Wednesday, May 16, 2012

Buah melaka lagi


Dengan lebihan tepung pulut yang berbaki tempohari tu kita habiskan dengan membuat buah melaka. Kali ini kita buat warna merah pula.
Sedap makan sebiji demi sebiji sedar sedar dah tiga separuh pinggan. Secawan teh panas memang sedap bila di hirup sedikit demi sedikit.
Petang tadi cuaca di luar nampak mendung tapi tak hujan. Dua tiga malam hujan mula turun selepas jam 9 malam tidur pun terasa nyaman macam di tanah tinggi .

Hari ini seorang kawan kita dalam dilema mengharungi hidup. Kita pun merasa sangat sedih mendengar nukilan beliau yang sedang dalam tempoh berpantang. Masaalah dalaman rumahtangga beliau menyebabkan dia sangat rungsing. Inilah kehidupan ada pasang dan surutnya apapun saya berharap sangat dia di berikan kekuatan menempuh badai yang melanda dan sentiasa banyak bersabar. Kehidupan dalam membina rumahtangga bahagia memerlukan pasangan yang sama sama meredah serta pengorbanan dan kasih sayang. Akhir sekali kita sangat berharap kawan kita nie banyak bersabar .




3 comments:

Nieza said...

sedapnya buah melaka..lama tak mkn cantik jer tgk warna merah tu:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. wahhh buah melaka lagi ni yang best ni... tak jemu.. sedap!!! lemak, manis wahhhh

norlieharumaini said...

sedapnya..