Saturday, December 14, 2013

cheezy breadstick

Selamat malam baru sekarang berkesempatan membuat update blog.Nak cakap terlalu sibuk pun tidak tapi kesihatan kurang baik ...Alhamdulilah sekarang dah pulih. Amat letih jika kita berjalan jauh almaklum sekarang musim kenduri kawin memang terasa gak bla berjalan jauh untuk dua hari berturut turut dari satu tempat ke satu tempat yang jauh boleh demam. Tambahan faktor cuaca di waktu ini.
Berbalik kisah entri hari ini saya sudah mula meroti ....alahai memang lama juga saya tidak meroti sejak Bm saya hilang power nya sekarang saya guna power sendiri. Nak buat banyak memang tak jalan saya cuma buat setakat 250gm tepung saja .



Resepi doh asas saja. Sebaik saja doh mengembang kali kedua kita boleh canai dan letakan di atas dulang. Sebelum di letakan sebarang topping...kita kena gliskan permukaan roti dengan sedikit telur kuning bercampur susu dan kemudian kita taburkan serbuk parmesen cheese dan juga mozarella cheese.  Taburkan juga sedikit garam halus sebagai penambah selera dan sedikit serbuk oregano ...sikit saja tau. Selepas itu boleh lah di bakar seperti biasa. Hasilnya lembut dan sedap seperti makan di kedai pizza ...Oppps lupa sebelum bakar potonglah garisan memanjang so bila dah masak nanti senang boleh di tarik .

2 comments:

Sue Bee said...

BM pon boleh hilang power ke?..macam mana boleh jadi camtu eh?

Ayam said...

Bm tu ...rosak kot sebab bila on power dia tak mau jalan nak kena hantar repair jadi nak makan kena buat sikit jerr tak larat nak menguli.