Friday, December 20, 2013

coklat cupcake


c\\\\\\\\\\\
 Kek comel yang ku buat atas permintaan kawanku untuk di bawa ke majlis khatam Quran anak buahnya. Syukur dengan resepi baru ini ternyata hasilnya sangat cantik. Pada mula nya rasa kecut juga kenapa lah nak test test resepi lagi....tapi hati ku berat nak mencuba juga.
Alhamdulilah ternyata tidak sia sia kek coklat ini menjadi sangat lembut.moist dan sedap sangat.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada empunya resepi ini yang sanggup berkongsi resepi beliau yang sangat baik ...semuga Allah memberikan rezeki yang berterusan padanya
.
Coklat cupcake
Sumber : Today cupcake

Bahan-bahan


Bahan A;
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.


Bahan B;
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas


cara-cara menyediakannya


pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap. Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.
Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...masukkan air panas yang telah disediakan tadi.
Akhir sekali sediakan kertas cupcake..masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit..

cccd

No comments: