Sunday, December 29, 2013

kari ikan kerapu

Kari ikan kerapu menjadi menu pilihan tengahari tadi. Selang dua hari kari wajib di masak . Jika tidak My Yonyon pasti mula tanya mana kari dia.
Untuk hari ini saya mengunakan rempah kari yang di beli dari kedai mamak di K.Batas. Deretan kedai kedai lama , disitu terdapat satu kedai di antara kedai yang menjual pelbagai jenis rempah sebut saja dan dia akan mula mencampurkan rempah rempah untuk menghasilkan satu rempah yang di pinta.
Rempah ini sungguh wangi dan hasil dari campuran tadi menghasilkan aroma kari yang lain dari biasa . Kebiasaan saya mengunakan rempah Babas ikan , jenama ini pun sedap tapi jika kita selalu sangat makan kita mudah jemu. Jadi saya tukar kan kepada campuran sendiri . Saya tidak letak kan resepi sebab saya pasti ramai yang sudah pandai memasak kari kan. Yang menjadikan berbeza adalah campuran rempah dan cara rempah di masak sebelum di tambah air asam maka di situ lah keunikan cara masak yang membuat kari sedap dan kurang .


No comments: