Friday, May 18, 2012

Daging gulai air


Lauk semalam yang di makan bersama dengan nasi minyak terengganu dan ayam goreng paprika. Teringin nak makan nasi minyak dengan gulai daging air tu. Mula lah mengoreng dan menumbuk segala rempah untuk di gunakan dalam masakan nanti. Di sini susah nak cari rempah Kuzi nasib tapi nasib baiklah ada satu resepi rempah Kuzi dari rumah Ct .Delima dapat lah kita merasa gulai air nie. Terima kasih pada Ct..ye .
gulai daging air nie nampak sangat merah tapi tak pedas dan saya sangat suka dengan gulai nie rasa macam makan nasi kenduri zaman dulu dulu pulak. Hmmm seminggu lagi sekolah akan mula cuti penggal maka undangan perkahwinan pon banyak juga di terima.  Insyallah jika Hb dapat cuti dapat lah kami menghadirinya.

DAGING GULAI AIR
Majalah Saji Febuary 1998 (pg 63)

600 gm daging

5 biji ubi kentang
4 sudu besar Kimball soup
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah / hijau – di belah dua
Gula dan garam secukup rasa
Air- agak agak ..ikut suka
Sedikit minyak sapi
1 sudu besar rempah kuzi - ambil resepi rempah dari dapur Ct
3 ulas bawang putih-   di cincang halus
5 ulas bawang merah – di hiris nipis
1 cm halia.

Cara:
Tumis bawang merah dengan minyak sapi.
Setelah naik bau masukan bawang putih dan halia.
Biarkan sehingga kekuningan.
Kemudian masukan rempah kuzi . Apabila agak garing masukan air,daging ,kentang.tomato soup.
Biarkan kesemua mendidih dan daging empok baru lah di perisakan dengan garam dan sedikit gula
Untuk imbangkan rasa .

Selamat mencuba sebab bagi saya sedap gulai dari Terengganu ini.


8 comments:

hazila said...

Salam,

Saya pun suka gulai terengganu, tambah kalau lawan dengan nasi minyak. Waduh sedapnya...

ibundo said...

salam,
makan dengan roti juga sedap?

CitarasaKu said...

>>>Wasalam Hazila...pertama kali makan dah jatuh hati..

>>>Ibundo>>> kita baru nak cuba resepi awak tu kuih kaswi pandan lemak..hihi sat gi siaplah dan insyallah boleh di makan

CitarasaKu said...

>>>Wasalam Hazila...pertama kali makan dah jatuh hati..

>>>Ibundo>>> kita baru nak cuba resepi awak tu kuih kaswi pandan lemak..hihi sat gi siaplah dan insyallah boleh di makan

CitarasaKu said...
This comment has been removed by the author.
CitarasaKu said...

>>>Wasalam Hazila...pertama kali makan dah jatuh hati..

>>>Ibundo>>> kita baru nak cuba resepi awak tu kuih kaswi pandan lemak..hihi sat gi siaplah dan insyallah boleh di makan

Mamasya said...

Salam k.Noor. daging gulai air..tak letak santan... menarik...boleh masuk senarai. dah tengok ayam goreng rangup kat bawah dan sebelum ini yg k.Noor masak....mmg rangup ayamnya.tkasih juga mencuba. sesuai utk anak2...nak rasa pedas sikit mmg elok tambah paprika...

inahar ali said...

salam noor..wah nmpak sedap gulai daging tu..mmg bertambah2 ler pinggan nasi..hehe!!