Tuesday, May 15, 2012

Apam beras


Sekejap saja dah masuk hari selasa. Terasa cepatnya masa berlalu . Hari ini baru dapat  akses line internet secara laju sejak dua tiga hari yang lalu line agak lembat dan ianya membua at kita rasa mengantuk nak tunggu satu persatu upload kan. Alhamdulilah pagi nie nampak ok sikit maka dapat lah kita mengupdate hehe.
Apapun layan dulu dengan Apam yang berwarna merah jambu nie. Actualy saya nak letakan warna putih saja. Hb cakap letak lah warna sikit baru nampak naik selera jika warna putih nampak tak sedap je. Tapi bagi saya warna putih nampak bersih gitu...apapun saya letaklah sebab hb yang nak makan sangat. Sebenarnya saya jarang membuat kuih begini sebab bagi saya nak makan seketul dua lebih baik beli saja..tapi hairan hb suka makan kuih nie. Letak sepiring ...hehe dan habis pon siap bertambah lagi. Nampaknya lepas nie kena buat selalu lah. Katanya kuih nie rasa asli dan terasa kenyal dan sedap kot...hehe saya makan 2-3 biji saja...cukup dan yang lain Hb.


Resepi apam nie saya ambil dari RosJintanmanis .Tak sangka juga membuat apam nie sangat senang selama ini saya fikir ianya susah ...naik lah tak naik lah jika dulu saya lihat waktu emak saya membuatnya. Hehe adakala tak jadi tapi dengan resepi ini kerja membuatnya menjadi sangat ringkas dan senang. Terima kasih kepada Puan Watie dan Ros kerana sudi berkongsi resepi yang sangat  mudah dan sedap.

Apam beras
Resepi : Watie Penang
Sumber : RosJintanManis

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.






4 comments:

Qasey Honey said...

nmpk sedap pula apam beras tu bile dh disalut dgn kepala parut tu...nyum2

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. huahhh sedapnya.. keler merah tu wahhh terus kecur dah ni hehehe... nak membuat memang ler 'M' jamu mata ajelah kat sini nampaknya..:))

rahel said...

Uwaaa,rindunya nak mamam apam beras...letak kelapa parut yang setengah tua..memang sedap giler..

CitarasaKu said...

Qasey>> merah nampak terang sikit tapi sedap sbb saya letak sirap perisa ros .

Shahriah >> tu lah warna utama haha

Rahel>>letak kelapa yang di parut kasar kasar ...sedap tau.