk kunyit jika suka dan masukan beras yang di toskan dan selaraskan air..Masak nasi seperti biasa dan setelah hampir masak kacau sebentar dan masukan yogurt .
Setelah nasi masak gemburkan nasi supaya tidak melekat dan bolehlah masukan bawang goreng jika suka.




Minuman mango bercampur buah orange yang di blend bersama susu,madu dan beberapa ketul kiub ice. Lega tekak bila minum bila cuaca panas terik.




5 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam... sedapnya nasi daging tuu.... air asam tomato baca aje dah kecur... last sekali.... jus orange tu wahhhhh

Chah said...

uhhhh..tadi nngendeng nasi ala mediterenean kt dapo kak madiha, xdapatpun..so saya dtg sini dgn harapan setinggi katmandu, nk sikit nasi daging tu ye...

Chik Mimi said...

NOORRRRR upsss tercaps la pulak sedapnyaaaaa ,plan nak buat minggu ni

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

akak memang suka Nasi Daging Noor. Sedap

rahel said...

Salam..singgah skejap..nak ambik nasi daging satu pinggan...boleh ye..nampak enak banget nasi daging tu..nanti boleh cuba ni..