Hari ini saya merajinkan diri membuat kek sebab ada lebihan nenas dalam tin. Nenas lebihan dari saya masak kari udang saya hanya guna tiga keping. Jika saya tidak guna sayangkan nanti terbuang saja...membazir.
Apapun kek nenas nie agak lama juga saya tidak membuatnya. Terasa lemak manis dan kemasaman memang best jika di makan pada petang hari. Dan kebetulan petang tadi seharian hujan ...bau kek harum semerbak satu dapur wangi sangat.
Pineapple
Upside Down Kek.
Bahan
bahan:
200
g gula kastor
180
g mentega
4
bij telur
300g
tepung kek
1
cawan jus nenas
secubit
garam
1
camca teh esen vanilla
6
keping nenas tin
½
cawan gula perang
6
biji ceri merah.
Cara
penyediaan:
Gula,mentega
di pukul sehingga kembang. Masukan esen vanilla serta telur sebiji sebiji
sehingga sebati. Kemudian masukan tepung kek, jus nenas serta garam .
Alaskan
acuan dengan kertas dan lenserkan mentega dan sedikit tepung.
Bakar
pada suhu 180 oc selama 40 minit.
Nota:
Semasa memukul gula n mentega make sure kembang sehingga nampak gebu. ( Barulah
kek nanti akan naik dengan elok )
Selepas
acuan siap di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung....sebelum aturkan
kepingan nenas taburkan gula perang dahulu. Untuk mendapatkan warna keperangan
bila di bakar nanti.
No comments:
Post a Comment