Wednesday, December 4, 2013

chicken pie


Dek tergoda dengan cerita KakJee di Fb dengan cerita mini pies nya saya pun dah rasa lama errkk tak makan pies terliur gak menatap gambar dari blog dan fb KakJee. Wallaa jika dekat sudah pasti nak order dapat rasa air tangan kakjee namun apakan daya kita nie tinggal di Utara errr maka kena carilah alternatif nya. Jika terasa nak makan kena rajin maka kena rajinlah lagipun semua bahan memang telah sedia ada di rumah maka terhasil lah.
Ternyata berbaloi saya sangat suka dengan kerapuhan pastry dan tidak berminyak . Waktu pies dah sejuk pun pastry nya masih rapuh dan cair dalam mulut.Waahh gitu ....terima kasih KAKJEE  (fauziah Samad)
Dan saya akan simpan resepi ini dalam minda haha .


Resepi boleh di layari dari blog Kak Jee untuk yang lebih lengkap tapi saya letak di bawah sebagai rujukan saya agar saya tidak lupa bahawa resepi ini adalah terbaik di antara yang pernah saya buat .

MINCED BLACKPEPPER BEEF/ chicken PIE

INTI

200 gms daging kisar /saya tukar ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang carrot
½ biji bell pepper
4 biji cendawan butang (dlm tin)
1 kuib daging
2 sudu besar tepung
2 sudu butter
½ cawan minyak jagung
½ cawan air2 sudu besar lada hitam

CARA

Dadu bawang besar dan bawang putih. Butter dipanaskan dalam kuali bersama minyak jagung. Apabila butter sudah cair masukkan bawang besar dan bawan putih. Apabila dah agak garing, masukkan tepung gandum dan goreng hingga keemas-emasan. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging kecut. Masukkan air dan beef kuib serta black pepper. Masak hingga air hampir kering. Kemudian masukkan cendawan, carrot dan bell pepper. Rasa garam. Sejukkan.

DOH ATAU PASTRY CRUST
resipi crust ehsan Emma Masterchef

BAHAN2NYA
250gms premium butter (Kjee guna Anchor)
2 cawan tepung gandum
6 - 7 sudu air sejuk (air sejuk dalam fridge)
secubit garam (kalau guna salted butter tak payah bubuh)
secubit gula

CARA

Tepung diletak dalam besen, campurkan garam dan gula. Keluarkan butter dari peti ais dan potong dadu kecil2. Butter mesti beku. Guna garfu dan cepat-cepat sebatikan tepung dengan butter. Proses ini tidak terlalu lama. Jangan risau jika ada butter yang masih belum sebati dengan tepung. Tidak perlu susah payah nak pastikan butter tu semua cair. Biarkan dalam bentuk berketul sikit-sikit.
Tuangkan air sudu demi sudu. Kemudian rasa dengan hujung jari samada ia sudah menjadi doh. Kjee guna lebih kurang 7 sudu. Kemudian Kjee kepalkan guna hujung jari, dan bungkus dalam plastic cling wrap. Jangan uli nanti doh akan jadi keras dan liat.Simpan dalam fridge (bukan freezer) lebih kurang ½ jam.

Selepas nie dah boleh buat seperti biasa......


2 comments:

Liza said...

bestnya, akk tak pernah try lagi pie ni..nmpak mcm best je..

Anonymous said...

Assalamualaikum...x prnh buat lagi tentu sedapkan...