Disebabkan ada lebihan buah strawberry dapatlah kita membuat kek gulong. Selalunya saya beli saja di kedai bila nak buat triffle . Tapi petang tadi terdetik nak mencuba sebab dulu pernah buat tapi tidak nampak kemas semasa mengulong. Hasil hari ini nampak menjadi lah sikit. Alhamdulilah...nie sebab mencuba dalam hati cakap jika nampak tak elok snak letak layer dalam balang saja..pun cantik , tambah cheese tambah coklat meletop haha.
Tapi hasilnya not bad kan...bolehlah bagi saya yang nak minum petang. Apapun my yonyon suka dengan kek gulong sebab lembut . Abahnya makan sekeping saja.So nanti ada left-over boleh lah buat triffle pulak emmm.
Untuk resepinya pulak...saya buat vanilla saja tapi resepi asal berperisa lain...untuk tidak mencacatkan resepi , saya letak kan resepi asal dari tuan asal. Terima kasih chef...tektur kek gebu dan lembut.
Swiss Roll
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Bahan-bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz/ 60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian
kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)
3 Tbsp serbuk nescafe gold
1/2 Tbsp susu tepung
Bahan-bahan lain
2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya
Cara-cara :
Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga
kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan
dengan spatula hingga sebati dan rata.
Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang
telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C
selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari
oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di
permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah
kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah
lembut.
2 comments:
wahhhh.. it's perfect.. cantek...
lembut sangat tengok kek tu.. tambah lak ngan kream kat tengah tu.. uwaaa.. nakkkk
salam Noor cantik lah roll ni teringin nak makan mesti lembut sangt kan..
Post a Comment