Tambahan pula waktu lunch tadi dapur tak berasap sebab saya mengikuti kelas memasak.
Emmmm buat buat sibuk sikit sebab jika saya tak keluar rumah memang boring gila tanpa kengkawan dan enjoy ...so setiap hari sabtu lah saya berpeluang belajar sesuatu walaupun saya boleh masak . Tak salahkan menambah ilmu .
Saya masak sos pasta tu macam biasa cuma saya tambahkan pes tomyam serta kurangkan pengunaan susu. Saya tak hendak ianya berkerim cukup sekadar memekatkan sos saja. Hasilnya sedap juga. Tapi saya rasa lah jika gandingkan dengan spaghetti lagi menarik . Hehe percubaan di lain masak pula.
Pada akhir penyedian saya tambahkan helaian daun basil sebagai penambah perisa....dah jadi asian twist.
Asal kan kenyang....Alhamdulilah.
3 comments:
nampak sedap tu Noor boleh try nanti
>>noriah...hehe try la sedap gak sbb tekak kita suka makanan pedas
nampak sedap...suka makan time sarapan...
Post a Comment