Kek ini saya buat sebulan yang lalu baru hari ini saya teringat nak letak di sini ..bukan apa sebagai kenangan je yang saya telah pun membuat corak begini. Corak ini nampak sangat cantik dan saya tertarik bila menyusuri blog Biscous A Toi yang sangat teliti dan kemas serta corak yang beliau hasilkan nampak simple kemas dan elegant ..huh elegent tau . Saya nie jika ke kedai kek pasti akan mengambil sedikit masa melihat dalam cermin kek kek yang tersusun indah dalam cermin ..mata memerhati setiap detail pada kek tersebut dan akhirnya saya selalu kena tinggal dengan hb ..mereka dah kedepan tak sangka dok di situ ..biasa lah kan.
Ok dek kerana tergoda dengan corak nozle begini maka saya dengan rasa confident cuba mendeko sebiji kek vanilla berlapiskan kerim dan puri strawbeery di bahagian tengah kek dan lapiskan dengan butterrcreame saja .
Hasil tunjuk ajar dalam youtube maka terhasilah lorekan yang kurang stabil tapi saya rasa puas hati gak sebab hampir sama walaupun comot sikit . Yang penting saya dah cuba buat kan.
Alhamdulilah terhasil kan juga dan kek ini saya sedekah kan pada jiran lama saya yang kebetulan anak harilahir anak dia lewat 2 hari kira belated birthday lah...
Jiran lama saya tu sungguh happy terima kek ini walaupun hehe comot . Insyallah saya nak cuba deko berbentuk bunga rose pulak lepas projek ini jika rajin.
No comments:
Post a Comment